بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Akhirnya aku dapat juga sampai ke Ekspo dan Pameran MAHA 2012... Ekspo yang diadakan setiap dua tahun sekali ini asyik didengar melalui cerita dan tengok gambar serta berita sahaja. 

Aku amat teruja sekali untuk ke MAHA ini kerana dua tahun lepas, adik ipar aku tunjuk gambar dia bersama FIL dibahagian pameran sayur-sayuran yang ada buah-buah tergantung dan berjuntaian tu...

Ianya sangat menarik sehingga membuatkan aku tidak sabar menunggu Ekspo dan Pameran MAHA 2012 ini. 

eksplorasi pameran maha 2012

Malaysia Agricultural, Horticulture & Agrotourism International Show atau mudahnya MAHA 2012 merupakan satu pameran berkaitan pertanian, penternakan & nelayan yang diadakan setiap dua tahun sekali. 

Pameran ini merupakan yang terbesar di rantau Asia ini dianjurkan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia di lokasi Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor. 

MAHA 2012

Tapak Ekspo ni sangat luas dan memang tidak boleh kalau nak jalan kaki je... sah-sah boleh melecet kaki dibuatnya! MAHA 2012 terbahagi kepada beberapa bahagian pameran utama iaitu :
  1. Bahagian Pameran di Hall A,B1,B2,C dan Agrobazaar
  2. Pameran di Pavilion Negeri-negeri di Malaysia
  3. Pameran Sayur-sayuran dan Herba
  4. Pameran Padi
  5. Pameran Ternakan
  6. Pameran Jentera
  7. Pameran Perikanan
  8. Pameran Nenas
  9. Pameran Flora
Memang tak akan lalu punyalah untuk melawat semua sekali. Kalau nak rasa kejang kaki..buatlah, hehe. Jadi aku pergi hanya ke beberapa tapak pameran yang aku rasa yang aku nak tengok aje...

Bahagian Pameran di Hall A,B1,B2,C

Mula-mula aku singgah di Bahagian pameran di Hall...silap aku juga, patut aku kesini waktu tengahari sebab dalam hall ini ada 'aircond'

Di sini pelbagai pameran informasi, produk, teknologi, sejarah yang berkaitan pertanian, ternakan dan nelayan dipamerkan oleh agensi kerajaan dan juga swasta. 

Terdapat juga pameran dari peserta luar negara. Pelbagai pertandingan juga diadakan. Nak tengok buah pelik-pelik... Hah! kat sini macam-macam ada...

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

Baru aku tahu yang Ekspo dan Pameran MAHA ini sebenarnya dah lama diadakan sejak tahun 1923 lagi tetapi baru inilah pertama kali aku menjejakkan kaki. 

eksplorasi pameran maha 2012

Bahagian Agrobazaar

Dari pameran di hall, aku bergerak ke Agrobazaar... di sini tempat jualan pelbagai...dari pakaian, buah-buahan, produk makanan, pokok, bunga dan macam-macam lagilah.

Banyak sangat gerai jualan...tak tersinggah kesemuanya. Harga berpatutan tapi kalau anda dah beli...anda usunglah sampai anda balik...boleh tercabut tangan nanti.

Saya syorkan lokasi ini di kunjungi diakhir lawatan sebelum anda balik. 

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

Pengangkutan disediakan untuk anda pergi dari satu lokasi kesatu lokasi dan banyak serta kerap. Memang anda akan memerlukannya...termasuklah aku...tak lalu kalau nak menapak ajer...

Bas dan Trak pengakut ini akan pusing keseluruh tapak pesta dan berhenti disetiap bahagian pameran. Naiklah... percuma jer.

eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012


Bahagian Pameran Pavilion Negeri-negeri di Malaysia

Bergerak pula ke Pameran Negeri...di sini setiap negeri di Malaysia mempamerkan hasil, produk serta perkhidmatan pertanian, penternakan serta nelayan di bangunanan atau pavilion pameran mereka sendiri. 

Menarik kerana di sini juga di pamerkan pameran dan jualan barangan melambangkan budaya, makanan dan kesenian negeri yang unik dan berbeza-beza.

Pavilion Negeri Sembilan
eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

Pavilion Negeri Melaka
eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

Pavilion Negeri Kelantan
eksplorasi pameran maha 2012

Pavilion Negeri Terengganu
eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

Pavilion Negeri Perak
eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

Pavilion Negeri Johor
eksplorasi pameran maha 2012

eksplorasi pameran maha 2012

Pavilion Negeri Kedah
eksplorasi pameran maha 2012
eksplorasi pameran maha 2012

Pavilion Pulau Pinang
eksplorasi pameran maha 2012

Pavilion Negeri Selangor
eksplorasi pameran maha 2012

Setiap Negeri mempamerkan kreativiti pameran yang tersendiri... Memaparkan keistimewaan dan keunikan hasil dan kemajuan pertanian, penternakan dan nelayan. Sangat menarik dan semuanya terbaik! 

Anda juga akan dihadiahkan yang mengandungi beg cenderahati jika meletakkan nama dalam buku pelawat disetiap Pavilion. Maka, boleh penuh tangan dengan pelbagai beg-beg cenderahati jika anda daftar di semua pavilion negeri!


Jalan Dan Makan

Sungguh meletihkan dan dah berpeluh-peluh satu badan...Panas mentari jangan cakaplah. Kalau anda dapat pergi ketika cuaca mendung...itu memang terbaik! Tapi jika hujan... memang masalah besar.

eksplorasi pameran maha 2012

Bila dah letih... lepak kejap sambil minum di gerai yang sangat banyak dan berada diserata tapak ekspo. Mudah sekali untuk menjamu selera dan pelbagai menu disediakan. Hanya pilih dan bayar...

Setelah lega dan kembali segar...barulah semangat untuk meneruskan pengembaran menjelajah di Ekspo dan Pameran MAHA 2012...

Terlalu panjang dah entri ni, jadi aku sambung di Episod 2... teruskan eksplorasi bersama...
- Sehari di Ekspo dan Pameran MAHA 2012 - Episod 2


p/s: Entri diterbitkan semula dari blog RM berikutan entri tersebut telah disekat Google berikutan masalah Malware... Semoga ilmu terus dikongsi bersama... 

2 comments - "Sehari di Ekspo dan Pameran MAHA 2012 - Ep1"

Rajin BM berkunjung ke MAHA..

Teringin nak pergi. Tapi mengenang kan org yg ramai tu...hurmmmm...

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap