بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
SUV Kompak Pilihan Generasi Masa Kini di Malaysia? Evolusi kenderaan semakin terus berkembang. Terdapat pelbagai bentuk, model dan jenis sehinggakan banyak kategori atau segmen baru diperkenalkan.

Kalau dulu kita hanya mengenali beberapa kategori seperti kereta sedan, hatchback, wagon, van dan SUV 4X4 tetapi kini terdapat pelbagai lagi kategori dan segmen telah diwujudkan.

Semuanya untuk memenuhi permintaan, citarasa dan membuka pasaran baru bagi memikat pembeli generasi masa kini.

Salah satu kategori atau segmen yang semakin mendapat perhatian, menjadi pilihan dan meledak dipasaran dunia serta tempatan adalah kategori kenderaan utiliti sukan kompak atau Compact Sport Utility Vehicle (SUV). 

SUV Kompak Pilihan Generasi Masa Kini

Berikut adalah kategori kenderaan SUV berserta contoh (sumber wikipedia):
  1. Mini SUV - Perodua Kembara, Daihatsu Terios, Suzuki Jimny
  2. Compact SUV - Honda HR-V, BMW X1, Subaru XV
  3. Mid-size SUV - Honda CRV, Nissan Murano, Hyundai Santa Fe, BMW X3
  4. Full-size SUV - Toyota Land Cruiser, Mazda CX9, Audi Q7 
  5. Extended-length SUV - GMC Yukon XL, Ford Expedition EL
Jika dulu kenderaan SUV hanya dikaitkan dengan kenderaan pacuan 4 roda atau 4X4 tetapi kini, berikutan permintaan yang tinggi bagi penggunaan SUV hanya di jalanraya biasa maka ianya juga dipasarkan dengan pacuan dua roda.

SUV Pilihan Kenderaan Masa Kini

Berdasarkan prestasi jualan semasa, Toyota US yakin bahawa model SUV kompak mampu mengatasi jumlah jualan kereta sedan dalam tempoh 5 tahun lagi. Ini berdasarkan jualan pada bulan November 2015 sahaja, model SUV kompak Toyota RAV4 telah terjual sebanyak 300,000 unit dengan kenaikan sebanyak 30% manakala Camry pula sebanyak 425,000 unit dengan kenaikan hanya 7%. sumber

SUV Kompak - Toyota RAV4
SUV Kompak - Toyota RAV4

Peningkatan teknologi yang menyaksikan SUV kompak semakin ekonomi untuk dipandu, disamping tawaran harga yang mampu milik menjadi tarikan utama. Malahan ianya amat menepati citarasa generasi masa kini yang menganggap model sedan hanya untuk generasi yang lebih berusia.

Saiznya yang tidak terlalu besar dan selesa dipandu sama ada di bandar dan di luar bandar, menjadikan SUV kompak pilihan anak muda yang inginkan sesuatu yang segar, moden, bergaya  dan bertepatan dengan gaya hidup masa kini.

Selain itu, posisi pemanduan SUV yang sedikit agak tinggi menjadikan ia amat menarik dan seronok dipandu apabila pandangan pemanduan semakin luas. Ia juga sesuai sebagai kenderaan untuk sebuah keluarga kecil.

Namun pandangan Toyota US itu belum tentu menjadi kenyataan serta dipersetujui oleh semua orang dan pengeluar kenderaan lain. Ianya mungkin hanya "trend" semasa yang tidak akan kekal lama. Apa pun, hanya masa akan menentukannya...

SUV Kompak di Malaysia

Sebenarnya SUV kompak tidak asing di negara ini apabila Perodua pernah mengeluarkan model segmen ini melalui model Perodua Kembara. Suzuki Vitara juga antara model yang pernah popular suatu ketika dulu.

Namun ianya bagaikan tenggelam sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini. Selari dengan perkembangan automotif dunia, model SUV kompak juga mula mencuri tumpuan dan mendapat sambutan hangat di negara ini.  Antara model yang menjadi pilihan adalah model Honda HR-V, Subaru XV dan Ford EcoSport.

Setelah 6 bulan selepas pelancarannya, Pada bulan Julai 2015, Honda HR-V telah menerima tempahan sebanyak 18,000 unit dengan masa menunggu dari 4 hingga 5 bulan telah membuktikan bahawa SUV kompak mendapat sambutan sungguh hebat di Malaysia!

SUV Kompak - Honda HR-V
SUV Kompak - Honda HR-V

Berikutan itu pelbagai lagi SUV kompak turut cuba untuk mencuri perhatian pembeli dengan memperkenalkan model SUV kompak mereka masa kini dan akan datang. Persaingan menjadi semakin sengit dan pilihan pula semakin banyak...

Berikut pula adalah antara model SUV kompak yang berada di pasaran Malaysia pada masa ini:

1. Segmen SUV Kompak Kategori Pertengahan
  • Honda HR-V
  • Subaru XV
  • Great Wall M4
  • Ford EcoSport
  • Peugeot 2008
  • Toyota Rush
  • Mazda CX-3
SUV Kompak - Mazda CX-3
SUV Kompak - Mazda CX-3

2. Segmen SUV Kompak Kategori Mewah
  • BMW X1
  • Audi Q3
  • Mercedes Benz GLA
  • Lexus NX
  • Range Rover Evoque
SUV Kompak - Lexus NX
SUV Kompak - Lexus NX

SUV Kompak - Mercedes Benz GLA
SUV Kompak - Mercedes Benz GLA

SUV Kompak Proton

Proton ada model SUV Kompak? Buat masa ini Proton belum lagi mengeluarkan model SUV kompak namun bahagian rekaan Proton ada mengeluarkan model prototype SUV kompak mereka dengan menggunakan Proton Iriz sebagai asas rekaan dengan nama Iriz Active

Ianya satu tindakan yang amat positif dan pihak Proton wajar memberi pertimbangan yang serius untuk memasuki segmen ini.

Melalui model prototype yang dihidangkan, ianya bukanlah sesuatu yang tidak mampu dilakukan. Hanya dengan melakukan sedikit lagi ubah suai rekabentuk agar lebih moden dan menepati citarasa terkini, tidak mustahil SUV kompak Proton ini mampu mendapat sambutan yang diluar jangkaan!

SUV kompak Proton - Iriz Active
SUV Kompak - Proton Iriz Active

Jika dilihat pada pasaran global dan tempatan serta begitu juga dengan apa yang telah pihak Toyota jangkakan, diharapkan Proton tidak ketinggalan untuk mencuba mendapat sebahagian dari pasaran yang sedang berkembang ini.

Proton juga perlu lebih agresif untuk membawa dan memasarkan model SUV kompak ini secara meluas diperingkat global kerana di sinilah sebenarnya ruang pasaran terbesar yang perlu direbut!

Proton tidak boleh terlalu lambat untuk bertindak. Ini antara masalah utama Proton yang sering ketinggalan tatkala peluang sudah terhidang di depan mata.

BinMuhammad

SUV Kompak Pilihan Anda?

Tidak dinafikan, model SUV kompak semakin diminati ramai dan menjadi satu trend baru dunia automotif global. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda meminati SUV kompak atau kereta?Setiap satu ada kelebihan serta kekurangannya yang tersendiri.

Generasi masa kini pula mempunyai citarasa yang sukar dijangkakan dan suka kepada sesuatu yang unik, kreatif dan bersesuaian dengan gaya hidup masa kini yang moden dan berteknologi.

10 tahun lagi, apakah pula segmen kenderaan yang akan mencuri tumpuan? Jika dilihat situasi semasa, sudah pasti kenderaan mesra alam, ekonomi dan berteknologi tinggi pula akan menguasai jalan raya di seluruh dunia.

p/s: Dalam situasi semasa yang menyaksikan segala perkhidmatan dan barangan naik harga ini... Namun yang peliknya semakin laris pula kenderaan terjual... Hmmm...

15 comments - "SUV Kompak Pilihan Generasi Masa Kini"

Etuza delete icon 06:05

memang cantik dua kali tiga kali pandang di Keningau jg ada beberapa dah ni berkilat la BM

Wah! bergaya betul reka bentuk dan hiasan dalamannya...

paridah delete icon 10:17

ASSALAM..LA NI SUV MMG JADI PILIHAN UTK JADI KENDERAAN KELUARGA...

Nampaknya kereta malaysia masih lagi gagal bersaing dengan kereta SUV dari luar. Harga pun lebih kurang, design pula agak mengecewakan..

Setahu saya SUV dan Pickup Truck antara kenderaan paling popular di Sabah dan Sarawak berikutan bentuk muka bumi dan keadaan jalan. Cikgu kat sana guna apa ye?

Apa cik akak susahkan, Duit Nuffnang tu dah cukup buat bayar bulan2... :)

Assalam Bunda... selamat kembali,
Yang mana satu menjadi idaman Bunda?

Waalaikumsalam,
Betul kan... Mungkin kerana mahukan kelainan dan bergaya! Kalau pakai kereta tu nampak biasa jer...

Ya! Faktor harga adalah faktor yang paling penting perlu diberi perhatian. Apabila ianya kereta buatan Malaysia, pastilah kita mengharapkan harga yang murah...kalau tidak, tak perlulah buat kenderaan sendiri...

Kenderaan sudah menjadi satu keperluan.. walau mahal masih ada yang membelinya..

Betul gak tu... Namunn wajar kerajaan turunkan harganya kerana ia dah jadi keperluan rakyat kan... :)

Amboi! Tiap2 bulan belasah kfc sampai beratus2 hengget!
Nanti cik akak boleh montel...hehe

Unknown delete icon 14:54

SUV pilihan MV sememangnya Lexus, tapi impian la dulu...hihi

tak sabar tgu proton keluarkan SUV nya..

xdinafikan kan SUV menjadi pilihan masa kini..

Zool delete icon 09:34

Pada pendapat saya, Malaysia buat kereta bukan suka suka. Apabila Proton ditubuhkan, ia bertujuan supaya rakyat Malaysia dapat memperolehi teknologi canggih yang ada pada negara negara maju. Dengan adanya Proton, SME (small and medium scale industries) ujud untuk memberi pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Spare parts kereta dibuat oleh SME kita seperti tempat duduk kereta, rim, dash board, bahagian plastik, steering wheel, cermin, lampu, carpet, kulit, wayar dan sebagainya. Engine kereta pun dah pandai buat. Dulu jarum pun kene import, sekarang engine kereta pun rakyat tempatan boleh buat. Setengah syarikat ini sekarang export parts kereta ke luar negara. Industri kereta tempatan telah memberi pekerjaan kepada lebih 200,000 pekerjaan. Kalau beli kereta jenama luar atau yang dikuasai saham luar, yang untung pekerja dan SME negara luar seperti Thailand, Jepun dll.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap