Harga Kereta 2016 Akibat Kejatuhan Nilai Ringgit: Kesan kejatuhan nilai ringgit kini semakin dirasai. Bukan sahaja memberi kesan kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tetapi juga nak ke luar negara pun terpaksa fikir dua tiga kali.
Kejatuhan nilai ringgit ini paling ketara kesannya terhadap barangan yang diimport dari luar negara kerana hampir kesemua urusan pengimportan pasti akan menggunakan matawang USD sebagai nilai belian.
Oleh itu, syarikat yang tidak mampu untuk menanggung kerugian atau mengakibat penyusutan pendapatan yang maka, maka kenaikan harga kenderaan terpaksa dilakukan.
Kenaikan Harga Kereta
Berikut adalah senarai Syarikat Pengedar kenderaan yang telah dan akan menaikkan harga jualan kenderaan mereka.1. Perodua
Syarikat Perodiua adalah syarikat pertama yang menaikkan harga kenderaan keluaran mereka berikutan penyusutan nilai ringgit ini.
Mulai 1 Oktober 2015, model varian Axia 1.0 Standard G telah dinaikkan sebanyak RM990 berbanding harga sebelumnya. Ianya termasuk kedua-dua pilihan transmisi sama ada manual atau pun automatik. Harga Axia varian lain masih tidak berubah.
Harga Terbaru Axia 1.0 G (harga atas jalan - OTR)
- Perodua Axia 1.0 G Manual (solid) - RM30,627.16
- Perodua Axia 1.0 G Manual (Metalik) - RM33,627.15
- Perodua Axia 1.0 G Auto (solid) - RM31,027.15
- Perodua Axia 1.0 G Auto (Metalik) - RM34,027.15
Harga kereta baru Perodua 2015
2. Mitsubishi
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan akan menaikkan harga bagi kesemua model keluarannya sebanyak 2% hingga 7% mulai suku pertama 2016.
Semak Harga kenderaan Mitsubishi di sini : Harga Kenderaan Mitsubishi 2015
3. Toyota Dan Lexus
UMW Toyota Motor (UMWT) sebagai pengedar tunggal jenama Toyota dan Lexus akan menaikkan harga semua varian keluarannya diantara 4% hingga 16% mulai Januari 2016.
Berikut adalah senarai harga rasmi terkini setiap model dan variant Toyota bagi tahun 2016 akibat dari kejatuhan nilai ringgit.
Harga rasmi kereta baru Toyota 2016 (OTR with insurance)
Berikut adalah senarai harga rasmi terkini setiap model dan variant Lexus bagi tahun 2016 akibat dari kejatuhan nilai ringgit.
Harga rasmi kereta baru Lexus 2016 (OTR with insurance)
4. Honda
Honda Malaysia juga telah membuat pengumumuman rasmi bahawa mulai Januari 2016, semua model keluaran mereka akan dinaikkan harga diantara 2% hingga 3%.
Berikut adalah senarai harga rasmi terkini setiap model dan variant Honda bagi tahun 2016 akibat dari kejatuhan nilai ringgit.
Harga rasmi kereta baru Honda 2016 (OTR with insurance)
5. Kia
Kia Malayisa juga terpaksa menaikkan harga setiap model keluaran mereka antara 2~4 peratus bermula 1 Januari 2016.
Berikut adalah senarai harga rasmi terkini setiap model dan variant Kia bagi tahun 2016 akibat dari kejatuhan nilai ringgit.
Harga rasmi kereta baru Kia 2016 (OTR with insurance)
6. Peugeot
Peugeot di bawah edaran Naza juga telah mengumumkan harga baru bagi semua model Peugeot berkuatkuasa 1 Januari 2016.
Berikut adalah senarai harga rasmi terkini setiap model dan variant Peugeot bagi tahun 2016 akibat dari kejatuhan nilai ringgit.
Harga rasmi kereta baru Peugeout 2016 (OTR with insurance)
7. Citroen
Citroen telah mengumumkan harga baru bagi semua model yang dijual di Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2016.
Berikut adalah senarai harga rasmi terkini setiap model dan variant Citroen bagi tahun 2016 akibat dari kejatuhan nilai ringgit.
Di atas adalah senarai syarikat yang sudah membuat pengumuman rasmi akan kenaikan harga kenderaan keluaran mereka.
7. Nissan
Tan Chong Motors telah mengumumkan kenaikan harga bagi semua model Nissan yang dijual di Malaysia dan akan berkuatkuasa mulai 1 April 2016.
Berikut adalah kadar kenaikan harga terkini setiap model Nissan bagi tahun 2016 akibat dari kejatuhan nilai ringgit.
Note: Sebarang harga baru bagi jenama lain yang belum dipaparkan di atas bermakna ianya masih belum ada perubahan rasmi ke atas harga kenderaaan keluaran mereka.
Proton (kemaskini 14/1/2016)
Nampaknya Proton juga tidak mampu mengekalkan harga kereta berikutan kejatuhan nilai ringgit ini. Pihak Proton akan menaikkan harga kereta keluarannya selepas Tahun Baru Cina iaitu pada Februari 2016.
Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd. mungkin perlu menaikkan harga keretanya selepas Tahun Baru Cina pada Februari ini memandangkan kos mengimport komponen meningkat disebabkan penyusutan ringgit.Berikut adalah senarai harga rasmi terkini setiap model dan variant Proton bagi tahun 2016 akibat dari kejatuhan nilai ringgit yang berkuatkuasa mulai 15 Februari 2016. Harga termasuk gst.
"Ringgit kini lebih rendah berbanding setahun lalu, yang mempengaruhi harga komponen import kami," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Harith Abdullah selepas perlantikan pengedar baru di sini hari ini. - sumber
Sila ke laman berikut jika paparan di atas tidak muncul:
Tidak mustahil ada banyak lagi syarikat pengeluar dan pengedar kenderaan lain juga sedang mengkaji dan menimbangkan untuk menaikkan harga sekiranya kos komponen dan operasi semakin meningkat serta membebankan.
Masa Belian Terbaik
Kepada anda yang punya perancangan untuk membeli kenderaan, maka hujung tahun 2015 atau awal tahun 2016 ini adalah masa yang paling sesuai dan terbaik berikutan ianya masih diharga yang sama.Biasanya syarikat pengedar kenderaan akan cuba untuk menghabiskan stok 2015 dengan segera maka mereka akan memberi potongan harga yang luarbiasa disamping bersama pelbagai ganjaran istimewa.
Semak Harga kenderaan baru 2016 di sini : Harga Kenderaan Baru 2016
Oleh itu, buatlah pilihan dengan sebaiknya mengikut kemampuan dan kelebihan yang ditawarkan. Kereta bukanlah sesuatu barangan yang murah dan boleh ditukar ganti bila-bila masa... lainlah jika anda seorang jutawan!
23 comments - "Harga Kereta 2016 Akibat Kejatuhan Ringgit"
Ini la hasil terbaik pemerintah sekarang, barang naik..
BELI YG PERLU DAN PATUT SAJA LA NI UNTUK HIDUP SEADANYA...
Janji tngl Janji... Segalanya Naik Di Mana Barangan Yang Turun...
Jualan Hujung Tahun dah tiba.. Ade pengeluar kenderaan Tempatan Mula Bagi Rebat Pembelian Sehingga RM4K...Bagi saya ini lh mase utk membeli kenderaan dengan duit pendahuluan yang rendah..
aiza baru beli kereta axia tu.. terkejut juga bila jurujual cakap harga dah naik.. nak tak nak beli la juga sebab keperluan untuk kegunaan adik..
Mmg dalam jangkaan..klu nilai kita susut mmg terjejas la semua bnda..
Bila nilai matawang lemah, bnyk industri terjejas lebih2 lagi industri automotif ni kan. Bila semua naik nnti, sampai masa ada yg kena turun baru ok kot huhu...
Kenaikan harga kereta memang dah dijangka selepas penambahan GST dan kenaikan minyak
terbaik infor..belilah kereta brand Malaysia ..tahnia yang membeli kereta Brand Malaysia..
semuannya naik..gst agaknya tambah lagi tu BM atau sama2 GST ke?
Ada gak yang turun... Nilai Ringgit! huhu...
Itulah yg sebaiknya. Berjimat-cermat untuk mengharungi masa depan yg sukar ini...
Janji sebelum PRU hendak turunkan harga kereta tapi yg berlaku sebaliknya! Ya... Janji tinggal janji...
Ada kalanya kita terpaksa juga membeli kerana keperluan walaupun pada harga yang semakin meningkat ini. Tanggungjawab kakak kpd adiknya... InsyaAllah, semoga adik Aiza menghargai dan gunakan sebaiknya.
Tapi ada menteri kata sebaliknya...huhu
Realitinya hanya kita yg merasai kesannya.
Selalunya harga yang naik ini tak akan turun dah walaupun nilai matawang RM naik semula... Ini adalah realiti kehidupan di Malaysia!
Sepatutnya selepas GST harga kenderaan akan turun sebab cukai sebelum ini adalah 10% berbanding GST 6%...
Tapi masalahnye cikgu... brand Malaysia yg nak harga dulu berbanding brand luar... huhu
GST tak naik...kekal 6% tetapi faktor lain seperti penyusutan nilai ringgit, penghapusan subsidi, kenaikan kos perkhidmatan dan harga barang menjadi faktor tambahan kepada kenaikan harga.
Hurrmmm...suma naik. Pakai jer lah keta yang ada nih.
Nampak gayenye... begitulah... Kita pakai sampai lunyai... huhu
hahaha...tepat sekali!
kereta bukan satu barangan keperluan terutama dalam ekonomi sekarang
terutama untuk orang seperti saya...selagi tak mereput. hadap ajelah! hehe
pastinya situasi ni akan berikan impak pada industri pemotoran
atau sebaliknya? rakyat malaysia ni kadang pelik...hehe
tapi tu fakta...dalam kata benci dengan gst dan semua kenaikan barangan
masih hebat lagi mereka berbelanja...termasuk saya! haha
insyaAllah BM.. Selain daripada kenaikan harga, perlu bayar juga tambahan sebanyak 6% gst..
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum