Pandangan Dan Pemahaman Terhadap Blogger: Pada malam minggu baru-baru ini dapat meluangkan sedikit masa untuk melepak (mengeteh) bersama rakan-rakan. Apabila berkumpul semeja, maka pelbagai topik menjadi bahan perbualan.
Dari isu semasa, kehidupan sehinggalah kisah anak-anak semuanya menjadi keriuhan perbualan pada malam itu. Tiba-tiba terpacul dari mulut salah seorang rakan, "BM! Blog BinMuhammad tu kamu punya ya?"
Dari pertanyaan ringkas... ianya berlarutan menjadi topik perbualan yang panjang dan aku dah jadi tumpuan dengan dihujani pelbagai peluru soalan yang tidak henti-henti. Perasaan ingin tahu mereka sangat ketara tatkala perkataan blogger menjadi topik bualan.
Antara persoalan mereka tentang blog dan blogging adalah:
Fuh! Berpeluh nak menjawab satu persatu. Dah macam selebriti pun ada...hehe. Sejujurnya aku memang tidak mahu dikenali sebagai blogger kerana aku ni seorang yang pemalu dan menjadi popular di dunia nyata itu bukanlah satu matlamat.
Aku adalah seorang blogger yang hanya minat menulis dan berkongsi sesuatu yang diminati dan apa-apa sahaja yang teringin dikongsi yang boleh memberi manfaat dan sajian santai buat tatapan sesiapa sahaja yang singgah di sini.
Blogging bukanlah kerjaya sepenuh masaku. Ianya menjadi ruang untuk aku keluar dan bebas dari realiti kehidupan nyata dan berada di dunia maya untuk bersahabat serta berkomunikasi dengan manusia tanpa jasad dan rupa.
1. Dunia Blogging Masih Asing
Dunia blogging masih belum dikenali dan diketahui oleh semua orang. Kehadiran media sosial yang lebih berpengaruh, mudah digunakan dan pantas terus menjadikan blog agak tenggelam. Pengetahuan dan pemahaman mereka terhadap blog amat cetek sehingga menganggap bog adalah website dan bukannya media sosial.
Namun apabila melihat dan mengenali seseorang blogger, mereka akan segera tertarik untuk mengetahui dan mengenali akan dunia blogger ini!
2. Pengetahuan Menggunakan Blog
Tidak tahu bagaimana hendak menggunakan blog. Ya... tidak dinafikan, untuk menggunakan blog agak sukar berbanding media sosial lain yang begitu mudah. Perlu ada sedikit ilmu asas, kreativiti serta minat untuk berblogging dan kerana itu ianya mungkin akan menjengkel dan membosan mereka.
3. Pandangan dan Persepsi Dunia Blog
Bagi mereka yang tidak mengenali dunia blogging, blog ini bak ruangan paparan bagi melepas perasaan dan fitnah serta hiburan semata-mata. Ya... Mereka semua tidak boleh disalahkan kerana diakui bahawa blog-blog yang menguasai trafik dan rank tertinggi di negara ini sememangnya dari blog dan portal isu semasa, hiburan dan politik.
Lagi pun sememangnya hampir kebanyakan pengguna internet menggunakannya sebagai sumber untuk mendapatkan berita isu semasa, politik dan hiburan. Selebihnya barulah menggunakannya untuk mencari bahan ilmiah dan rujukan.
Maka tidak hairanlah jika anda lihat blog-blog peribadi juga turut mengambil peluang menerbitkan kisah tentang isu semasa, hiburan dan politik untuk meningkatkan trafik blog.
Bagi mereka yang mengetahui serba sedikit tentang dunia blogging pula, mereka telah nampak bahawa blog merupakan sumber informasi dan ilmu serta peluang untuk menjana pendapatan yang mudah!
Apabila akses internet semakin mudah dan maju, maka penggunaan blog juga berkembang. Ianya semakin menjadi perhatian apabila ramai yang popular dan berjaya menjana pendapatan melaluinya.
Namun ia sering tenggelam disebalik populariti media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram yang lebih pantas dan mudah digunakan terutama di zaman telefon pintar mula menguasai pelayar internet.
Walaupun kini blog sudah tidak asing lagi, namun tidak semua orang faham mengenai blog. Bagi sesetengah orang pula...tanggapan negatif terhadap blog masih tidak dapat dihakis sepenuhnya.
Tiada sekatan atau halangan bagi pengguna blog untuk berkongsi sesuatu yang buruk, tidak benar, lucah dan apa jua perkara negatif di luar batasan tatasusila dan hukum agama maka selagi itulah blog akan terus dipandang serong oleh sesetengah orang.
Perkongsian di blog tidak membataskan kreativiti penyampaian. Penyampaian boleh diolah bersama dengan pelbagai bahan seperti gambar, video, kotak-kotak dan animasi.
Pilihan jenis font, saiz, warna dan sebagainya boleh dilakukan dengan mudah yang menjadikan perkongsian lebih menarik, jelas dan mudah difahami.
Lebih istimewa, blog tidak sekadar perlukan perkongsian melalui media sosial untuk dihebahkan tetapi kuasa enjin carian menjadi lubuk penyebaran yang paling berkuasa di internet dan hanya blog yang mempunyai peluang keemasan ini!
Potensi blog yang sangat unik ini telah membuka jalan serta boleh dijadikan platform kepada pelbagai tujuan sama ada untuk mencapai kejayaan sama ada untuk menjadi popular, bersosial, menjana pendapatan, promosi, propaganda , gedung ilmu dan sebagainya.
Namun semua ini hanya akan berjaya jika seseorang blogger itu bijak dan punya usaha untuk merebut segala peluang yang telah hidangkan.
Dari isu semasa, kehidupan sehinggalah kisah anak-anak semuanya menjadi keriuhan perbualan pada malam itu. Tiba-tiba terpacul dari mulut salah seorang rakan, "BM! Blog BinMuhammad tu kamu punya ya?"
Dari pertanyaan ringkas... ianya berlarutan menjadi topik perbualan yang panjang dan aku dah jadi tumpuan dengan dihujani pelbagai peluru soalan yang tidak henti-henti. Perasaan ingin tahu mereka sangat ketara tatkala perkataan blogger menjadi topik bualan.
Antara persoalan mereka tentang blog dan blogging adalah:
- Adakah blog media sosial?
- Apa bea blog dengan lain-lain media sosial?
- Bagaimana hendak buat blog?
- Susahkah nak blogging?
- Bagaimana blog berfungsi?
- Boleh buai duit ke dengan blog?
- Siapa yang berkunjung ke blog?
- Kenapa memilih blog?
- Apa kelebihan blog?
- Dan lagi...soalan...soalan...soalan...??
Fuh! Berpeluh nak menjawab satu persatu. Dah macam selebriti pun ada...hehe. Sejujurnya aku memang tidak mahu dikenali sebagai blogger kerana aku ni seorang yang pemalu dan menjadi popular di dunia nyata itu bukanlah satu matlamat.
Aku adalah seorang blogger yang hanya minat menulis dan berkongsi sesuatu yang diminati dan apa-apa sahaja yang teringin dikongsi yang boleh memberi manfaat dan sajian santai buat tatapan sesiapa sahaja yang singgah di sini.
Blogging bukanlah kerjaya sepenuh masaku. Ianya menjadi ruang untuk aku keluar dan bebas dari realiti kehidupan nyata dan berada di dunia maya untuk bersahabat serta berkomunikasi dengan manusia tanpa jasad dan rupa.
Kesimpulan Persoalan
Berikut adalah kesimpulan dari persolan-persoalan tentang blogger yang paling mencuri tumpuanku.1. Dunia Blogging Masih Asing
Dunia blogging masih belum dikenali dan diketahui oleh semua orang. Kehadiran media sosial yang lebih berpengaruh, mudah digunakan dan pantas terus menjadikan blog agak tenggelam. Pengetahuan dan pemahaman mereka terhadap blog amat cetek sehingga menganggap bog adalah website dan bukannya media sosial.
Namun apabila melihat dan mengenali seseorang blogger, mereka akan segera tertarik untuk mengetahui dan mengenali akan dunia blogger ini!
2. Pengetahuan Menggunakan Blog
Tidak tahu bagaimana hendak menggunakan blog. Ya... tidak dinafikan, untuk menggunakan blog agak sukar berbanding media sosial lain yang begitu mudah. Perlu ada sedikit ilmu asas, kreativiti serta minat untuk berblogging dan kerana itu ianya mungkin akan menjengkel dan membosan mereka.
3. Pandangan dan Persepsi Dunia Blog
Bagi mereka yang tidak mengenali dunia blogging, blog ini bak ruangan paparan bagi melepas perasaan dan fitnah serta hiburan semata-mata. Ya... Mereka semua tidak boleh disalahkan kerana diakui bahawa blog-blog yang menguasai trafik dan rank tertinggi di negara ini sememangnya dari blog dan portal isu semasa, hiburan dan politik.
Lagi pun sememangnya hampir kebanyakan pengguna internet menggunakannya sebagai sumber untuk mendapatkan berita isu semasa, politik dan hiburan. Selebihnya barulah menggunakannya untuk mencari bahan ilmiah dan rujukan.
Maka tidak hairanlah jika anda lihat blog-blog peribadi juga turut mengambil peluang menerbitkan kisah tentang isu semasa, hiburan dan politik untuk meningkatkan trafik blog.
Bagi mereka yang mengetahui serba sedikit tentang dunia blogging pula, mereka telah nampak bahawa blog merupakan sumber informasi dan ilmu serta peluang untuk menjana pendapatan yang mudah!
Sejarah Populariti Blog di Malaysia
Sejarah populariti blog di negara ini sendiri telah mencorak pemahaman dan persepsi mereka terhadap blog. Blog mula popular dan menjadi sebutan pada penghujung tahun 90-an di mana ianya menjadi sumber alternatif bagi pihak pembangkang untuk menyalurkan maklumat serta hebahan. Pada ketika itu, akses internet agak terhad.Apabila akses internet semakin mudah dan maju, maka penggunaan blog juga berkembang. Ianya semakin menjadi perhatian apabila ramai yang popular dan berjaya menjana pendapatan melaluinya.
Namun ia sering tenggelam disebalik populariti media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram yang lebih pantas dan mudah digunakan terutama di zaman telefon pintar mula menguasai pelayar internet.
Walaupun kini blog sudah tidak asing lagi, namun tidak semua orang faham mengenai blog. Bagi sesetengah orang pula...tanggapan negatif terhadap blog masih tidak dapat dihakis sepenuhnya.
Tiada sekatan atau halangan bagi pengguna blog untuk berkongsi sesuatu yang buruk, tidak benar, lucah dan apa jua perkara negatif di luar batasan tatasusila dan hukum agama maka selagi itulah blog akan terus dipandang serong oleh sesetengah orang.
Pandangan Peribadi Terhadap Blog
Blog adalah satu media sosial yang unik dan istimewa kerana perkongsian di sini tiada batasan. Tidak seperti media sosial lain yang begitu terhad sama ada dari sudut jumlah perkataan dan penggunaan bahan yang mampu menyekat kreativiti cara penyampaian seseorang penulis.Perkongsian di blog tidak membataskan kreativiti penyampaian. Penyampaian boleh diolah bersama dengan pelbagai bahan seperti gambar, video, kotak-kotak dan animasi.
Pilihan jenis font, saiz, warna dan sebagainya boleh dilakukan dengan mudah yang menjadikan perkongsian lebih menarik, jelas dan mudah difahami.
Lebih istimewa, blog tidak sekadar perlukan perkongsian melalui media sosial untuk dihebahkan tetapi kuasa enjin carian menjadi lubuk penyebaran yang paling berkuasa di internet dan hanya blog yang mempunyai peluang keemasan ini!
Potensi blog yang sangat unik ini telah membuka jalan serta boleh dijadikan platform kepada pelbagai tujuan sama ada untuk mencapai kejayaan sama ada untuk menjadi popular, bersosial, menjana pendapatan, promosi, propaganda , gedung ilmu dan sebagainya.
Namun semua ini hanya akan berjaya jika seseorang blogger itu bijak dan punya usaha untuk merebut segala peluang yang telah hidangkan.
15 comments - "Pandangan Dan Pemahaman Terhadap Blogger"
ASSALAM ...BANYAK MENAFAAT BERBLOGGING NI SAMBIL MELAKUKAN KESUKAAN MENULIS YG XMUNGKIN DIDAPATI DLM KETERLIBATAN KITA DGN MEDIA SOSIAL LAIN...PADA PENDPAT KAK LAH TU...
Bagi kita yg menggunakannya untuk tujuan baik...memang nampak manfaatnya tetapi bagi orang lain yg menggunakannya untuk tujuan sebaliknya telah menjadikan persepsi blog menjadi negatif.
Biaq pi lah depa kan kak... Yg penting kita tahu akan tujuan kita. :)
Betul tu.. nak cepat femes kenalah buat blog isu semasa dan gosip artis..
Asalam BM..blog boleh buat artikal berbading FB ..kita boleh mengasah bakat dalam arena penulisan..paling tidak pun tempat kita sampaikan dakwah ilmu biarpun sepatah maka ilmu itu jika dimanfaatkan akan menjadi satu kejayaan kepada kita. Saling mendoakan..appaun mari kita berblog hal2 yang baik2 sahaja,..
Dah lama rasanya tak singgah ke sini...
nak jadi blogger sebenarnya mudah cuma susahnya ialah mencari idea dan post itu dapat diterima orang ramai. senang dapat post tu sampai pada pembaca :D
Saya sendiri berkecimpung hampir 10 tahun sebelum tertubuhnya blog SP.COM. Cuma dulu blog english yang mengkhusus kepada iklan adsense. Dan berblog sememangnya agak sukar kecuali dengan minat dan rajin belajar..
Semua orang pun sama cik akak... bermula dari tak tahu, tetapi bila dah lama dan tahu, hasilnya membezakan seseorang blogger itu....
Kena usaha juga sebab nak bersaing dgn byk blog yg terbitkan topik yg sama.
Waalaikumsalam cikgu,
Sama-samalah kita gunakan blog untuk manfaat dan menyebarkan kebaikan.
Terima kasih, kehadiran anda sentiasa dinanti dan dialu-alukan... :)
Betul tu... kadang2 tu dah tepu idea nak buat entri...
Sungguh lama SP dalam dunia blog ini! Pasti banyak pengalaman dan ilmu yg telah dikutip. Kalau bukan kerana minat...rasanya takkan sampai 10 tahun tu! Syabas SP!
Selalunya yang ditanya kawan kawan ialah "boleh buat duit kan kalau ada blog ni?"... He he
Kawan-kawan aiza tidak mengetahui kewujudan blog aiza.. biarlah terus menjadi rahsia..
Asalam BM..saya ada membaca bermacam2 ...ada sedokit risau bila banyaknya ..kecam mengecam dalam blog dan di FB..sebab itu Etuza tak lebarkan interaksi di FB.
SP blogger di keningau...ada dah beberapa kali jumpa dia
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum