Semasa blog Relaks Minda masih aktif, seorang tetamu istimewa ini sangat aktif berblogging dan rajin singgah menitipkan komen. Begitu juga dengan diri ini yang suka berkunjung ke blog beliau untuk menimba ilmu.
Sejak beliau semakin sibuk dengan tugas harian dan berakhirnya Relaks Minda, kami semakin saling tidak berhubung lagi. Namun setiap perkembangan beliau tetap diikuti melalui akaun Facebook peribadi.
Masih ingat lagi akan cabaran beliau terhadap diri ini untuk menulis sebuah artikel ilmiah yang membuatkan rasa gentar dan mencabar untuk menulis dengan sempurna, maklumlah... pakar Bahasa Melayu nak menilainya! (Malangnya artikel tersebut bersama komennya telah terkubur akibat diserang malware namun anda boleh ikuti salinannya di sini: Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi)
Itu adalah antara kenangan terindah selama berkenalan dan bersahabat dengan insan istimewa ini di dunia maya.
Hari Istimewa Tetamu Istimewa
Hari ini merupakan hari bersejarah dan istimewa buat tetamu istimewa. Tetamu istimewa yang dimaksudkan merupakan seorang insan, jejaka, guru, blogger dan juga penulis muda istimewa yang akan bersalaman dengan Perdana Menteri Malaysia di satu majlis gilang-gemilang pada malam ini!Tahniah! buat Mohd Helmi Ahmad (juga dikenali sebagai Tetamu Istimewa) kerana berjaya merangkul hadiah eceran (cerpen/puisi/esei/kritikan sastera) bagi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014 melalui buku yang juga bertajuk "Tetamu Istimewa" bagi kategori C - Kumpulan Cerpen Remaja
Majlis Penyampaian HSPM 2014 akan diadakan pada 25 November 2015 pukul 8.30 malam di Hotel Palace of the Golden Horses yang akan disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Buku "Tetamu Istimewa" menghimpunkan 15 cerpen pendek terbaik karya beliau. Ia merupakan buku pertama yang dikarang bersama ITBM dan kini telah memberi tuah buat beliau yang pastinya menjadi pemangkin serta membuka laluan cerah untuk menjadi salah seorang penulis berkaliber di negara ini pada masa akan datang.
Sedikit ulasan tentang buku "Tetamu Istimewa":
Cerpen-cerpen di dalam kumpulan ini menafaskan jati diri remaja dan menunjang nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi. Watak-watak ditampilkan secara signifikan dan digarap dalam galur cerita yang berseni dengan penuh tanggungjawab.
Kisah-kisah motivasi, pengorbanan, kekeluargaan, cabaran alam persekolahan, adat istiadat dan budaya Melayu malah juga persoalan keagamaan diadun cermat dan sesuai dengan penaakulan remaja.
Tetamu Istimewa yang menjuduli kumpulan cerpen ini mengungkapkan ciri berhias budaya Melayu dalam mendidik anak-anak ketika menghadapi saat-saat sukar diuji dugaan wabak penyakit.
Dapatkan buku ini sebagai koleksi bacaan terbaik dan berkualiti untuk diri dan anak-anak anda!
Sekali lagi... Tahniah! di atas kejayaan "Tetamu Istimewa" dan semoga Cikgu Helmi berjaya dalam segala bidang yang anda ceburi serta lebih bersemangat untuk menghasilkan karya-karya yang berkualiti dan terbaik!
Kenali "Tetamu Istimewa" ini melalui:
Tahniah! Anda memang layak menggenggamnya! |
Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014
Berikut disenaraikan senarai penuh pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014. Tahniah diucapkan!
Kategori A
- Novel – Nenek – Razali Endut (ITBM)
- Kumpulan Cerpen – Langit Tidak Berbintang di Ulu Slim – Malim Ghozali Pk (DBP)
- Kumpulan Puisi – Jaulah Sampai Syurga – Muzaf Ahmad (Karyawan Publishing House)
- Kajian Sastera – Oksidentalisme dalam Novel Melayu Sebelum Merdeka Hingga Era Mahathir – Dr. Saleeh Rahamad (ITBM)
- Biografi/Autobiografi – Biografi Ishak Shaari Pejuang Bumi Semua Manusia – Dr. Mohamed Salleh Lamry (Penerbit UKM)
Kategori B
1) Cerpen Eceran
- Al-Kisah Ratu Kebaya dan Walhal Naga – Zainal Rashid Ahmad (Berita Minggu, 14 September 2014)
- Hingyaku – Ratna Laila Shahidin (Mingguan Malaysia, 31 Ogos 2014)
- Bara Sang Suri – Zaniffa Azzura Abdullah (Mingguan Malaysia, 20 Julai 2014)
- Infithaar di Taman Salju – Mawar Shafei (Berita Minggu, 3 Ogos 2014)
- Selimut – Maskiah Haji Masrom (Mingguan Malaysia, 12 Januari 2014)
- Delusisma 2.0 (Denggi) – Fahd Razy (Mingguan Malaysia)
- Psiko – Fudzail (Mingguan Malaysia, 16 Jun 2014)
- Pesanku Pada Hujan – Malim Ghozali Pk (13 Julai 2014)
- Seru – Jais Sahok (Dewan Sastera, Mei 2014)
- Cekur – Lee Keok Chih (Dewan Sastera, September 2014)
2) Puisi Eceran
- Membaca Aksara (Buat Profesor Siti Chamamah) – Muhammad Haji Salleh (Dewan Masyarakat, Julai 2014)
- Al-Kisah, Di Negara yang Memansuhkan Bahasa – Muhammad Haji Salleh (Antologi Puisi Nyala Api dalam Dada, ITBM 2014)
- Kepada Perempuan Laut – Siti Zainon Ismail (Dewan Sastera, Mei 2014)
- Rezeki Bumi -Siti Zainon Ismail (Dewan Sastera)
- Perkebunan Budaya Melayu – Basri Abdilah
- Di Padang Sarjana- Tuah Sujana (Mingguan Malaysia, 5 Januari 2014)
- Tigris -Rosli K. Matari (Jendela Timur, Ogos 2014)
- Dari Mimbar Shinjuku (dedikasi buat anakanda) – Syafiq Zulakifli (Mingguan Malaysia, 30 November 2014)
- Mencari Jernih – Shapiai Mohammad Ramly (Antologi Puisi Cerita Alam Gelora Hujung Benua, DBP Wilayah Selatan)
- Kalaulah Papa Memukulmu, Adib – Rahimidin Zahari (Mingguan Malaysia, 23 Februari 2014)
3) Esei/Kritikan Sastera
- Penciptaan Drama Metasejarah Suatu Hasil Eksperimental – Mana Sikana (Dewan Sastera, Mac 2014)
- Menilai Semula Makna Ekstetik – Prof Madya Dr. A. Halim Ali (Dewan Sastera, April 2014)
- Teknoteks Menyepadukan Sastera, Teknologi dan Kritikan – Prof. Dr. Sohaimi Abdul Aziz (Dewan Sastera, Julai 2014)
- Perhubungan Sastera dengan Wayang: Meneliti Genre dalam Prespektif Budaya -Dr. Norman Yusoff (Dewan Sastera, Oktober 2014)
- Sastera Profetik: Kaffah dalam Revolusi yang Ditangguhkan – Saifullizan Yahaya (Dewan Sastera, Mei 2014)
- Pembinaan Mercu Tanda Penulisan Malaysia: Yang Dipelajari Adalah Secara Saka (Perennial) – Prof Emeritus Dato’ Ahmad Ibrahim Bajunid (Sastera Teras Negara Bangsa, ITBM)
- Pembinaan Mercu Tanda Sastera Malaysia: Sastera Sebagai Budaya Tinggi -S.M. Zakir (Sastera Teras Negara Bangsa, ITBM)
Kategori C
- Novel Remaja – Gerbang Raudhah – Rohaidah Yon ( Koperasi DBP)
- Kumpulan Cerpen Remaja – Tetamu Istimewa – Mohd Helmi Ahmad (ITBM)
- Kumpulan Puisi Remaja – Mimpi Kotaku – Hilmi Rindu (ITBM)
- Novel Kanak-kanak – Rahsia Dhia – Zainun Mustapha (Koperasi DBP)
- Kumpulan Puisi Kanak-kanak – Sakura – Mahaya Mohd Yassin (DBP)
- Buku Bergambar Kanak-kanak – Di Mana Sebelah Lagi – Razisatul Asyifah Ismail (Cerdik Publication)
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan berkata, "Penilaian HSPM menggunakan kriteria pemilihan yang merangkumi kekuatan kesatuan karya dan keaslian persoalan, selain keseimbangan estetika bahasa dengan persoalan kemanusiaan.""Panel turut mementingkan keindahan moral dan inovasi dalam kreativiti yang ditampilkan karya pemenang. Berdasarkan penelitian, HSPM 2014 menunjukkan banyak perkembangan positif dalam karya yang dipertandingkan termasuk penerokaan pada bidang asli, selain peningkatan gaya penulisan yang berinovasi."
20 comments - "Hari Istimewa Buat Tetamu Istimewa "
Assalammualaikum... BM,
tahniah buat sahabat kita tetamu istimewa... seorang cikgu yang berkaliber... semoga beliau berjaya dalam penulisan buku-buku... beliau seorang penulis buku yang terbaik dan buku-buku laris dipasaran. Selayaknya beliau mendapat anugerah ini.
mselim3
Assalamualaikum, tuan. Alhamdulillah. Terima kasih atas entri penghargaan ini. Ternyata saya tergamam membacanya. Sokongan tuan amat saya hargai.
Assalam..tahniah tetamu istimewa n yang tersenarai akan menerima hadiah sastera kelak...semoga akan terus sukses menghasilkan karya sastera yg bernilai...wah BM juga org sastera ni...
Siapa sangka kita semua diberi kesempatan 'bertemu' tetamu yang cukup istimewa disini..:)
Siapa tak kenal Tetamu Istimewa ini
Sudah selayaknya beliau menerima anugerah tersebut
Waalaikumsalam mselim3,
Sudah selayaknya Cikgu Helmi untuk menerima penghargaan ini. Kita doakan agar beliau beroleh kejayaan yang lebih banyak dan gemilang di masa akan datang.
Waalaikumsalam,
Sekadar coretan kenangan dan ucapan tahniah buat cikgu. Semoga cikgu akan lebih bersemangat untuk menempa kejayaan yg lebih hebat lagi... InsyaAllah.
Tahniah!
Waalaikumsalam,
Saya bukan orang sastera... Background saya kejuruteraan. Manalah pandai nak bersastera sangat... :)
Ya... Tiada pernah menyangka bahawa melalui platform blog ini dapat juga berkenalan dgn tetamu yg hebat dan istimewa seperti "Tetamu Istimewa". Begitu juga dgn SP!
Bersyukur kerana diberi kesempatan ini...
Kini namanya sudah terkenal dan mengharum seantero pelusuk negara!
Saya pun sependapat dgn kakzakie... Sudah selayaknya beliau menerima anugerah!
Tahniah buat Tetamu Istimewa@Helmi
kak ada beli buku cerpen dia ni..
lama tak singgah blog dia..
Dia memang layak terima anugerah tersbut..
dah jarang membaca sekarang.
pinjam sat buku tuh. leh?
Tahniah tahniah
Salam... sahabat yg baik akan kita kenang sampai bila2 kan BM.. tahniah buat beliau !
saya dah lama tak ke blog cikgu helmi
tapi saya aktif mengikuti perkembangan dia di FB
saya tahu mengenai hal ni
tahniah buat dia. tumpang gembira untuk kejayaan ini
memang nampak usaha dia. and he definitely deserves the award =)
Tuan Dah banyak buat duit tu...
belilah satu sebagai sokongan buat rakan kite ni... :)
Salam kembali KA...
Seperti juga KA... sentiasa dinanti dan dalam ingatan ku... :)
Samelah kite... Namun tidak pernah melupakan. Semoga ikatan tetap kekal diingatan.
setinggi2 tahnia kepada nya..amin
Tahniah kepada cikgu helmi.. aiza pun sudah lama tidak berkunjung ke blog beliau..
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum