Kereta Paling Popular Di Malaysia 2015: Pelbagai model baru kenderaan telah diperkenalkan sepanjang tahun 2015 oleh pelbagai jenama pengeluar telah merancakkan industri automotif negara.
Namun kejatuhan nilai RM telah merencatkan sedikit kemeriahan ini apabila mula memberi kesan kepada pembeli dan pengeluar kenderaan. Tahun 2016 nanti, beberapa jenama telah mengeluakan kenyataan rasmi tentang kenaikan harga kenderaan mereka akibat dari kejatuhan nilai RM ini.
Selain dari itu, pengeluar kereta nasional iaitu Proton dan Perodua juga tidak ada mengeluarkan sebarang model baru. Hanya model-model sedia ada yang diubahsuai (facelift) menjadi pemangkin untuk mencuri tumpuan pasaran.
Tahun 2015 juga telah menyaksikan satu fenomena baru melanda dunia automotif tempatan apabila satu segmen baru kenderaan telah mencuri perhatian umum sehingga menjadi trending atau paling popular dan hangat diperkatakan di dunia maya mahupun realiti.
Segmen kenderaan yang dimaksudkan adalah Kenderaan Utiliti Sukan Kompak @ SUV Kompak (Compact Sport Utility Vehicle @ Compact SUV). Ianya merupakan SUV bersaiz sederhana yang mempunyai 5 tempat duduk. Dipacu sama ada 4 roda ataupun 2 roda.
Cara dan gaya hidup aktif, interaktif dan bergaya telah menjadikan kenderaan SUV satu pilihan paling popular untuk menepati citarasa hidup pada masa kini.

Top 10 Malaysia Most Popular Car
Berikut adalah senarai Top 10 model kereta paling trending di Google Search Malaysia dan paling popular menjadi sebutan dan tarikan oleh rakyat Malaysia bagi tahun 2015.
10. Audi S8
Model Audi S8 merupakan model paling mewah keluaran Audi. Ianya merupakan saingan kepada Mercedes S Class dan BMW 7 Series.
Agak sukar melihat model ini dijalan raya Malaysia kerana ianya belum dapat mengatasi populariti dua model tersebut. Namun ianya hangat menjadi sebutan dan popular dikalangan pengguna enjin carian.
9. Honda Civic 2016
Honda Civic generasi ke-10 ini sudah dilancarkan di Amerika Utara sejak bulan September yang lalu. Ia dijangkakan akan memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2016.
Honda Civic 2016 adalah anjakan baru dalam siri model Civic dengan rekabentuk moden serba baru sepenuhnya disamping penggunaan enjin Honda terkini yang lebih canggih dan efisyen.
Dijangkakan juga model ini akan menjadi antara model terhangat dan popular di Malaysia apabila dipasarkan nanti.
8. Honda City 2015
Honda City kini menjadi model kereta sedan bukan Nasional palis laris di Malaysia mengatasi Toyota Vios yang menguasai segmen ini sejak hampir dua dekad yang lalu. Maka, tidak hairanlah Honda City 2015 menjadi popular dan sering diperkatakan.
Dengan menampilkan rekabentuk yang menarik, Honda City generasi ke 4 ini menawarkan segala ciri-ciri kereta idaman buat golongan pertengahan dengan harga yang kompetitif.
7. Pajero Sport
Pada tahun 2015, Mitsubishi Pajero Sport kembali meraih perhatian umum sejak pelancarannya pada tahun 2009. Ini mungkin berikutan model Pajero Sport 2016 yang merupakan model terkini dan serba baru sudah pun dilancarkan di Thailand pada Ogos 2015 yang lalu dan dijangka akan masuk ke pasaran Malaysia pada tahun 2016.
Selain itu tragedi menyayat hati kemalangan ngeri di Lebuhraya Duke pada 2 Mei 2015 melibatkan Myvi yang berlumba haram telah menyebabkan sebuah Pajero Sport terbalik dan mengorbankan 3 nyawa juga menjadikan Pajero Sport antara carian popular di Malaysia.
6. Proton Perdana 2016
Sudah lebih 20 tahun model Proton Perdana tiada model gantian. Apabila Proton mengumumkan akan mengeluarkan versi terbaru model ini dan akan dilancarkan pada 2016, Proton Perdana 2016 terus menjadi popular dan hangat diperkatakan.
Proton Perdana 2016 walaupun menggunakan model Honda Accord generasi ke-8 sebagai asas namun ianya tidaklah serupa dengan model Perdana yang dikeluarkan khas oleh Proton untuk Pegawai Kerajaan sebelum ini.
Honda Accord tersebut telah diubahsuai hampir keseluruhan rekaan luarannya sehingga menjadi sebuah model baru yang lebih menarik sebagai model terbaru Proton Perdana 2016.
5. Proton Iriz
Proton Iriz masih menjadi tarikan dan popular dicari oleh rakyat Malaysia. Kereta kompak keluaran Proton ini berjaya meraih perhatian kerana pelbagai faktor.
Selain rekabentuk dan ciri-ciri kereta yang berjaya memberi saingan kepada model Myvi ini, Proton Iriz juga diguna pakai untuk kereta ujian Proton bagi model SUV Kompak dan EV.
Selain itu casis Proton Iriz turut digunakan untuk model terbaru Proton Persona 2016 nanti. Walaupun Proton Iriz sentiasa hangat diperkatakan namun jualannya tidaklah hebat dan sehangat seperti yang dijangkakan.
4. Honda Civic
Honda Civic adalah antara model kereta yang sentiasa menjadi perhatian rakyat Malaysia. Model kereta dalam kategori segmen C ini menjadi kereta idaman ramai pengguna. Selain rekaannya yang sentiasa memikat, selesa dan ciri-ciri teknikal model ini telah menjadikan Honda Civic kereta paling laris dalam segmennya.
Popularitinya semakin meningkat apabila model generasi ke-10 Honda Civic ini akan berada dipasaran Malaysia pada tahun 2016 nanti.
3. Perodua Axia
Model kereta paling laris dan popular dikalangan pengguna Malaysia sudah tentunya Perodua Axia. Model gantian kepada Perodua Viva ini memenuhi kehendak rakyat dari pelbagai golongan.
Bukan hanya kerana tawaran harga yang mampu milik tetapi ciri-ciri praktikal, jimat minyak dan faktor keyakinan menjadikan ianya model pilihan ramai.
Maka, tidak hairanlah apabila Perodua Axia masih berada di top 3 model kereta paling trending dan popular di Malaysia walaupun jatuh dari kedudukan tempat pertama pada tahun sebelumnya.
2. Lykan Hypersport
Penangan filem Furious 7 sangat hebat dan memberi impak yang sangat besar kepada peminat dunia automotif di Malaysia. Jika tidak masakan model Lykan Hypersport ini menjadi popular dan menduduki tempat ke-2 trending di Malaysia.
Model kereta sport yang sangat rare dan dikatakan paling ganas yang pernah dihasilkan ini adalah model terhad yang dikeluarkan oleh W Motor yang berpengkalan di UAE pada tahun 2013~2014. Hanya 7 buah Lykan Hipersport dihasilkan dan ianya berharga USD3.4 juta sebuah!
1. Honda HRV
Model Honda HR-V merupakan kereta fenomena pada tahun 2015. Kereta SUV Kompak Honda ini mula dilancarkan pada Februari 2015 telah menjadi trending dan paling popular diperkatakan di dunia automotif Malaysia.
Jelas sekali, Honda sangat bijak dalam mencuri tumpuan dan hati peminat serta pengguna kenderaan dan setiap kali model baharu keluaran mereka pasti sentiasa mendapat sambutan dan perhatian bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
Honda HR-V, adalah kereta paling popular dan menjadi idaman generasi masa kini!
Jelas sekali tahun 2015 adalah milik jenama dan model kereta Honda apabila mereka berjaya bukan sahaja popular di media tetapi juga laris dipasaran.
Honda kini berada ditangga ketiga bagi jumlah keseluruhan jualan kenderaan penumpang di Malaysia sehingga bulan November 2015. Ianya satu anjakan positif setelah sekian lama berada di bawah Toyota.
Namun paling popular bukan bermakna paling laris jualannya kerana model kereta paling laris di Malaysia bagi tahun 2015 disandang oleh model Perodua Axia!

Popular Vs Paling Laris

Dunia Automotif Malaysia 2016
Sebagai peminat dunia automotif, setiap perkembangan dan informasi berkaitan dengannya pasti menarik perhatian untuk dijadikan topik perkongsian. Inilah hakikat diri ini yang tidak dapat lari dari dunia automotif walaupun sudah bertahun-tahun meninggalkan bidang tersebut.
Dunia Automotif adalah sesuatu yang sangat menarik untuk diikuti kerana setiap hari akan ada sahaja model baru dan teknologi terkini yang dihasilkan. Ianya terus berkembang maju dan berubah selari dengan suasana semasa.
Apakah pula yang akan menjadi trending dan popular pada tahun 2016 di Malaysia? BM menjangkakan model-model kereta berikut akan menjadi fenomena pada tahun 2016!
Tahun 2016 adalah tahun penentu kepada nasib pengeluar kereta Nasional Negara iaitu Proton. Tiga model baru yang dirancang mula dikeluarkan pada tahun 2016 akan menjadi perhatian oleh bukan sahaja peminat automotif tetapi seluruh rakyat Malaysia!

- Proton Persona 2016
- Proton Perdana 2016
- Proton Saga 2016
- Proton Suzuki
- Honda Civic 2016
Tahun 2016 adalah tahun penentu kepada nasib pengeluar kereta Nasional Negara iaitu Proton. Tiga model baru yang dirancang mula dikeluarkan pada tahun 2016 akan menjadi perhatian oleh bukan sahaja peminat automotif tetapi seluruh rakyat Malaysia!
BM : Tahun 2015 adalah tahun untuk Honda... Tahun 2016 sudah tentu akan berpihak kepada Proton! Namun popular dan trending sahaja tidak memberi sebarang makna jika ianya tidak selari dengan jumlah jualan...
13 comments - "10 Kereta Paling Popular Di Malaysia 2015"
hebat cantik bergaya kereta itu. InshaAllah bakal beli AXZIA untuk isteri..dah buat servy minggu lalu..sesuai untuk wanita
semuanya hebat-hebat belaka dengan kelebihan masing-masing. Kalau la boleh dibeli semua..hehe
Nak beli yang mewah tak mampu.. Aiza hanya mampu beli kereta buatan malaysia..
mampu tgk je tapi berkenan dgn honda hrv tu ...
yes agreed. tahun utk honda. hrv :)
Memang banyak sangat kereta Perodua Axia di jalan sekarang, mampu milik kot dengan rakyat kita
Perodua axia amat berbaloi kalau beli..
Minat sangat denga kereta MPV. Nak sangat milik syarikat tempatan punya. Dulu ada Naza Ria. Sayang dah berkubur... Harap Proton dan Perodua boleh buat satu MPV macam Naza Ria
Aiza dengan AXIA lebih kurang je he he he.....
Proton Iriz, kereta kecil yang mempunyai ciri ciri keselamatan yang terbaik, ada Vehicle Stabilzing Control dan Traction Control yang mencengkam terutama bila hujan dan jalan licin, besi ketahanan tinggi yang tidak mudah remuk dan suspension lotus terbaik tidak rasa bila jalan berlubang, boleh jalan jauh atau dekat, tidak letih.
Naza Ria tu tukar logo dari model KIA, beli Proton Exora puas hati, boleh bawa 7 orang dewasa berbanding yang lain hanya 5 dewasa dan 2 kanak kanak.
Dimano proton preve?????
Ini tidak adil.. Ambo tidak setuju!!!!!
Demam Gtr bro..hehe
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum