بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
2016 baru sahaja bermula, sudah ada anugerah berprestij peringkat antarabangsa bagi dunia automotif akan berlangsung. Anugerah - 2016 World Car of the Year yang dianjurkan oleh The World Car Awards (WCOTY) merupakan anugerah paling diimpikan oleh setiap pengeluar automotif diseluruh dunia.

Anugerah World Car of the Year ini telah bermula sejak tahun 2005 menilai dari pelbagai sudut sesebuah kenderaan dari rekabentuk, teknologi, spesifikasi, lepas jualan dan tahap kepuasan mahupun keselesaan serta banyak lagi faktor yang dijadikan asas ukuran dan pemarkahan dalam mencari sebuah kenderaan baru yang terbaik diantara yang terbaik yang telah dikeluarkan dari Januari 2015 hingga Januari 2016.

Anugerah - 2016 World Car of the Year

Pada 26 Januari yang lalu, calon-calon semi finalis dalam setiap kategori telah dipilih oleh 73 orang juri terpilih dari seluruh dunia untuk diadili dan seterusnya akan dinobatkan sebagai 2016 World Car of the Year.

Pada bulan Mac 2016 nanti pula (Geneva auto show) Top 3 finalis akan diumumkan dalam setiap kategori sebelum keputusan pemenang diistiharkan pada bulan April 2016 di New York International Auto Show.

2016 World Car of the Year Awards

Kenderaan manakah yang akan menjadi pemenang, namun sebelum itu kita lihat dahulu calon-calonnya. Berikut adalah senarai calon-calon setiap kategori bagi merebut anugerah - 2016 World Car of the Year Awards

2016 Overall World Car of the Year
  • Audi A4
  • BMW X1
  • Hyundai Tucson
  • Jaguar XE
  • Land Rover Discovery Sport
  • Mazda CX-3
  • Mazda MX-5
  • Mercedes GLC
  • Skoda Superb
  • Toyota Prius
Land Rover Discovery Sport

Pilihan BM: Land Rover Discovery Sport
Pemenang 2015: Mercedes Benz C-Class

2016 World Luxury Car
  • Audi Q7
  • BMW 7 Series
  • Jaguar XF
  • Mercedes-Benz GLE Coupe
  • Volvo XC90
Volvo XC90

Pilihan BM: Volvo XC90
Pemenang 2015: Mercedes-Benz S-Class Coupé

2016 World Performance Car
  • Audi R8 Coupe
  • Chevrolet Camaro
  • Honda Civic Type R I
  • Mercedes-AMG C 63 Coupé
  • Range Rover Sport SVR
Mercedes-AMG C 63 Coupé

Pilihan BM: Mercedes-AMG C 63 Coupé
Pemenang 2015: Mercedes-AMG GT

2016 World Car Design of the Year
  • Cadillac CT6
  • Jaguar XE
  • Land Rover Discovery Sport
  • Mazda CX-3
  • Mazda MX-5
Mazda CX-3

Pilihan BM: Mazda CX-3
Pemenang 2015: Citroën C4 Cactus

2016 World Green Car
Toyota Prius (Hybrid)

Pilihan BM: Toyota Prius (Hybrid)
Pemenang 2015: BMW i8


Pilihan Pemenang

Jelas sekali model kenderaan yang terpilih dikuasai oleh pengeluar dari Jerman dan Jepun. Namun beberapa pengeluar dari UK, US, Sweden dan Korea berjaya mencelah dalam beberapa kategori.

Apakah pula pilihan anda dari senarai calon-calon yang telah disenaraikan di atas... Pilihan BM hanyalah sekadar pandangan peribadi yang hanya bersandarkan lebih kepada rekabentuk kerana maklumlah... tak dapat nak test drive... hehe.

Proton Menang World Car of the Year?

Bagaimana dengan Proton. Mungkinkah satu hari nanti akan ada model Proton yang tersenarai dalam pencalonan dan seterusnya memenangi salah satu kategori yang dipertandingkan dalam anugerah World Car of the Year.

Ianya tidak mustahil dan Proton perlu memasang impian ini agar menjadi satu pendorong untuk berusaha menghasilkan sebuah kenderaan yang layak untuk dicalonkan.

Ini juga merupakan satu cabaran buat Proton dalam usaha untuk berkembang dan menjadi salah satu pengeluar automotif yang disegani dan diyakini di dunia...tapi sebelum dapat menawan dunia, Proton perlu menawan pengguna di Malaysia terlebih dahulu.

Sama-sama kita nantikan pada bulan April nanti, keputusan model kenderaan manakah yang akan dinobatkan sebagai pemenang dalam setiap kategori anugerah automotif paling berprestij di 2016 World Car of the Year.

BinMuhammad

5 comments - "Calon Anugerah - 2016 World Car of the Year"

Admin delete icon 00:34

Bagus entri admin...sama2 kita blogwalking with other

Unknown delete icon 18:34

Wah, Audi banyak menguasai ya anugerah untuk tahun 2016

aaa cantik nyer!!

mselim3 delete icon 14:28

Assalammuaalikum... BM,

Anugerah nie.... memartabatkan kereta2 yang terbaik di dunia.

mselim3

pls : harap2 honda menang utk "2016 World Performance Car"

paridah delete icon 16:54

kereta yg dipertandingkan hebat kesemuanya n teruji lagi diyakini penggunanya...

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap