بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
15 Blogger Terbaik Malaysia 2015: Sepanjang tahun 2015, dunia blogger Malaysia tidak pernah menyepi dan semakin meriah. Namun kualiti blog semakin merudum akibat blog berniche informasi hangat semasa dan hiburan telah tumbuh bak cendawan lepas hujan.

Ianya bukan memberikan ulasan atau artikel yang berkualiti dari sudut pandangan masing-masing tetapi lebih kepada entri "copy paste" yang sekadar gempak pada tajuk yang mencipta sensasi dan minat orang ramai untuk menjana trafik tetapi isi kandungannya hampeh!

Namun mereka tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Inilah penangan blog yang mencipta peluang dan ruang untuk menjana pendapatan sampingan melalui pelbagai medium bagi menampung desakan kehidupan yang kian terhimpit akibat dari kenaikan kos sara hidup pada masa ini.

Walaubagaimanapun dunia blogger Malaysia tetap mempunyai blogger-blogger sejati yang hebat sama ada baru atau lama. Mereka terus mewarnai dengan pelbagai kisah dan informasi yang menarik dan berguna buat tatapan bersama.

Komuniti blogger ini walaupun nampak ada sedikit jurang, status dan berkelompok namun ianya bukan satu masalah besar asalkan sesama terus menyajikan santapan amat bermakna, menarik dan unik yang memberikan sejuta kisah dari pelbagai topik sebagai tatapan buat semua pelayar internet di seluruh dunia.

15 Blogger Terbaik Malaysia 2015

Perngiktirafan Blogger Terbaik

Pengiktirafan terbaik itu terlalu subjektif dan setiap orang ada cara dan kriteria penilaian masing-masing. Oleh itu dalam senarai blogger terbaik Malaysia 2015 ini bukanlah penilaian yang terbaik secara menyeluruh.

Ianya adalah pengiktirafan buat blogger-blogger yang sangat hebat dan ramah sehingga menjadikan mereka terbaik dalam memberikan nilai jalinan ukhuwah melalui kunjungan dan komen-komen di blog ini.

Bukan sahaja menilai dari sudut jumlah komen tetapi juga sememangnya mereka mempunyai blog yang hebat dan antara yang terbaik untuk dikunjungi.

Sewajarnya blogger-blogger ini dijadikan contoh terbaik buat blogger-blogger baru yang ghairah untuk dikenali dalam komuniti blogger negara agar dapat belajar sesuatu dari sikap ramah, kerajinan dan perkongsian yang diberikan.

15 Blogger Terbaik Malaysia 2015

Etuza @ http://madey09.blogspot.com/
15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 - Etuza

Paridah Ishak @ http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/
15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 - Paridah Ishak

Mizz Aiza @ http://www.mizzaiza.com/
15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 - Mizz Aiza

Sentiasa Panas @ http://www.sentiasapanas.com/
15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 - Sentiasa Panas

Yana Yani @ http://iamaproudmama.blogspot.com/
15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 - Yana Yani

Mrs. A @ http://mrsablogstori.blogspot.com/
15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 - Mrs. A

Idzwa Kamarudin @ http://nurul-izwa.blogspot.com/
15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 - Idzwa Kamarudin

Mohd Selim Zainal @ http://mselim3.blogspot.com/
15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 - mselim3

Titan @ http://ahmadfaizal.com/
15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 - Titan

Kak Zakie @ http://zakiepurvit.blogspot.com/
15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 - Kak Zakie

Fiza Rahman @ http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/
15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 - Fiza Rahman

Noriza Rahman Momma Vogue @ http://www.mommavogue.com/
15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 - Noriza Rahman Momma Vogue

Khir Khalid @ http://www.khirkhalid.com/
15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 - Khir Khalid

Naomei @ http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/
15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 - Naomei

Jie Susanos @ http://www.jiesusanos.com/
15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 - Jie Susanos

Terima Kasih Kerana Mengenali Anda Semua

Ramai yang telah mengenali mereka namun bagi yang belum pernah, anda disyorkan untuk berkunjung dan menyapa. Blogger-blogger ini menyajikan pelbagai topik yang berbeza-beza dan setiap kali anda berkunjung, pasti akan memberi satu pengalaman dan ilmu baru yang tidak ternilai harganya.

Walaupun ada diantaranya tidak sesekali pun ingin meraih populariti, dikenali apatah lagi disanjungi, namun kejujuran dan keikhlasan mereka dalam berblogging sama ada dari sudut perkongsian serta keramahan dan kerajinan tidak boleh disangkal lagi adalah yang terbaik dan terhebat!

Ramai lagi blogger yang tidak disebutkan di sini adalah yang terbaik di Malaysia tahun 2015. Anda semua terbaik dalam kriteria dan cara penilaian yang berbeza...

Terima kasih di atas sokongan dan kunjungan anda semua. Teruskan berblogging dan berkongsi sesuatu yang hebat dan bermakna buat kami semua...

Semoga blog terus menjadi gedung ilmu dan santapan kehidupan untuk kebaikan bersama di dunia dan akhirat... InsyaAllah... Sesungguhnya adalah satu tanggungjawab buat blogger semua untuk menyampaikan sesuatu yang baik walaupun hanya sebaris ayat...

Terima Kasih 15 Blogger Terbaik Malaysia 2015

28 comments - "15 Blogger Terbaik Malaysia 2015"

mselim3 delete icon 07:28

Assalammualaikum.... BM,

terima kasih BM... sudi berikan backlink ke blog mselim3. Semoga BM dirahmati Allah dan disayangi rakan blogger . Aaminn..

mselim3

Tahniah kepada rakan blogger yang tersenarai.
Nampaknya blog YangBaik dah ke laut... huhuhu

Etuza delete icon 10:50

Asalam blogger hebat Malaysia BM..terkejut nampak dalam senarai, setelah membaca Etuza faham kenapa dalam senarai. Terima kasih menghatgai karya Etuza yang sebenarynya selalu di kritik, selain cara kekampungan. Saya tidak boleh berbohong dengan kehidupan sebenar Etuza. Di kampung ..alhamdulillah dgn ada penghargaan ini..akan membangkitakn lagi aura berblog. Sungguh hanya allah mampu membalasnya..syukran ..semoga Bm tersus bersinar di arena blog

Etuza delete icon 10:53

Saya secara personal blogger terbaik dan terkenal sebenarnya ialah BLOGGER BM, HASRUL HASSAN, BLOGGER LELAKI, BRO BEN, Lysa Fazuren, Wazin ( Oh Duniaku ) dan yang lainnya.
Teringat juga blogger Adha serta blogger PANDUAN MALAYSIA..Tahnia ya. Sebab selalu Etuza merujuk di blog ini. Itu antara lain kelebihannya selain tampil blog sangat ringan dan kemas. Tahnia ya

Etuza delete icon 11:01

Subahanllah sangat cantik semua header yang ada ni..sungguh hebatkan dunia IT. Namun semuanya kita pinjam sahaja..sementara di Dunia. Semoga 15 blogger ini maju dalam berblog seiring beramal dalam blog dan sentiasa di rahmati Allah. Tahniah 15 blogger terbaik dalam blog hebat Blogger hebat BinMuhammad...indahnya nama BM..seindah hatinya

tahnaih untuk 15 bloger untuk tahun 2015.Harap tahun depan saya pulak..

Semoga cik akak rajin2lah singgah sini merapu ye. Di alu-alukan...:)
Senarai ni takde ranking lah...

Waalaikumsalam sahabat..
Terima kasih di atas sokongan sahabat. Semoga ukhuwah berkekalan...amiin

YB tetap diingatan...Dah lama tersenarai dalam bloglist. Semoga terus bersemangat berblogging ya!

Waalaikumsalam,
Kekurangan dan teguran perlu kita ambil positif dan perbaiki apa yg termampu. Blog cikgu tetap unik dan istimewa. Ingatlah... Kejujuran itu lebih dihargai... :)
Semoga Blog Etuza akan terus gah di dunia maya ini!

Blog & Blogger etuza juga terbaik. Terbaik itu subjektif dari sudut penilaian yang berbeza mengikut pandangan setiap orang. Maka, tiada blog dan blogger yang tidak baik!

Terima kasih cikgu...semoga ukhuwah kita berpanjangan... :)

Setiap blog adalah wadah atau gedung ilmu yg tidak ternilai. Semuanya datang dr penulisan blogger hebat dan terbaik. Saya hanya belajar dari anda semua...

InsyaAllah... Kunjungan anda ke sini dialu-alukan dan amat2 dihargai.
Semoga 2016 akan menjadi tahun yg lebih baik buat kita semua.

Unknown delete icon 18:23

Terbaik...blh blaja dr mereka ni...

Unknown delete icon 18:23

Terbaik...blh blaja dr mereka ni...

Masya Allah.. Kakak malu sebab kritria APA sebenarnya yg dilihat. Blog Kakak terlalu jauh utk dikatakan baik berbanding yg lain. INI yg kena tutup muka ni. Maaflah yg tersalah pilih.

Kelakarlah akak ni. Malu-malu pula...hehe. Terbaik itu subjektif dari sudut penilaian yang berbeza mengikut pandangan setiap orang. Akak terbaik pada kriteria penilaian saya...

Banyak yang boleh dipelajari melalui cara berblogging, keramahan, penulisan dan isi kandungan perkongsian.

Terima kasih kerana sentiasa menyokong BM.

YA! Belajar dari mereka yang terbaik!

Saya pun ade? Ehh..malulah mcm nie...heheee...terima kasih tuan bin muhammad ! :)

Alhamdulillah... tersenarai juga walau kurang berblog di pengakhir 2015 ni. Terima kasih BM. Akan ttp terus berblogging selagi diizinkan... menjadi landasan perkongsian ilmu dan tapak silaturrahim utk kebaikan dunia dan akhirat, in shaa Allah.
Salam 2016... semoga terus sukses di tahun-tahun mendatang dgn ukhwah silaturrahim yg ceria dan diberkati... aamiin. :) :)

Mrs. A delete icon 13:03

Alhamdulillah. Terima kasih BM sebab sudi senaraikan blog Mrs. A yang biasa-biasa aje ni.

Setuju dengan pendapat BM terbaik itu subjektif dari sudut penilaian yang berbeza mengikut pandangan setiap orang.

Bagi Mrs. A yang penting kena jujur dan ikhlas terutama kepada diri sendiri.

Terima kasih diatas penghargaan yang diberikan BM. Tahniah buat semua blogger yang sememangnya terbaik di Malaysia. Semoga 2016 sekali lagi menjadi permulaan buat tahap seterusnya. Semoga berjaya buat BM dan semua rakan-rakan blogger..:)

Aiseyyy tak tersenarai pulak ... huhuhu .. nak la jadi 15 blogger terbaik 2015 ... :P

Tanpa Nama delete icon 14:53

Tahniah semua..

Terkedu sekejap aiza.. hehe.. terima kasih kerana BM sudi senaraikan blog aiza walaupun kebelakangan ini aiza jarang update blog.. semoga ukhwah yang terjalin di antara kita semua akan terus berkekalan dan semoga BM terus success.. ;)

Pakcu delete icon 20:59

Alahai...best nyer....keladi sokong blogger malysia...saja nk share...jika tip tntang teknikal blog...bnyk dtg dripade indonesia....kn ..tp masing-masing ada cara tersendiri dln berblog....slm prknln semua...

Speechless jap. Mekasih atas penghargaan ni BM. Tahniah buat yang tersenarai.

bagus senarai macam ni, boleh jalan dan kenal

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap