Kereta Mesra Alam Elektrik Atau Hidrogen? Ketika pelancaran pertama Toyota Prius pada tahun 1997, ianya mendapat reaksi negatif serta kurang memberangsangkan.
Kereta hibrid komersial pertama di dunia itu terus dikecam kerana menampilkan rekaan yang hodoh dan kurang cekap. Bukan sekadar harganya mahal malah alat gantinya juga mahal terutama bateri. Pengkritik menyatakan bahawa model ini akan gagal!
Namun setelah 18 tahun ianya dipasarkan, Toyota telah menjual hampir 5 juta unit Prius serta kini sudah sampai generasi ke-4 dan menjadi model kereta paling laris di Jepun!
Bukan itu sahaja, teknologi hibrid tersebut telah diguna pakai oleh hampir kesemua pengeluar utama kenderaan diseluruh dunia untuk model komersial mereka! Semuanya kerana jimat minyak dan mesra alam.
Teknologi Kereta Hidrogen
Tahun ini, Toyota sekali lagi membawa satu lagi kereta berteknologi mesra alam yang terbaru dan terkini iaitu Toyota Mirai, kereta komersial pertama di dunia menggunakan sumber kuasa gas hidrogen.
Ianya merupakan jawapan Toyota kepada kenderaan tanpa pelepasan pencemaran (zero emission) selain dari kereta elektrik. Ini adalah berikutan gas hidrogen akan bertindak balas dengan oksigen dan hanya menghasilkan air sebagai bahan buangan. Ianya amat bersih dan selamat.
Adakah Toyota sekali lagi akan ditertawakan seperti kemunculan Prius sebelum ini? Tidak... Kali ini situasinya amat berbeza. Toyota Mirai dilihat sebagai satu pesaing dan ancaman kepada kereta elektrik yang kini semakin banyak dihasilkan secara komersial!
Syarikat lain mulai gerun dengan perkembangan ini kerana mereka telah belajar dari apa yang telah dicapai oleh model Prius sebelum ini.
Video perbandingan antara kereta hidrogen dan elektrik
Kelebihan Dan Kekurangan Kereta Hidrogen
Kenapa Toyota memilih menggunakan sumber kuasa gas higrogen berbanding kuasa bateri elektrik sebagai kenderaan mesra alam mereka? Jawapannya mudah dan ringkas, "lebih kilometer dan menjimatkan masa!"
Kita semua tahu, masalah utama kenderaan elektrik pada masa ini adalah jarak perjalanannya yang agak terhad dengan purata jarak kurang dari 150km. Keduanya adalah tempoh masa mengecas bateri yang agak lama untuk kembali berkuasa penuh. Ada yang mencecah 8 hingga 10 jam!
Berbeza dengan Toyota Mirai yang hanya mengambil masa 3 minit untuk isian penuh tangki hidrogennya dan mampu bergerak sehingga jarak 350km sebelum perlu diisi semula!
Seperti juga ketika pelancaran Prius, Produksi pertama Toyota Mirai ini tidaklah murah harganya. Ianya dijual dalam lingkungan harga USD60,000 (£38,884). Jika masuk Malaysia, termasuk dengan cukai mungkin harganya mencecah RM500K! Toyota Mirai juga mempunyai saiz yang besar dan panjang serta beratnya hampir 2 tan!
Namun sudah pasti semuanya itu akan terus bertambah baik pada masa akan datang sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat pada model Prius sekarang ini.
Ketika pesaing-pesaing automotive lain sibuk bersaing dalam teknologi kenderaan elektrik, Toyota telah keluar dari kepompong dengan memperkenalkan teknogi yang berbeza. Hyundai turut mengikut jejak Toyota dan Honda juga sudah pasti akan turut serta.
Adakah Toyota Mirai merupakan satu langkah yang akan membawa kejayaan seperti model Prius? Hanya masa yang akan menentukannya.
Teknologi Kereta Elektrik
Teknologi kenderaan elektrik juga semakin maju. Tempoh mengecas kini telah ada yang berkurang sehingga purata hanya 4jam (ada yang kurang dari satu jam) dan jaraknya semakin bertambah dari masa kesemasa (Kereta elektrik Tesla S mampu bergerak sejauh 400km!). Dalam tempoh 10 tahun lagi, tidak mustahil ianya akan mampu mencapai tahap yang diperlukan.
Malah Nissan, sebagai pengeluar kenderaan elektrik komersial pertama dunia melalui model Nissan Leaf percaya bahawa teknologi elektrik adalah pilihan kenderaan masa depan. Alasan mereka mudah, "Sukar untuk mendapatkan kemudahan mengisi hidrogen berbanding elektrik yang ada di mana-mana!"
Namun bukan semua sumber kuasa elektrik itu dapat mengecas bateri kereta dengan efisyen melainkan dengan kuasa 500 volt DC atau lebih pada 125 amps sahaja! Dimana kita nak dapat sumber kuasa elektrik sebegini?
Nampaknya masalah adalah sama... Kedua-dua kenderaan mesra alam zero emission ini perlukan persediaan insfrastruktur terlebih dahulu sebelum dapat diguna pakai secara meluas!
Kereta Mesra Alam Nasional
Persaingan dunia automotif pada masa hadapan semakin mencabar. Arah tujuan teknologi kenderaan juga kini semakin menjurus kepada satu matlamat iaitu kenderaan mesra alam, tanpa pelepasan pencemaran atau zero emission.
Bagaimana dengan pengeluar kenderaan nasional? Adakah mereka sudah bersedia dan mampu untuk bersaing? Proton sudah bermula dengan projek Proton Electric Vehicle (EV) mereka dan diharapkan ianya akan dapat direalisasikan.
Bagaimana dengan pengeluar kenderaan nasional? Adakah mereka sudah bersedia dan mampu untuk bersaing? Proton sudah bermula dengan projek Proton Electric Vehicle (EV) mereka dan diharapkan ianya akan dapat direalisasikan.
Perodua pula mungkin tidak punya banyak masalah apabila pemegang saham utama mereka iaitu Toyota pasti akan menyalurkan bantuan untuk mengeluarkan kereta zero emission ini.
Hidrogen, Elektrik dan Minyak
Apakah pilihan terbaik kereta mesra alam anda... Adakah hidrogen atau elektrik? Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya.
Walaupun harga minyak akan jatuh harga, namun ianya tidak memberi kesan buat negara-negara maju untuk merealisasikan impian mereka iaitu "Zero Emission Vehicle at 2050!"
Bagi negara-negara dunia ketiga pula, minyak akan terus jadi sumber kuasa utama kenderaan apatah lagi ianya dapat dibeli dengan harga yang murah. Namun sebaliknya berlaku kepada negara-negara pengeluar minyak yang akan terkesan sumber ekonominya akibat kejatuhan harga minyak di pasaran dunia.
BM: Mereka sibuk dengan kenderaan mesra alam tetapi pada masa yang sama memusnahkan alam...
11 comments - "Kereta Mesra Alam Elektrik Atau Hidrogen?"
menarik giler nie!
Kereta eletrik ni patut dimulakan dgn produksi model yg kecil n murah utk menarik penggunaannya yg meluas...pendapat kak jer heh..heh..
Saya setuju penggunaan kereta yang menggunakan kuasa elektrik atau hidrogen ni namun infrastrukutur di negara kita perlu mencapai tahap tinggi sebelum menjual kenderaan macam ni
Di Paris pun infrastruktur untuk kereta elektrik amat kurang. Hanya untuk kereta sewa bersaiz mini buatan Perancis, untuk jalan di Paris sahaja. Toyota Prius ada, tetapi dijadikan Teksi bandar. Macam cerita ayam dengan telur, siapa nak buat dulu, pelaburan untuk infrastruktur atau pelaburan buat kereta elektrik.
Ya... menarik melihat teknologi kereta masa kini. Semakin canggih!
Hanya menantikan kereta tanpa tayar jer lepas ni, hehe... Mungkinkah?
Buat masa ni dah ada kereta elektrik yang kecil cuma harganya belum murah. Mungkin perlukan sedikit masa lagi apabila teknologinya semakin berkembang dan mencapai tahap keluaran pada harga mampu milik.
Masalah utama jika dah murah dan mampu milik pula adalah tempat mengecas yg terhad.
Ya...Itu adalah masalah utama. Namun negara2 maju sudah mula membina infrastruktur ini.
Kalau di negara ini, ianya belum nampak ada usaha kerajaan ke arah itu. Walaupun nanti kereta mesra alam ini dah murah harganya, pasti minyak tetap jadi pilihan kerana tiadanya infrastruktur sokongan untuk mengecas dan isian hidrogen yang ada di mana2 spt stesen minyak.
Ya...tidak dinafikan, sekarang ianya masih kurang, namun negara2 maju sudah mula bergerak kearah itu. Apabila mereka punya matlamat dan tempoh sasaran, sudah tentu ianya akan menjadi pemangkin untuk mencapainya.
Kereta elektrik berdepan tentangan hebat secara halus dari syarikat minyak. Sebab tulah kereta elektrik pertama di Amerika suatu ketika dulu telah dilenyapkan secara sadis..
Mahal tu harga RM500k..bila agaknya malaysia boleh keluarkan kereta elektrik sendiri..
It really works for my kerja kursus geografi (cadangan penambahbaikan)
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum