Model Kereta Proton Persona Baru 2016: Seperti yang kita ketahui, Proton akan mengeluarkan 3 buah model kereta baru sepenuhnya bagi menggantikan model sedia ada iaitu Perdana. Persona dan Saga pada tahun 2016.
Mulai tahun 2016 juga, Proton telah menyusun semula susunan segmen model kereta keluarannya agar bersesuaian dengan pasaran dan tiada pertindihan model serta saiz. Ianya amat penting untuk bersaing dengan model-model kereta sedia ada.
Kategori Segmen Model Kereta Proton 2016
- Segmen A - Saga Baru 2016 dan Suzuki rebadge (setara dengan model Axia, i10, Picanto, Perodua Sedan D63D)
- Segmen B - Iriz dan Persona Baru 2016 (setara dengan model Vios, City, Almera, Myvi, Swift, Jazz)
- Segmen C - Preve dan Suprima S (setara dengan model Civic, Altis, Ford Focus, Elantra, Sylphy)
- Segmen D - Perdana Baru 2016 (setara dengan model Accord, Camry, Passat, Teana)
Dengan penyusunan semula ini bermakna Generasi Baru Proton Persona 2016 ini nanti akan menggunakan platform yang sama dengan Proton Iriz.
Oleh itu, boleh dijangkakan kemungkinan besar Model Persona baru ini nanti juga akan berkongsi banyak komponen yang sama dengan Proton Iriz. Maka, gambaran awal... boleh sajalah dibayangkan akan ianya adalah model Proton Iriz Sedan.
Gambaran rekabentuk Proton Iriz Sedan ini telah lama bertebaran di internet hasil dari pelukis photoshop terkemuka automotive iaitu Theophilus Chin.
Rekabentuk Proton Persona Baru 2016
Sebenarnya gambaran awal Proton Iriz Sedan ini pada mulanya dijangkakan akan menjadi Proton Saga Baru sehinggalah penyusunan semula segmen model Proton, maka Theophilus Chin telah membuat sedikit pengubahsuaian agar Proton Iriz Sedan ini kelihatan hampir kepada model sebenar Proton Persona Baru.
Pandangan Sisi Hadapan
Gambaran terkini model Proton Iriz sedan @ Persona Baru 2016. Pada pandangan sisi hadapan ini masih kelihatan terlalu hampir sama dengan Proton Iriz.
Namun rekaan ini tidak mustahil diadaptasikan kerana Proton Persona Baru ini berkongsi platform dan dalam segmen yang sama maka ianya akan dapat mengurangkan kos pembuatan jika menggunakan lebih banyak komponen dari Proton Iriz.
Pandangan Sisi Belakang
Gambaran Proton Persona Baru 2016 dari pandangan sisi belakang. Theophilus Chin cuba untuk tidak membuat berlebihan dengan meletakkan lampu belakang sedikit menyerupai model Persona sekarang disamping mengadaptasikan rekabentuk yang biasanya diguna pakai oleh Proton.
Kelihatan agak menarik dan kemas. Diharapkan Proton boleh menimbang beberapa elemen yang boleh diguna pakai dan diantaranya adalah kedudukan no plate di bonet dan bukannya di bumper sama seperti model gambaran ini.
Pandangan Sisi
Gambaran Proton Persona Baru dari pandangan sisi. Dari informasi yang dipercayai, gambaran pandangan sisi ini amat menyerupai model sebenar akan Proton Persona Baru 2016! Jika benar... Ianya boleh dikatakan menarik dan mampu memikat pada pandangan pertama.
Berikut pula adalah lakaran gambaran Proton Persona Baru oleh pemenang Proton Design Competition (PDC) 2014 iaitu Pow Ying Hern. Rekabentuk yang agak aggresif dan menawan menggunakan asas bentuk Proton Iriz namun kelihatan seperti model KIA pula. Itu hanya pandangan peribadi.
Mungkin rekaan ini menarik namun bagi sebuah model sedan untuk pasaran mampu milik ianya agak sukar direalisasikan.
Rekabentuk belakang paling menonjol dan cukup menarik dan perlu diberi perhatian oleh Proton. Rekaan kemas dan moden!
Proton Persona Baru ini dijangkakan bakal menggunakan enjin dan transmisi yang sama dengan Proton Iriz di mana pilihan enjin petrol 1.3-liter dan 1.6-liter 4-silinder VVT ditawarkan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau CVT automatik.
Peningkatan ketara berbanding Iriz adalah pembaharuan dari segi mutu pemasangan, prestasi dan NVH (Noise, Vibration and Harshness) yang lebih baik. Persona baharu dijangka mempunyai kabin yang lebih senyap dan kurang gegaran.
Peningkatan ketara berbanding Iriz adalah pembaharuan dari segi mutu pemasangan, prestasi dan NVH (Noise, Vibration and Harshness) yang lebih baik. Persona baharu dijangka mempunyai kabin yang lebih senyap dan kurang gegaran.
Spyshot Proton Iriz Sedan @ Persona 2016
Kenapa gambaran dari Theophilus Chin ini dikatakan begitu menyamai akan Proton Persona Baru 2016? Segalanya terjawab apabila spyshot sebuah kereta yang sedang dalam ujian di jalanraya walaupun bersalut pelekat tetapi jelas akan rupabentuknya adalah Proton Iriz sedan!
Jika sudah ada unit ujian di jalanraya, ini bermakna ianya sudah berada pada peringkat 2/3 proses pembangunan model ini. Maka, tidak dapat disangkal lagi bahawa Proton Persona Baru ini pasti akan muncul di tahun 2016 nanti!
15 Mei 2016
Spyshot terbaru tanpa sebarang salut pelekat samaran! Untuk gambar dan berita penuh sila ke laman berikut: SPIED: 2016 Proton Persona
Update Terkini: Proton Persona 2016 Dilancarkan (23 Ogos 2016)
Saksikan video iklan rasmi Proton Persona Baru 2016 versi penuh : Evolusi Persona
- Ketahui Informasi rasmi terkini harga, varian, spesifikasi dan galeri gambar Proton Persona Baru 2016 yang dilancarkan di sini: Proton Persona 2016 Harga, Varian & Spesifikasi
Tingkatkan Semula Keyakinan Pembeli
Apa yamg diharapkan dari Proton adalah segala kekurangan dan kelemahan yang telah dikesan pada model Proton Iriz agar tidak akan berlaku pada model kereta Persona Baru ini.
Masih terdapat beberapa maklum balas dari pembeli Proton Iriz yang perlu diberi perhatian oleh jurutera Proton untuk meningkatkan kembali keyakinan pembeli dan seterusnya menaikkan kembali jualan.
Inilah masanya untuk Proton meningkatkan penguasaan pasaran yang kini hanya mampu menguasai sebanyak 15% dari jumlah keseluruhan jualan kenderaan di Malaysia. Proton perlu berusaha menukar semula persepsi negatif terhadap kereta keluarannya sebelum ini kepada positif.
Selain itu, faktor kehendak semasa seperti kenderaan yang jimat minyak dan enjin yang mesra alam juga perlu dititik beratkan. Ini semua akan mempengaruhi pengguna atau pembeli kereta masa kini.
62 comments - "Model Proton Persona Baru 2016"
SEMOGA PROTON PERSONA MMG MEMIKAT N MEMPESONA PENGGEMAR2 KERETA NEGARA KITA DAN MERENTASI PASARANNYA DIMANA SAJA...
Saya beli Persona sebab terpesona dengan bentuknya... semoga model baru akan lagi meriah... (Bangga jadi keluarga Proton)
Cantik... mempersonakan. Sesuai dgn nama... menarik.
Maaf lama tak berblog dan menyinggah... salam ceria selalu... :)
Smoga kluaran proton kali ni lebih terbaik..
hebat bergaya mempersonakan...
Proton sdng perbaiki kelemahn..bgs2.. Rekabntk nmpk menarik n gah.. Hrp prot baiki mutu perkhidmatan slps jualn n pusat servis perlu lbh bgs..
menarik rekabentuknya. berpadanan dengan namanya
Semoga ianya mempersona seperti yg kita semua harapkan
Mungkinkah akan tukar kepada Persona baru atau tambah satu lagi nanti?
Kesudian saudara KK singgah sini walaupun dalam kesibukan amat2 dihargai...
Ya! Betul tu... Mutu dan kualiti perkhidmatan lepas jualan juga sangat penting! Semoga Proton dapat beri lebih perhatian lepas ini.
semakin comel n bergaya model proton skrg! abam kie pun guna preve..
Nampak ada pembaharuan dari segi gaya dan design..pasti menarik ramai pembeli lepas pelancaran nanti
cantik jugak ;)
Semoga proton terus belajar daripada kesilapan dan kekurangan lalu..
Persona yang mempersonakan... :)
Terima kasih Abe Kie kerana sudi singgah.
Tahun depan bolehlah temankan Preve dgn Persona yang comel nie... :)
Semoga pembaharuan bukan sekadar hanya indah dipandang tetapi juga perlu berkualiti bersama prestasi yg diyakini... sudah tentu laris dipasaran!
Cantik... Adakah bermakna terpesona untuk memilikinya? :)
Itulah yang kita semua harapkan. Proton masih disayangi namun perlulah berubah dan jangan lakukan kesilapan seperti sebelum ini... Ianya perlu dibuktikan!
cantik rekabentuk proton persona baru ini.. tapi aiza tak mampu memilikinya..
Cantik.
Teruskan Proton, yang telah mengeluarkan model model kereta yang canggih dan tinggi spesifikasinya seperti Preve, Suprima, Iriz dan Exora. Apabila beli kereta jangan hanya tengok luaran tetapi spesifikasinya. Jangan ketuk kereta, buka tutup pintu kereta tetapi baca spesifikasi kereta, ada atau tidak ESC, gear CVT, Traction control, high tensile steel, air bags, disk break, kuasakuda (hp), multilink suspension dll. Sama sperti kalau nak pilih calon suami atau isteri, jangan tengok luaran sahaja. Tahniah Proton, satu satunya pembuat kereta Malaysia sebenar. Proton Truly Malaysia, Malaysia Truly Asia.
Tarikh keluar dia bila? Memang nak satu biji...
Terbaik moga proton terus bertapak megah bersaing dengan kereta luar..
proton semakin hebat..
Wah....beli proton ah sutey....tp nak enjin yg petronas tu...
r/betuk baru..dh cteek..moga2 PROBLEM biasa persona x da kt mdel yg baru.
Saya sangat bbangga jikalau proton mampu mengubah mentaliti rakyat malaysia yg sllu memperlekehkan kelemhan kereta nasionAl. Oleh itu tolong la jurutera proton bangkitkan proton demi negara dan rakyat malaysia... Jgn hampakan kami pengguna yg sering inginkn kesempurnaan. Terusla mencari kesilapan ok bangkit la dgn kemegahan. Tak sabar tunggu model baru ni hold dulu nk bli suprima....
pada pendapat saya lah, design belakang tu ok tapi depan die kureng la. apa yg saya nak komen ialah depan die tu agak pendek pastu bonet dpn die tu agak condong. kesimpulannya, bonet depan yang pendek dan condong tu tak sesuai untuk kereta sedan.
Noted: saya mengkritik bkn sebab saya tak suka proton tetapi kritikan saya cuma untuk tujuan membina bkn mengutuk lagi satu kritikan tu penting supaya proton dapat meningkatkan prestasinya dan akhir sekali ini adalah pendapat saya dan perlu ingat lain orang lain pendapat jadi tolonglah hormat pendapat orang lain
apa pon goodluck proton dan terus maju demi menaikkan nama negara dalam industi automotif
nk tnye la bang, agak2 spare part persona baru 2016 ni bleh ngam tak dgn model persona 2009 ? huhu....risau persona lama xde spare part sbb dh stop produciton.
Pastilah kebanyakan komponen persona baru ini tidak akan sama dengan Persona anda sekarang ini, tapi saudara tak perlu risau kerana spare part persona lama akan tetap ada dan dikeluarkan oleh supplier selagi ada permintaan.
Dari segi potongan, Proton memang tidak menarik, sedan sepatutnya sedikit lebar dan rendah, nampak mantap, jangan suka pendekkan body hingga nampak hodoh, utamakan ruang kabin dan tempat duduk yang cukup selesa, jangan duduk terlalu tegak dan seat yang keras, amik contoh potongan body perdana v6..
Dari kacamata saya...kereta keluaran Malaysia masih jauh ketinggalan dari segi keserlahan rekabentuk, kualiti kekemasan dan ketahanan.
buatlah design yg paling menarik keluarkan ..boleh tahan lama design tu..nie sambil lewa je ..bagi yg terbaik...hasil terbaikle
Kualiti tu perlu diutamakan.. kita beli dan berhutang dgn bank dalam tempoh 7 ke 9 tahun.. ada je yg rosak ha.. design cantik2 dah..
X semat langsung bt semak mata jerr bru nk beli persona ....x memikat langsung mcm entah apa entah...beli keta lain cancel lah mcm nie puihh
Saya dah 3x jnis pkai knderaan proton bermula satria,wira & PE. Btul sperti dinyatakan bhwa knderaan sedan perlu lebih lebar sdikit & pnjag sdikit utk kselesaan pnumpang lbih2 lgi yg berkeluarga.Kekalkan pnjg & lebar persona sdia ada tpi design biar lebih menyerlah/ranggi. Jgn guna sportrim bersaiz 14 inci sebaliknya jika boleh guna saiz 16 inci sperti model city yg sbelum ni. CC jgn bwah dri 1.6cc klau boleh biarlah 1.6cc ke atas kerana knderaan sedan spatutnya lbih memerlukan pick up & top yg ssuai mgikut pnjg & berat.Guna enjin CFE pun bgus juga.Yg pling pntg model2 sedan terbaru biarlah di datangi 4 disc break sperti knderaan skrag bgi mjamin kselamatan yg lbih justeru msalah drum break yg agak bsig dpt di atasi sebaiknya.Wlaubgaimanapun thniah di ucapkan.Smoga mndpat smbutan yg bterusan.
Alhamdulillah dh 6 thn pakai persona elegance H-line.xbnyk sgt problem.skrg ni pn naik sdp lagi.syg plak kat miss persona ni ��
Proton rasanya dah boleh guling tikar. Walaupun adanya bantuan daripada kerajaan tapi jualan kereta proton masih sangat lemah. Dah tongkat begitu lama tapi masih cacat! Alhamdulilah dan tahniah kepada perodua!
Tahniah kepada perodua atas jualan yang laku setiap hari! Semoga proton boleh tutup kedai serta-merta kerana proton hanya membebankan rakyat Malaysia. Sudah tongkat berpuluh-puluh tahun daripada kerajaan masih tidak dapat mengeluarkan produk yang bermutu dan berdaya saing! X malu dan segan kah?
Bentuknya tdk brapa lawa dn tdk kna dgn kereta sedan. Saiznys.juga tdk kena dn tdk menarik. Harap proton prbaiki lebih baik lg rekabentuknya dn saiznya. Enjin pastikan baik. Krn sy juga pngguna proton dn produa. Sy dpt bezakan kedua2 penegeluar automotif negara ni. Klebihn produa pnjimatan mnyak..proton pula pickup baik. Tp enjin problem. Kereta sy beli baru bukan scnd hand baru guna 1thn enjin mati2..g proton mreka xblh jwb n cuba plbgai tp tetap sama..sy harap usahalh utk tingkatkn kualiti, design dn ktetiviti anda..moga semakin maju,amin3 Ya Rabbal Alamin..
Langsung tak menarik..tak ada kreativi langsung...susahlh nak maju..lbh kpd ubahsuai kereta tdahulu..
Axia kepada Bezza pun xde kreativiti... Tak pulak dikutuk!
Ford Fiesta sedan, VW Bento, Mazda2 sedan, Kia Rio sedan...dan banyak lagi, hanya ubah suai jer... pun tak kena kutuk!
Takde sapa pun nak marah ko nak beli kereta apa pun... Ko tak suka, ramai lagi orang lain suka.
Bezza tmpat dduk blakg tegak. klau jlan jauh skit pinggang pnumpang blakg. Hrga mhal klau jnis full spec smpai 50k baik tmbah skit ambil vios sebab cc bezza 1.3 vios 1.5 n btul2 asal toyota sperti avanza dan alza baik avanza lagi n luas dri alza. Persona baru keluar model bernadikan enjin iriz sbab Horsepower sma 107 agak kcil berbanding model IAFM & CPS tpi bagusnya sebab msalah intake manifold tiada lgi sebab mnggunakan intake iriz. Design dlaman kcukan sdikit nmpak sperti model lama sperti handbrake & button tengah sebelah handbrake nmpak sperti model iswara. Design luar nmpak agak mnarik jika ditambah aksesori akan nmpak sporty. Mnta formen di SC supaya lebih peka thadap msalah customer sebab byak kali hntr SC msih mnjadi tnda tnya apa msalah sbenar yg berlaku shngga tidak boleh di kenalpasti.
Biasa r model malaysia akan dpat kutukkan klau model lain x sebab model lain dari negara membangun. Tpi so far buatan malaysia masih terbaik. Proton perlu bangun seiring kerana kita berada di malaysia n mncipta knderaan malaysia jdi mesti tahu keadaan cuaca n jln di malaysia jadi knderaan yg di cipta biar tahan dlam apa jua cuaca (cth bila panas aircond sjuk bila hujan lebat cermin masih kelihatan semasa mmandu dll) n than mgikut struktur jln di malaysia (cth jln berliku dll aksober tahan, brek cngkam, brang material than lama n lasak). Sya yakin bhwa makin ramai akan gemarkan knderaan buatan malaysia slepas ini.
aney roti kosong 2 kasi bnjir. Roti telur bwag 1. Air suam je
persona campro,cps n iafm bukan jenis model segmen C ke coz luas sperti altis,civic,sentra.Klau tgk btul2 bila park sbelah alza pnjg lagi persona dari alza
Ekzober, chamber ke lower arm ke streeng rod ke, drive shaft ke biar tahan sebab jln di mlaysia byak blubang,berliku n xrata. Brek biar tahan lama xberbunyi sgt bila membrek n cengkam sebab slekoh byak tajam n licin.Aircond ok mmg sjuk. Lain2 mslah dirasakan perlu baiki lgi. Snag cte produk malaysia msti than ngn konsep jalanraya di malaysia. Jgn biarkan knderaan dari Negara Winter mngatasi msalah di negara kita sebab negara mereka berbeza sperti negara kita jadi mstilah juara di negara kita. (cthnya lower arm dll brangan buatan mereka lebih tahan berbanding negara kita pdahal bukan negara mereka) Moral of story ciptakan material kmponen barangan sparepart kluaran kita yg berkualiti ikut ketahanan bukan ikut millage semata-mata. Insya Allah makin ramai akan suka kn produk keluaran malaysia sehingga akan mndapat smbutan memberangsangkan di negara luar.
Ya..Itu persona sekarang tetapi persona baru 2016, ianya turun kpd segment B agar tidak bertindih dgn Preve dlm segment C.
Terbaik lh..proton persona yg bru..ni..tp brape point die...
Bila keluarnya saga dan persona baru?
Xsabar nk tgk puashati InsyaAllah beli terus
23 Ogos 2016... Proton Persona baru dilancarkan secara rasmi. Boleh beli deh!
Sy pakai waja model compro 2006 syukur Alhamdulillah... sehingga sekarang cuma service sahaja.. yang penting bebas hutang...
Hahaha sampai bila laa rakyat nk terkena dgn protong ni... buat kete camni boleh tp jgn ler juai sampai 50 ribu, klau x lebih 35 ribu wa rasa ok... wa stuju komen kena tgk luar dalam spec, enjin type, hp dan lain2 teknikal... jd ler pengguna yg berpengetahuan dan tidak mudah terpesona rekabentuk semata dgn iklan gah spt slalu...
saya dah guna 3 jenis kereta proton sejak berpuluh tahun hingga sekarang persona, saya sangat berpuas hati tiada masalah dan tetap sokong proton..
Proton Syarikat kereta Malaysia sebenar, Perodua syarikat Jepun yang tidak perlu dibangga.
pesona baru,mmg terpesona, harga lagi mempersonakan.....
He.he.. mcm2 hal.. ada yg kata x cantek.. ada yg nk harga murah tp nk spec tinggi.. serba serbi x betul segala...Crita
dan komen ngalahkan profesional car engineer or desingner..
Sebenarnya harga Persona 2016 tidak jauh beza dari Persona lama, tetapi spec dia terutama keselamatan lebih baik dari Honda City/Jazz sebab ada traction control. Kalau nak Proton lebih murah boleh beli Saga atau Iriz. Proton telah menyediakan pelbagai model kereta dari Saga termurah RM36,000, Iriz RM 41,970, Persona RM 46,800 ke Perdana RM 113,888.... tepuk dada tanya selera. Saya sangat bangga bahawa rakyat tempatan boleh buat kereta seperti orang Jepun.
Semoga proton terus maju esok sya nak gi boking persona untk dijadikan teman perodua alza sya..
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum