Senario dan perubahan dunia blog di tahun 2016: Kini 2016 sudah tiba... Hari ini merupakan hari Isnin pertama dan bermulalah rutin harian kehidupan seperti biasa dan ada yang telah memulakannya pada hari Ahad (semalam).
Dunia realiti kehidupan sentiasa ada perbagai fasa dan perubahan. Apabila setahun berlalu maka semakin meningkat usia dan perlu untuk kita melangkah terus kehadapan kerana sedetik pun yang telah berlalu akan berulang kembali.
Begitu juga dengan dunia blogging yang semakin mencabar. Setiap tahun pasti akan ada anjakan baru yang membawa angin perubahan bagi memenuhi kehendak serta mampu bergerak seiring dengan tuntutan semasa.
Semua ini jelas menunjukkan blog sentiasa menuntut kita semua untuk tidak ketinggalan dan sentiasa berubah mengikut perkembangan dan kehendak semasa.
Bagaimana pula untuk tahun 2016? Pasti tahun ini akan ada lagi anjakan baru agar blog sentiasa relaven dan mampu bersaing bagi menepati arus semasa yangs sentiasa pantas berubah dan semakin hebat persaingannya.
Dunia realiti kehidupan sentiasa ada perbagai fasa dan perubahan. Apabila setahun berlalu maka semakin meningkat usia dan perlu untuk kita melangkah terus kehadapan kerana sedetik pun yang telah berlalu akan berulang kembali.
Begitu juga dengan dunia blogging yang semakin mencabar. Setiap tahun pasti akan ada anjakan baru yang membawa angin perubahan bagi memenuhi kehendak serta mampu bergerak seiring dengan tuntutan semasa.
Blogging 2016
Jika tahun 2014, media sosial menjadi semakin penting dan ianya menjadi salah satu keperluan bagi menyerlahkan setiap entri. Pada tahun 2015 pula, paparan di telefon pintar (mobile view) menjadi sesuatu yang wajib diaplikasikan kepada setiap blog.Semua ini jelas menunjukkan blog sentiasa menuntut kita semua untuk tidak ketinggalan dan sentiasa berubah mengikut perkembangan dan kehendak semasa.
Bagaimana pula untuk tahun 2016? Pasti tahun ini akan ada lagi anjakan baru agar blog sentiasa relaven dan mampu bersaing bagi menepati arus semasa yangs sentiasa pantas berubah dan semakin hebat persaingannya.
Pada penghujung 2015 sudah jelas bahawa tahun 2016 mungkin menjadi langkah permulaan untuk blog berubah menjadi satu platform media yang lebih selamat dan diyakini.
Hosting blogger blogspot telah mula menyediakan perkhidmatan url yang lebih selamat dengan memberi pilihan menggunakan https. Buat masa ini ianya bukanlah satu kemestian dan hanya pilihan namun ia sudah cukup menjadi satu petanda awal bahawa ianya perlu diambil berat untuk kita fahami kerana tidak mustahil ia akan menjadi satu kewajiban pada masa akan datang.
Apa pun kita sama-sama lihat dan nantikan, apakah pula perubahan dan penambahbaikan yang akan menjadi satu keperluan untuk blog di tahun 2016 ini nanti.

Blogger 2016
Sebagai seorang blogger, tidak kira sepenuh masa, separuh masa atau sekadar suka-suka, kita harus punya matlamat. Umpama hidup yang tanpa arah tujuan, maka blog juga akan hilang arah dan panduan dalam memberi dan menyampaikan perkongsian. Setiap perkongsian haruslah dengan jujur dan ikhlas.Semakin hari, semakin banyak blog yang wujud tetapi perkongsiannya kebanyakan pada topik yang sama. Persaingan menjadi semakin sengit dan perlu bijak mengatur strategi.
Berkongsi bukan bermakna hanya "copy & paste" tetapi serlahkan keistimewaan dalam menjadikan perkongsian yang sama tetapi unik, tesendiri dan menarik kandungannya. Lebih penting...ianya perlu lengkap serta tepat dan bukan sekadar bermotif trafik yang hanya gempak pada tajuk tapi isinya hampeh!
Begitu juga dengan blog perkongsian peribadi. Sekali lagi diingatkan... Blog bukanlah diari peribadi anda kerana ianya adalah media sosial yang tiada sempadan dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia.
Maka ketahui batasan dan berhati-hatilah menulis atau berkongsi sesesuatu cerita, video mahupun gambar kerana ianya mungkin akan memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang membaca atau melihatnya. Jika baik...bonus saham akhirat untuk anda namun jika sebaliknya... renung-renungkanlah....
Selamat Maju Jaya Blogger!
Kepada semua blogger, semoga tahun 2016 akan memberi kita semua lebih ruang dan peluang untuk mencapai apa jua matlamat dan impian sama ada kecil atau besar. Jika niat kita baik dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan betul, InsyaAllah... kejayaan akan dicapai...Jadilah blogger yang berilmu, berpendirian dan kreatif agar dunia blogger di Malaysia ini berkualiti dan terus maju. Selamat maju jaya buat semua blogger Malaysia!
13 comments - "Dunia Blog di Tahun 2016"
ASSALAM BERBLOGG SAMBIL MENCARI ILMU N MENAMBAH KENALAN2 BAIK MENJALIN SILATURAHIM YG DIRESTUI ALLAH SEMOGA MATLAMAT MASING2 DLM PENULISAN BLOG TERCAPAI...SETUJU DGN BM TIDAK PERLU MEMBUKA APA SAHAJA YG DIANGGAP RAHSIA DIRI UTK PERKONSIAN MAYA YG TIADA BATAS SEMPADANNYA..
Sangat setuju dengan BM. Blog sebaiknya sebagai sebuah gedung ilmu dan info untuk rujukan pembaca.
Sangat setuju dengan BM. Blog sebaiknya sebagai sebuah gedung ilmu dan info untuk rujukan pembaca.
Entri yng sangat mnrik...keladi suka....follow blog ini...bnyk maklumt yg blh dpt.....
Entri yng sangat mnrik...keladi suka....follow blog ini...bnyk maklumt yg blh dpt.....
memang blog medan sosila yang terbaik bagi saya
Mantop... blog umpama suara kita yg didengar oleh org2 yg kita tidak tahu. Akhirnya kita mengenali, terukir silaturrahi dan ada diantaranya bertemu di dunia nyata... ukhwah berterusan dgn perkongsian ilmu, peluang dan pelbagai manfaat kebaikan...
Salam kejayaan buat BM dan semua bloggers. Selamat maju jaya di tahun 2016 ini... yeah.. :)
semoga lebih berjaya 2016
Selamat Maju Jaya juga buat BM, semoga tahun ni istiqamah la MV dalam berblogging
suka sgt betul tu... 2016 semakin mencabar... info di hujung jari, blog sgt ptg memberi infomasi...
In sha Allah...amin...
Blog sentiasa berevolusi. Platform internet yang semakin hi-end, pelayar internet yang semakin mahir, peranti capaian yang semakin canggih dan blogger yang sentiasa berkembang maju ANTARA faktor penyumbang utamanya. Bagai dunia dihujung jari.
Banyak info berguna utk blogger baru...tqvm BM...beri tunjuk ajar pada blogger baru - gogozero2hero.blogspot.com
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum