Pelbagai media sosial kini telah wujud bagi memenuhi kehendak dan minat manusia pada zaman ini. Berkomunikasi secara maya sudah menjadi satu amalan lumrah dan gaya hidup masa kini.
Blog adalah antara yang mendapat perhatian ramai. Kalau dulu, hanya lepasan sekolah atau dewasa sahaja menggunakan blog tetapi kini, ramai pelajar sudah ada blog mereka sendiri.
Bersosial menggunakan blog sedikit berbeza kerana blog menyediakan ruang dan kelebihan yang luas kepada pengguna untuk mengutarakan perkongsian. Maka, ianya mampu menonjolkan kreativiti, bakat serta kemahiran seseorang terutama dalam penulisan dan olahan artikel
Membuat dan menerbitkan sesebuah entri blog juga tidak semudah media sosial yang lain. Namun keistimewaan blog, ianya mampu berhubung dan mendedahkan anda kepada dunia yang lebih luas dan global melalui enjin carian.
Oleh itu, blog-blog peribadi yang sebelum ini berkongsi sesuatu yang unik, menarik dan tersendiri juga telah mengambil kesempatan dengan menerbitkan topik-topik sebegini untuk meningkatkan trafik lalu menjadikan blog caca-marba dan tidak lagi unik serta berkarektor.
Blog adalah antara yang mendapat perhatian ramai. Kalau dulu, hanya lepasan sekolah atau dewasa sahaja menggunakan blog tetapi kini, ramai pelajar sudah ada blog mereka sendiri.
Bersosial menggunakan blog sedikit berbeza kerana blog menyediakan ruang dan kelebihan yang luas kepada pengguna untuk mengutarakan perkongsian. Maka, ianya mampu menonjolkan kreativiti, bakat serta kemahiran seseorang terutama dalam penulisan dan olahan artikel
Membuat dan menerbitkan sesebuah entri blog juga tidak semudah media sosial yang lain. Namun keistimewaan blog, ianya mampu berhubung dan mendedahkan anda kepada dunia yang lebih luas dan global melalui enjin carian.
Kelebihan Menjadi Kekurangan
Kelebihan ini yang membuatkan medium blog menjadi tarikan untuk ruang promosi, menjana pendapatan serta hebahan informasi yang sangat berkuasa.Oleh itu, blog-blog peribadi yang sebelum ini berkongsi sesuatu yang unik, menarik dan tersendiri juga telah mengambil kesempatan dengan menerbitkan topik-topik sebegini untuk meningkatkan trafik lalu menjadikan blog caca-marba dan tidak lagi unik serta berkarektor.
Semua itu adalah hak masing-masing. Tiada sekatan atau menjadi kesalahan... Blog anda, hak anda! Namun tanpa disedari, ianya adalah satu kerugian, dimana untuk jangka masa panjang, topik-topik tersebut tidak memberi sebarang faedah dan akhirnya merendahkan kreadibiliti blog dan penulis.
Keperluan Ada Lebih Dari Satu Blog
Di sinilah keperluan dan kepentingannya untuk mempunyai lebih dari sebuah blog. Mempunyai lebih dari sebuah blog adalah satu tindakan yang bijak untuk jangkamasa panjang.Perkongsian anda boleh diasingkan mengikut topik dan niche. Ianya sangat bagus untk SEO dan menyerlahkan blog dan entri di enjin carian!
Sebagai contoh, sebuah blog peribadi yang sentiasa mengutarakan kisah-kisah kehidupan dan pengalaman kehidupan harian jika bercampur dengan topik-topik seperti tonton drama dan novel online, maka ianya kelihatan agak janggal.
Kenapa tidak buat sebuah lagi blog yang berasingan dan tumpukan topik-topik seperti tonton drama dan novel online tersebut di sebuah blog yang berbeza?
Mencampurkan segala topik dalam sebuah blog, ia bukanlah satu tindakan bijak... Jika masih mahu berkongsi topik peribadi dan topik bertunjangkan trafik, ada baiknya buatlah dua blog yang berasingan.
Sudah tentu pengunjung blog dapat menumpukan terus kepada topik tersebut tanpa perlu terganggu dengan topik-topik lain yang tidak berkaitan.
Sudah pasti ada yang memberi alasan... Susah nak jaga dua buah blog. Apa yang susahnya? Anda terbitkan entri macam biasa juga cuma asingkan mengikut topik sahaja! Tiada pun pertambahan masa! Malah anda kelihatan lebih profesional dan bijak mengambil peluang dan ruang.
Entri yang berkisar tentang kisah peribadi, perkongsian minat, bakat, kemahiran dan ilmu itu lebih dekat kepada pembaca. Mereka hadir untuk membaca dan menikmati kisah yang tidak sama seperti yang boleh diperolehi di media masa atu portal.
Trafik blog adalah alasan sebenar kenapa kandungan blog sudah menjadi caca-marba. Jika anda mempunyai dua buah blog yang menumpukan kepada dua matlamat berbeza, ianya lebih menguntungkan.
Blog peribadi fokus kepada perkongsian peribadi serta menjalin persabatan manakala satu lagi blog atau selebihnya, tumpukan kepada trafik untuk menjana pendapatan atau apa jua matlamatnya.
Namun sebenarnya, pada masa yang sama kedua-dua blog pun boleh menjana pendapatan. Wah! Tidakkah itu satu tindakan dan strategi yang bijak!?
Pengalaman Pahit Ada Manisnya
Sebenarnya, pengalaman menjadikan kita lebih matang dan membuka jalan untuk menjadi lebih maju kehadapan. Sebelum ini Blog Relaks Minda adalah satu-satunya blog yang dikendalikan.Apabila blog tersebut diserang dan bermasalah, barulah tersedar akan betapa pentingnya perlu ada blog lain sebagai backup. Bermula dari bawah semula bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
Melihat kepada kejayaan blogger-blogger lain yang berjaya dalam perkongsian dan penjenamaan blog serta mampu menjana pendapatan, mereka semua tidak hanya mempunyai sebuah blog.
Maka di sini penting bagi saya berkongsi pengalaman ini agar dapat dimanfaatkan dan menjadi rujukan buat blogger yang mahu maju dan berjaya dalam mengejar apa jua matlamat.
Jangan sekadar leka dan seronok dengan apa yang sedang dilakukan dan dengan apa yang sedang dikecapi ketika ini kerana bila-bila masa ianya boleh hilang dalam sekelip mata. Jangan anda juga menerima nasib yang sama...
Tidak Kepuncak Tanpa Bergerak Dari Bawah
Jadilah blogger yang bijak dan berkreadibiliti dan bukannya blogger murahan. Perlu pandang masa depan dan untuk jangkamasa yang panjang. Setiap ilmu yang dikongsi oleh sesiapa sahaja perlu dikutip dan jadikan panduan serta sempadan.Anda boleh mulakan dari sekarang... Ya! Anda akan lihat ianya bagaikan tiada kesan dan merugikan kerana perlu memulakanmya dari "kosong". Namun anda masih punya blog yang telah matang untuk diteruskan tidak seperti saya yang terpaksa bermula segalanya dari "kosong".
Apabila masa berlalu dan anda mulai rasa kesannya, pasti anda akan bersyukur di atas langkah awal yang telah dilakukan.
Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit pengetahuan dan perkongsian ilmu bagi membuka minda anda tentang dunia blogging.
p/s: Blog anda, hak anda... Jangan pula hanya mengikut orang lain tanpa sebarang pedoman, arah tujuan dan matlamat. Dunia akhir zaman ni banyak ajaran yang sesat...
21 comments - "Perlukah Ada Lebih dari Sebuah Blog?"
ada kebaikan ada dua blog..untuk jadikan bloglist ..namun blog pertama saja selalu updated..kadangkala boleh lupa pasword..buat lagi blog..ni yang tak catat pasword ..seperti etuza tu BM..pesona..tak dapat buka..BM bagi tutorial boleh tak buka blog lupa email dan pasword.Malu..ni..hehehe
assalam...kalau rajin n mampu jangankan dua blog yg dibuka kak tengok ada yang sampai 4-5 disenarai google. cadangan BM amat baik utk dicuba sbb kalau hlg satu blog ada lagi yg lain boleh dioperasi.
Dah agak dah... Itu adalah alasannya. Tapi xde beza pun ada dua blog. Cuma asingkan dua topik entri jer. Blogging tetap macam biasa...masa guna macam biasa juga. Nak urus ape sebenarnya yg susah?
Buat dulu...nanti ada banyak kelebihannya, percayalah...
Saya kurang faham... Kenapa cikgu buat dua blog guna user dan password yg berlainan? Satu user dan password pun dah boleh buat banyak blog. Maka xde masalah lupa...
Nanti saya cuba carikan penyelesaian kalau lupa password ni. InsyaAllah, kalau berjayalah ye...
Waalaikumsalam,
Macam akak, rasanya tak perlu kot sebab kandungan blog akak masih dalam lingkungan topik yang sama.
Assalammualaikum... BM,
terima kasih sahabat atas perkongsian yang baik dan sesuai dijadikan kepada semua blogger lain.
mselim3
Walhal saya pun ada banyak blog. Masa ada akaun adsense dulu, blog saya mungkin mencapai ratusan..huhu
As'salam BM.
Terima kasih,satu perkongsian yg baik buat renungan semua.
saya buat juga lebih dari 1 blog sbb fokus berlainan
hehehe...dah ada lebih dari satu blog...yang satu lagi nanti nak kemaskini juga (ada masalah tak akan timbul kalau di hacker salah satu blog...sebab akaun sama....)
Kalau bijak bahagikan masa, rasanya perlu ada lebih dari sebuah blog... :)
Waalaikumsalam,
Semoga berguna dan jadikan ia sebagai peringatan.
Wah! Banyaknya blog SP! Masih aktifkah hingga kini?
Kalau sampai tahap beratus tu memang payahlah nak uruskan kalau sorang.
Waalaikumsalam,
Yang baik jadikan teladan...yang sebaliknya buat sempadan
Bagus... Anda sudah ada perancangan untuk masa depan...
InsyaAllah... Hacker tidak menyerang akaun blogger, hanya blog sahaja. Tapi pastikan password anda sangat sukar dan selalu ditukar
Mengendalikan lebih dari satu blog bukan bermakna perlukan banyak masa. Maksud saya disini, daripada satu blog entrinya rojak...Adalah lebih baik asingkan entri mengikut topik di blog yg berbeza.
Terima kasih...risau juga...sampaikan nak buat akaun baru....Insya Allah akan selalu tukar password
Ye betul. Bagus untuk masa depan. Macam Abg Bin Muhammad semestinya mengendali beberapa blog di dalam tangan tidak menjadi masalah. Minat tanpa malas, skill pengurusan idea dan penulisan kreatif yang spontan adalah antara kuncinya. Bukan senang nak displinkan diri update entry hari-hari. Boleh jadi buasir otak kalau x betul caranya...Hehe
assalam. Minta pendapat saudara BM. Dalam 1 blog boleh ke dicampur adukkan entri bm dan english? Fokus topik masih sama
Waalaikumusalam
Ya boleh...Malah saya galakkan. :)
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum