Salam Jumaat buat semua umat Islam. Alhamdulillah kerana dapat lagi bernafas dan bertemu di hari Jumaat yang mulia, penghulu sekelian hari. Pada hari ini terkenang pula akan Khutbah Jumaat dua minggu lepas yang menyentuh mengenai MASA.
Kita semua tahu akan betapa berharganya masa kepada kita semua. Sebagai perkongsian buat pedoman dan ingatan... Bersama kita hayati akan khutbah Jumaat berikut yang menyentuh mengenai masa dan umur manusia.
Khutbah Jumaat: "Masa: Umur Manusia"
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan sedaya upaya mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang muttaqin.
Pada hari yang mulia ini marilah kita mendengar dan menghayati khutbah yang bertajuk “MASA; UMUR MANUSIA”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,
Masa merupakan harta yang paling bernilai bagi manusia. Ia berlalu dengan begitu pantas. Tanpa disedari usia kita semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya ‘Al-Waqtu Fi Hayatil Muslim’ telah menggariskan 4 ciri masa iaitu yang pertama, masa itu pantas berlari. Kedua, masa yang pergi tidak akan kembali. Ketiga, masa yang berlalu tidak boleh ditukar ganti dan keempat, masa merupakan harta yang paling berharga. Itulah yang dimaksudkan masa adalah umur kita.
Oleh itu tidak hairanlah, banyak pepatah Arab dan Melayu yang membicarakan tentang masa seperti ‘Masa itu emas’, ‘Masa ibarat pedang , jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita’ dan lain-lain. Kesemua ini menunjukkan kepada kita akan kepentingan masa dalam kehidupan.
Sidang Jumaat yang dirahmati oleh Allah SWT,
Setiap orang diberikan masa sebanyak 24 jam sehari semalam. Dari zaman Rasulullah SAW, para sahabat radiallahu anhum, ulama salaf dan khalaf, sampailah ke zaman moden hari ini, ia tetap tidak berubah.
Imam as-Syafie rahimahullah telah membahagikan masanya kepada tiga bahagian. Satu pertiga untuk beribadat, satu pertiga untuk berehat dan satu pertiga lagi untuk bekerja.
Rasulullah SAW sendiri selaku pemimpin negara, meluangkan masa malamnya untuk qiamullail sehingga bengkak kakinya. Apabila ditegur oleh isterinya, Saidatina Aisyah RA, baginda menjawab : “Salahkah sekiranya aku ingin menjadi hamba yang bersyukur”. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Namun persoalannya mengapa kita sering merasakan tidak cukup waktu untuk menyelesaikan segala kerja dan ibadah seharian? Mengapakah kualiti masa kita berbeza dengan kualiti masa Rasulullah SAW dan para sahabat? Sedangkan kita diberikan ruang dan tempoh masa yang sama.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Masa yang ada harus diuruskan dengan sebaik-baiknya. Setiap daripada kita diberikan tempoh masa yang sama, sehari semalam. Tidak berkurang dan tidak berlebih walau sesaat sekalipun.
Peri pentingnya peranan masa ini dapat dilihat melalui pengaturan amalan ibadah yang disusun berdasarkan konsep masa dan waktu yang tertentu.
Contohnya ibadah solat difardhukan mengikut waktu-waktu seperti subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak. Ibadah puasa difardhukan di bulan Ramadhan dan ibadah haji pula di bulan-bulan yang telah ditentukan. Sekiranya ibadahibadah ini dikerjakan sebelum atau pun melepasi waktunya, maka ia dikira
sebagai tidak sah.
Sekiranya kita membuka lembaran al-Quran, kita akan mendapati bahawa Allah SWT banyak bersumpah dengan masa. Contohnya dalam surah al-Asr (ayat 1-3), surah ad-Dhuha (ayat 1-2), surah al-Lail (ayat 1-2), surah al-Fajr (ayat 1-2) dan surah as-Syams (ayat 1-2). Perkara ini menjadi bukti kepada kita akan kepentingan pengurusan masa di dalam Islam.
Kepentingan masa sekiranya tidak dimanfaatkan nescaya akan mendedahkan manusia kepada kerugian dalam hidupnya sebagaimana ayat yang telah dibaca pada muqaddimah khutbah ini yang bermaksud:
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran, serta berpesan-pesan dengan kesabaran”. (Surah al-Asr : ayat 1-3).
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Oleh itu, janganlah kita melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah kerana mengabaikan masa dengan melakukan kerja-kerja yang tidak bermanfaat boleh membawa kebinasaan kepada diri kita sendiri, seperti berborak-borak, asyik melayari facebook dan berwasap ketika mendengar khutbah, melepak berjam-jam di kedai kopi, pusat-pusat hiburan, pasaraya dan lain-lain.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam menguruskan masa bekerja pula, konsep Fiqh Awlawiyyat perlu diterapkan. Fiqh Awlawiyyat menekankan konsep menetapkan keutamaan dalam membuat perancangan kerja.
Dr. Yusuf al-Qardhawi telah mentakrifkan Fiqh Awlawiyyat (memahami keutamaan) sebagai ‘Menetapkan sesuatu pada martabatnya. Tidak mengkemudiankan apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan apa yang dikemudiankan. Dan tidak mengecilkan perkara yang besar serta membesarkan perkara yang kecil’.
Berdasarkan Fiqh Awlawiyyat, setiap tugas boleh diukur keutamaannya berdasarkan tiga perkara iaitu, Ad-Dharuriyyat, Al-Hajiyyat dan At-Tahsiniyyat. Contohnya :
Justeru, kita hendaklah menguruskan masa dengan baik mengikut keutamaan-keutamaannya. Dan dalam merancang pengurusan masa, kita mestilah mengutamakan ibadah yang wajib dan diikuti dengan yang lain.
Marilah kita bersama-sama memastikan agar ibadah-ibadah fardhu ini diutamakan berbanding dengan urusan-urusan yang lain. Sekiranya kita terlalu sibuk dengan urusan dunia dan memandang remeh urusan ibadah, hati tidak akan menjadi tenang dan berasa cukup dengan apa yang ada.
Ingatlah, bahawa masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Uruskanlah masa dengan baik agar dunia dapat dijadikan sebagai ladang yang subur di akhirat nanti. Sebagaimana hadis daripada Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dua nikmat yang banyak dilupakan oleh manusia, iaitu nikmat sihat dan waktu lapang”. (Riwayat al-Bukhari).
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Antara pengajaran yang dapat diambil daripada khutbah ini adalah:
sumber: jais
Semoga kita semua menghargai masa kerana setiap detik yang berlalu itu tidak akan berulang lagi... Jangan sia-siakan masa dan penuhi masa kita dengan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat agar beroleh keberkatan serta rahmat dunia dan diakhirat.

- Bagi perkara-perkara dan tindakan yang dianggap sebagai AdDharuriyyat, ia adalah perkara yang sangat penting dan perlu dilaksanakan dengan segera. Contohnya berpakaian menutup aurat, mencari makanan halal dan memiliki rumah perlindungan.
- Bagi perkara-perkara dan tindakan yang dianggap sebagai AlHajjiyyat, ia adalah perkara yang penting dan sekadar memerlukan perhatian. Contohnya berpakaian kemas, memakan makanan berzat dan berkhasiat dan memiliki rumah yang telah siap dengan pintu dan tingkapnya.
- Bagi perkara-perkara dan tindakan yang dianggap sebagai AtTahsiniyyat, ia adalah perkara yang kurang utama dan tidak segera. Contohnya memilih pakaian cantik, hidangan makanan yang sempurna, rumah yang dilengkapi dengan kipas, karpet, kusyen dan lain-lain.
Justeru, kita hendaklah menguruskan masa dengan baik mengikut keutamaan-keutamaannya. Dan dalam merancang pengurusan masa, kita mestilah mengutamakan ibadah yang wajib dan diikuti dengan yang lain.
Marilah kita bersama-sama memastikan agar ibadah-ibadah fardhu ini diutamakan berbanding dengan urusan-urusan yang lain. Sekiranya kita terlalu sibuk dengan urusan dunia dan memandang remeh urusan ibadah, hati tidak akan menjadi tenang dan berasa cukup dengan apa yang ada.
Ingatlah, bahawa masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Uruskanlah masa dengan baik agar dunia dapat dijadikan sebagai ladang yang subur di akhirat nanti. Sebagaimana hadis daripada Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dua nikmat yang banyak dilupakan oleh manusia, iaitu nikmat sihat dan waktu lapang”. (Riwayat al-Bukhari).
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Antara pengajaran yang dapat diambil daripada khutbah ini adalah:
- Umat Islam mestilah memelihara masa kerana masa itu adalah umur bagi kehidupan kita.
- Dalam merancang pengurusan masa, umat Islam hendaklah bijaksana dalam menentukan kerja-kerja yang lebih penting dan utama untuk dilaksanakan.
- Janganlah dibazirkan masa dan umur kita kerana akan merugikan diri kita sendiri ketika di dunia dan di akhirat.
sumber: jais
Semoga kita semua menghargai masa kerana setiap detik yang berlalu itu tidak akan berulang lagi... Jangan sia-siakan masa dan penuhi masa kita dengan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat agar beroleh keberkatan serta rahmat dunia dan diakhirat.
9 comments - "Hargai Masa Kerana Masa Adalah Umur Kita"
TERIMA KASIH diatas entry ini..dapat juga saya info dalam menambah ilmu yg tak seberapa ni ;)
salam jumaat!
assalam...isi masa sebaiknya agar kita tidak kerugian ditinggalkan masa yg cpt berlalu.
Kalau kita mulakan hari dengan bacaan Alquran dahulu insyaAllah masa tu cukup buat kita
Sangat benar BM. Sebagai seorang blogger pun, kita sudah begitu menghargai masa yang ada, apatah lagi ditambah dengan kehidupan seharian..
Assalammualaikum.. BM,
memang benar BM.. masa adalah umur kita yang sekali kita terlepas menggunakan untuk perkara yang bermanfaat pasti akan berlalu tanpa ada pengisian kan....
mselim3
Assalamualaikum...
Bagus entri ini...banyak peringatan...
Asalam BM sama2 kita hargai masa buat apa patut ..keran terlalu membuang masa haram jadinya...
Betul lah orang cakap...masa itu ibarat emas...sangat berharga...
Perkongsian yang bermanfaat.. hargailah masa dan kesempatan yang diberi.. jangan menunggu sehingga kesempitan..
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum