Paling Trending Di Dunia Tahun 2015: Tinggal kurang dari dua minggu lagi tahun 2015 akan berakhir. Pelbagai kenangan pahit manis telah berlalu dan menjadi memori yang tidak akan berulang kembali.
Tahun 2015 akan terus kekal dalam lipatan sejarah. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah dan jadikan ia sebagai ingatan dan pedoman untuk meneruskan kehidupan di tahun-tahun yang mendatang.
Sepanjang tahun 2015, pelbagai perkara telah berlaku... Setiap kejadian yang menarik perhatian ramai pasti turut memberi impak pada enjin carian apabila kata kunci berkaitan perkara tersebut menjadi popular dan seterusnya mendominasi enjin carian.
Apakah yang paling popular dan menjadi trending di dunia maya ini pada tahun 2015?
Google Trend telah menyenaraikan beberapa senarai mengikut kategori apa yang paling popular dan menjadi carian tertinggi sepanjang tahun 2015. Jom kita lihat serba sedikit apakah yang popular dan menjadi trending diseluruh dunia pada tahun 2015.
Tahun 2015 akan terus kekal dalam lipatan sejarah. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah dan jadikan ia sebagai ingatan dan pedoman untuk meneruskan kehidupan di tahun-tahun yang mendatang.
Sepanjang tahun 2015, pelbagai perkara telah berlaku... Setiap kejadian yang menarik perhatian ramai pasti turut memberi impak pada enjin carian apabila kata kunci berkaitan perkara tersebut menjadi popular dan seterusnya mendominasi enjin carian.
Apakah yang paling popular dan menjadi trending di dunia maya ini pada tahun 2015?
Popular - Trending di Dunia 2015
Sporting Events
1. Copa America
Temasya sukan bola sepak terbesar di Benua Amerika Selatan ini menjadi acara sukan paling popular di dunia sepanjang tahun 2015.
Berlangsung di negara Chile, Copa America 2015 dimenangi oleh negara tuan rumah, Chile setelah menewaskan pasukan pilihan Argentina melalui penentuan sepakan penalti (4-1) setelah tiada jaringan berjaya dihasilkan pada masa sebenar perlawanan.
2. Wimbledon
3. Tour de France
Movies
1. Jurassic World
Filem ke-4 dan yang terbaru dari siri Jurassic Park ini menjadi fenomena di seluruh dunia apabila mula di tayangkan di pawagam pada bulan Jun 2015. Tidak disangkal lagi, ia terus menjadi trending movies untuk tahun 2015.
Jurassic World yang mengisahkan tentang tragedi di taman tema Jurassic Park yang menempatkan haiwan prasejarah setelah ia di buka semula berjaya mencatatkan kutipan box office dengan kutipan melebihi USD1.6 billion dan menjadi filem paling laris di dunia untuk tahun 2015 dan yang ketiga sepanjang zaman.
2. Furious 7
3. American Sniper
TV Shows
1. Big Brother Brazil
Siri realiti televisyen yang paling popular di Brazil ini menjadi trending tv shows di seluruh dunia untuk tahun 2015. Big Brother Brasil (BBB) 2015 telah mendapat sambutan hangat dan dianggap antara siri realiti tv terbaik di dunia pada masa kini.
Siri ke-15 (BBB) ini merupakan kisah realiti tv yang menyaksikan seorang pemenang dinobatkan dari sekumpulan peserta yang ditempatkan dalam sebuah rumah agam tanpa sebarang peralatan media dan komunikasi serta di awasi kamera sepanjang 24 jam selama 3 bulan.
2. Jessica Jones
3. Bigg Boss
Loss
1. Bobbi Kristina
Kehilangan yang paling mencuri tumpuan dan menjadi trending dunia pada tahun 2015 adalah kematian Bobbi Kristina Brown. Beliau merupakan anak kepada pasangan Bobby Brown dan Whitney Houston.
Bobbi Kristina yang lahir pada 4 Mac 1993 telah ditemui tidak sedarkan diri di dalam tab mandi telah koma selama beberapa bulan namun akhirnya menemui ajal pada 26 Julai 2015 di usia 22 tahun.
Sebelum ini, ibunya Whitney Houston juga telah meninggal dunia dalam situasi yang hampir serupa.
2.Cristiano Araujo
3. Cristopher Lee
Music Artists
1. Adele
Penyanyi berbakat dari UK ini kembali mendapat perhatian dunia hiburan sehingga menjadi trending artist bagi tahun 2015 apabila album studio ketiga beliau yang berjudul "25" diterbitkan dan dipasarkan pada 25 November 2015.
Album yang memuatkan single lagu "hello" tersebut berjaya terjual sebanyak 3.38 juta hanya dalam tempoh seminggu dan mencatat rekod jualan tertinggi di beberapa buah negara termasuklah di UK dan US.
2. Sia
3. Eagles of Death Metal
Consumer Tech
1. iPhone 6S
iPhone 6S dan iPhone 6S Plus menjadi barangan teknologi yang paling popular bagi tahun 2015. Telefon pintar keluaran Apple Inc ini merupakan kesinambungan dari model iPhone 6S yang di keluarkan pada 2014.
Dengan teknologi yang lebih canggih dan peningkatan yang mengatasi pesaingnya, iPhone 6S dan 6S Plus yang dilancarkan pada 28 September 2015 telah berjaya terjual sebanyak 13 juta unit hanya dalam tempoh seminggu dan menjadi rekod jualan tertinggi pada masa kini.
Impak iPhone 6S telah menjadikan ia trending barangan pengguna berteknologi yang paling popular di enjin carian bagi tahun 2015
2. Samsung Galaxy S6
3. Apple Watch
Searches
1. Lamar Odom
Lamar Odom atau Lamar Joseph Odom menjadi perkataan yang paling dicari untuk tahun 2015 di seluruh dunia! Siapakah beliau?
Lamar Odom merupakan atlet profesional sukan bola keranjang Amerika Syarikat. Mula menjadi perhatian umum dunia apabila berkahwin dengan personaliti tv popular Khloe Kardashian pada tahun 2004 namun kini telah berpisah.
Pada 13 Oktober 2015, beliau kembali menjadi perhatian dunia dan menjadi trending apabila dijumpai tidak sedarkan diri di rumah pelacuran Love Ranch dan sehingga kini masih mendapat rawatan di hospital.
2.Charlie Hebdo
3. Agar.io
News
1. Charlie Hebdo
Charlie Hebdo adalah majalah satira mingguan di Perancis. Ianya merupakan majalah yang tidak pernah menghormati sensiviti masyarakat terutama Agama Islam dan menjadikan ia satu sindiran dan satira buat tatapan umum.
Pada 7 Januari 2015, dua orang aktivis Islam telah melakukan serangan di ibu pejabat Charlie Hebdo Paris dengan menembak secara rambang. Seramai 12 kakitangan Charlie Hebdo telah terbunuh.
Kejadian ini menjadi berita terhangat dan terus menjadikan Charlie Habdo adalah berita paling popular sepanjang tahun 2015.
2. Paris
3. Hurricane Patricia
People
1. Lamar Odom
Setelah menjadi perkataan carian tertinggi, nama Lamar Odom terus dinobatkan sebagai manusia yang paling popular dan menjadi trending people di enjin carian seluruh dunia sepanjang tahun 2015!
2. Ronda Rausey
3. Caitlyn Jenner
Rujukan Trending Terkini
Google Trend sentiasa memberikan anda informasi terkini tentang trending keyword di enjin carian. Ianya amat berguna dan menjadi rujukan terbaik bagi blogger yang sentiasa mahukan trafik yang tinggi kerana kata kunci tersebut pasti akan mengundang kehadiran pengunjung yang ramai.
Pada tahun ini tiada satu pun di dalam senarai top 5 trending dunia ini ada berkait dengan negara Malaysia. Berbeza dengan tahun lepas apabila kata kunci "Malaysia Airline" tersenarai di dalam dua kategori iaitu Perkataan paling dicari (Search) dan Berita (News).
Selepas ini kita lihat pula apakah yang paling Popular dan menjadi trending di Malaysia untuk tahun 2015.
p/s: Teringin nak tengok nama blogger Malaysia menjadi trending di dunia... Mungkinkah?
12 comments - "Paling Trending Di Dunia Tahun 2015"
LAMAR ODOM!
TRENDING YG POSITIF YG DIHARAPKAN BUKAN SEBALIKNYA...
Semuanya hebat..semamangnya ternding ..mesti ada yang world ..tahnia BM amat berusaha menyalurkan infor menarik perhatian..
champions masih terpopuler
liga inggris adalah paling di minati
Tak tahu pula anak Whitney Houston pun meninggal..memang trending la
Mungkin cik akak lah tu... Tidak mustahil! :)
Peminat ke?
Masa buat artikel ini barulah saya kenal siapa itu Lamar Odom! huhu
Betul tu... Trending ni pun boleh berlaku ada sebab-sebabnya. Kalau ianya dari peristiwa positif dan baik, oklah tapi kalau sebaliknya... Hmmm...
Setiap hujung tahun, mesti menanti google keluarkan list ni. Harap dapat memberi sedikit informasi bagi menambah pengetahuan am.
Tidak dinafikan, Liga EPL popular tetapi belum berupaya menjadi top trending di dunia
Tanpa kita sedari, informasi sebegini kadang kala memberi informasi baru buat kita. Walaupun menjadi trending seluruh dunia namun ada juga yang kita tidak pernah tahu pun...
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum