بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sedar tak sedar, kini kita semua sudah berada di bulan Disember 2015. Pada hujung tahun 2015 ini, ada dua contest SEO (Search Engine Optimization) yang sangat menarik serta menawarkan hadiah yang agak lumayan sedang berlangsung.

Ianya menjadi penutup hebat untuk contest SEO disepanjang tahun 2015 setelah dimulakan dengan contest SEO "Malaysia Best Blog 2015" oleh OhDuit.com pada bulan Januari yang lalu.

Dua contest SEO hujung tahun 2015 yang sedang berlangsung tersebut adalah (klik link untuk sertai contest ini):
  1. 'Write A Review Contest' oleh lynk.my - kata kunci "Contest Review Lynk.My 2015"
  2. 'Contest SEO Terbaik 2015' oleh Blogger Anuar - kata kunci "Pengalaman Bersama ONEXOX"
Cara dan Teknik Untuk Menang Contest SEO

Apakah itu contest SEO?

Bagi yang belum memahami apakah itu contest SEO, ianya adalah satu pertandingan untuk meletakkan artikel penyertaan berada dikedudukan teratas di enjin carian (search engine results page - SERP) dengan kata kunci yang telah diberi pada tarikh yang telah ditentukan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh penganjur.

Sebagai contoh:
  • Nama Contest: Malaysia Best Blog 2015
  • Kata kunci: "Malaysia Best Blog 2015"
  • Enjin Carian: google.com.my
  • Browser: Chrome Incognito versi desktop
  • Tarikh: 31 Mac 2015 (10 malam)
Cara dan Teknik Untuk Menang Contest SEO
Kedudukan Pemenang Contest SEO - 'Malaysia Best Blog 2015'

Keunikan Contest SEO

Untuk memenangi contest SEO, ianya memerlukan ilmu SEO dan strategi kerana untuk bersaing dikedudukan teratas enjin carian dengan kata kunci yang sama bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan.

Namun kadang kala, penetapan kedudukan di enjin carian sukar dijangka... sedikit kesilapan sama ada terkurang atau terlebih teknik atau aplikasi SEO akan menggelincirkan kedudukan artikel dan situasi itu akan memberi tuah buat peserta lain.

Inilah yang membuatkan contest SEO sangat menarik dan unik. Sepanjang tempoh contest berlangsung kita akan dapati kedudukan peserta di muka hadapan enjin carian akan sentiasa berubah-ubah.

Rasanya...robot enjin carian pun pening nak memilih artikel yang mana satukah paling layak berada dikedudukan teratas memandangkan setiap artikel asyik bersaing memberikan yang terbaik untuk menepati ketetapan SEO yang telah ditetapkan.


Kelebihan Sertai Contest SEO

Contest SEO bukan sahaja medan pertandingan buat mereka yang pakar SEO kerana pertandingan ini punya kelebihan yang tidak akan diperolehi pada peraduan lain.

Hanya contest SEO yang mampu menarik penyertaan dari pakar-pakar dan otai-otai dalam dunia blogging! Ini akan mendedahkan kita kepada pelbagai teknik penulisan dan cara penyampaian terbaik bagi memikat enjin carian!

Mungkin sebelum ini kita agak terpencil atau diruang blogging yang agak terhad serta tidak mengenali mereka yang hebat dalam bidang ini tetapi melalui contest SEO, kita telah didedahkan dengan mereka yang sungguh berilmu dan terkenal dalam ilmu blogging.

Ini adalah satu peluang menimba ilmu percuma yang jarang-jarang kita dapati. Jika anda ingin meningkatkan pengetahuan SEO dan ilmu blogging... Inilah masanya. Sertai contest SEO dan timbalah ilmu sebanyaknya!

Jika anda inginkan blogger-blogger terbaik dan hebat ini berkunjung ke blog anda... jadilah salah seorang peserta contest SEO! Jangan terkejut... Mereka akan bertandang dan meninggalkan komen! Kenapa? Kerana blogwalking adalah salah satu teknik SEO untuk meningkatkan ranking SERP!

Selain dari hadiah contest yang agak lumayan, contest SEO memberikan anda peluang untuk membina backlink di blog-blog mereka yang terbaik di persada blogging negara disamping menjalin persahabatan. Trafik blog juga boleh meningkat!


Cara Belajar Menang Contest SEO

Cerita bukan main panjang tapi belum lagi kepada topik tajuk artikel ini. Sebenarnya tajuk artikel ini terlalu berat buat diri ini untuk mengulasnya kerana saya bukanlah pakar SEO yang punya kejayaan dalam contest SEO.

Blog ini pun masih terlalu muda dan baru pertama kali menyertai contest SEO melalui "Contest Review Lynk.My 2015". Nak menang memang tidak ada harapanlah tetapi kalau dapat bersaing dengan blogger2 otai dan pakar ini pun sudah menjadi satu kebanggaan.

OK... Jika anda mahu belajar cara dan teknik untuk menang contest SEO ini, rujuklah pada mereka yang pakar dalam bidang SEO dan pernah serta selalu memenangi contest SEO ini.

Antara yang paling berjaya adalah (sekadar menyenaraikan 5) :
Lagi satu, timbalah ilmu melalui kitab SEO yang terbaik pernah diterbitkan iaitu "Kitab SEO Merah Jambu". Ebook ini mengajar anda untuk belajar SEO dengan cara dan teknik yang betul, teratur, mudah dan berkesan.

Belajar SEO bukan sekadar untuk menang contest tetapi SEO memainkan peranan penting untuk meningkatkan prestasi blog sama ada dari sudut trafik mahupun kualiti artikel.

Bagi mereka yang punya matlamat menjana pendapatan melalui blog, SEO adalah salah satu kunci utama kepada kejayaan. Kejayaan tidak akan datang bergolek tetapi perlu berusaha untuk mendapatkannya...
Cara dan Teknik Untuk Menang Contest SEO - kitab seo merah jambu

22 comments - "Cara dan Teknik Untuk Menang Contest SEO "

BM juga salah seorang pakar SEO dikalangan blogger Malaysia..:)

Etuza delete icon 17:16

Wah dalam 5 tersenarai naka calrasepatrik..hebat dia ya BM..blogger dari keningau, sabah,. tahnia

paridah delete icon 17:38

CONTEST SEO NI HANYA LAYAK KPD YG PAKAR BLOGGING MCM BM JER

Kenapa tak berani pula... Bukan kena hentam pun! hehe
Sama jer macam join Segmen dan GA.

Saya bukan pakar SEO... Banyak yg saya tak tahu. Hanya ikut apa yang orang lain buat jer...

BM antara pakar seo malaysia. Tidak dinafikan. Banyak ilmu seo yang boleh diceduk di sini

Blogger Sabah memang ramai yg hebat2 termasuklah Cikgu Etuza.
CP walaupun masih muda tetapi sangat hebat dalam SEO!

Tak lah Akak... Contest SEO ni boleh disertai oleh semua blogger. Matlamat menyertai contest tidak semestinya untuk menang jer... Jom! Mungkin akak bertuah!

Oh! Belum sampai tahap untuk menjadi antara pakar seo Malaysia...
Masih amatur yang sedang belajar.

susah bro BM main dgn SEO ni..huhu

Apa yang payah... Tengoklah entri para peserta, semuanya lebih kurang sama jer...

Memanglah susah... Tapi matlamat sertai contest tidak semestinya untuk menang :)
Ilmu itu lebih berharga!

Best la kalau power mcm 5 orang 2
Nak best lg... Boleh lawan dorang

Etuza delete icon 07:13

salam...datang visit blog terhebat ni..apa khabar ya BM

Mrs. A delete icon 16:58

Gulp! susah nak hadam.
Telan air liur ajelah nampaknya huhuuhuu...

Nak lawan macam mana... Dapat dok kat sebelah pun dah baguih sangat...

Waalaikumsalam...
Alhamdulillah, sihat... Semoga cikgu pun sihat walafiat dan bahagia selalu...

Jangan telah air liur... baik bancuh kopi, lagi sedap minum... hehe

Memang susah nak menang contest seo ni. Banyak ilmu yang perlu dipelajari dan ada tips yang boleh dirujuk di sini

Bunda singgah sini..

BM pun salah seorang pakar SEO juga.. penulisan artikel BM mantap, lengkap dan mudah difahami..

Rupanya banyak teknik yang perlu kita pelajari jika ingin berada di kedudukan terbaik. Semoga ramai yang dapat manfaat melalui contest SEO yang disertai.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap