بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Topik entri dah seolah-olah seorang pakar dan hebat! Macamlah penampilan blog sendiri sudah sangat menarik. Ya... Setiap orang ada citarasa tersendiri, memang sukar untuk mendapatkan satu penampilan blog yang menarik dan memuaskan hati semua orang.

Pergilah ke mana-mana blog pun, pasti ada sahaja penampilan yang anda rasa tidak menepati citarasa. Ada sahaja kekurangannya. Namun adakah penampilan blog anda sudah hebat, menarik serta menepati citarasa sendiri dan disukai oleh semua orang?

Cara Menarik & Melengkapkan Penampilan Blog

Penampilan Blog

Adakah kita hendak membuat penampilan blog untuk memenuhi citarasa sendiri atau pengunjung? Apa pun, kedua-duanya adalah sama penting.

Jikalau mengikut sepenuhnya citarasa sendiri, nanti terlalu melampau pula sehingga kurang disenangi pengujung. maklumlah... blog bukan untuk tatapan peribadi tetapi jikalau terlalu mengikut citarasa umum, nanti ianya kelihatan terlalu membosankan pula. Macam sama jer semua blog. Tiada keistimewaan dan identiti sendiri.

Samalah juga kalau terlalu mengikut kehendak enjin carian, memang blog akan nampak kosong dan tiada emosi serta kreativiti.

Dah... Serba salah pula! Oleh itu, jalan terbaik kita ambil jalan tengah iaitu dengan memenuhi sebahagian mengikut citarasa sendiri dan sebahagian lagi mengikut kehendak umum dan enjin carian. Ha! Barulah adil dan saksama...

Memenuhi Citarasa Umum

Sebelum kita membuat sebarang dekorasi penampilan, lihat dulu apakah yang perlu dan biasanya diperlukan untuk memenuhi citarasa umum pada sesebuah blog.

Jika anda berkunjung ke mana-mana blog, tumpuan sudah tentu hanya pada ruangan artikel blog atau 'blog posting'. Maka ruangan ini adalah focus utama yang perlu diberi perhatian.
  1. Jenis dan saiz 'font' yang jelas dan mudah dibaca. Setiap pengunjung pasti tidak suka jika saiz tulisannya terlalu kecil atau terlalu berseni sehingga sukar hendak mengenal huruf.
  2. Warna font dan latar belakang (background) mestilah kontras agar tulisan mudah dilihat dan senang dibaca.
  3. Tiada yang menghalang atau mengganggu paparan di ruangan blog posting ini.
Kemudian barulah lihat kepada keperluan lain yang perlu bagi melengkapkan penampilan sesebuah blog
  1. Ruangan komen yang mudah dilihat dan mesra pengguna. Sila ke entri berikut untuk maklumat terperinci tentang ruangan komen : Keperluan Ruangan Komen
  2. Perlu ada widget. Biasanya adalah popular post, related post, latest post, search, social media share dan follow yang memberi kemudahan untuk pengunjung. Anda boleh lihat blog-blog otai sebagai rujukan.
  3. Paparan blog mestilah mesra pada semua pengunjung sama ada melalui komputer, tablet dan mobile.

Memenuhi Citarasa Enjin Carian

Ini agak teknikal sedikit dan ianya tidak kelihatan secara visual. Perlukan sedikit ilmu untuk melengkapkannya namun tidaklah terlalu sukar.
  1. Masa loading yang pantas dan tiada broken link
  2. Lengkap meta tag dan alt tag.
  3. Paparan Mobile friendly
  4. Jika boleh, pastikan semua Javascript berada dibahagian bawah html.
  5. Lengkapkan dengan informasi seperti about me, contact, sitemap, policy, copyright dan disclaimer
Cara Menarik & Melengkapkan Penampilan Blog

Memenuhi Citarasa Sendiri

Setelah itu barulah kita menambah dan menghias penampilan blog mengikut citarasa sendiri. Apabila mengikut citarasa sendiri inilah selalunya kita akan lakukan sesuka hati! Dekorasi juga ada batasannya dan janganlah sampai keterlaluan. Beberapa perkara berikut perlu diberi perhatian dan pertimbangan apabila anda menghias blog.
  1. Layout - Sama ada satu kolum, 2 kolum, 3 kolum, ada atau tiada footer dan sebagainya... semuanya tiada masalah. Pilihlah layout template yang anda suka namun pastikan ruangan 'blog posting' yang mendominasi ruang. Pastikan juga anda tahu kenapa anda memilih layout tersebut dan kegunaan ruangan-ruangan tersebut.
  2. Header - Bukan sesuatu yang wajib namun untuk kelihatan hebat dan unik, header amat memainkan peranan yang penting untuk menyerlahkan penampilan blog serta memberi identiti. Namun biarlah header tersebut bertepatan dengan isi kandungan blog atau diri anda.
  3. Iklan - Boleh dikatakan, kini hampir semua blog ada iklan. Lokasi dan saiz iklan sangat penting. Oleh itu susun kedudukannya mengikut kesesuaian dan mengikut saiz ruang. Sebaiknya jangan letak terlalu banyak iklan namun, jika ada banyak tetapi bijak menyusun, ianya pasti tidak menjadi masalah kepada pengunjung. Yang penting, jangan sampai mengganggu paparan ruangan penting terutama 'blog posting'.
  4. Background - Terpulang kepada anda tetapi biarlah bertepatan dengan niche dan jangan sampai terlalu mengganggu focus pembaca. 
  5. Warna - Ikut kepada minat anda tetapi jangan sampai menyakitkan mata sudahlah... Pastikan anda faham akan peranan warna agar bertepatan dengan niche, kandungan blog dan peribadi anda.
  6. Widget - Pilihlah widget yang benar-benar berguna dan tidak mengganggu tumpuan serta kepantasan masa loading. Susunan dan kedudukan widget juga perlu diberi perhatian agar kelihatan kemas dan bersesuaian dengan kepentingannya.
Sebagai panduan menghias dan mendekorasi blog ini anda perlu banyak melihat atau berkunjung ke blog-blog yang sealiran atau sama niche sebagai rujukan. Blog-blog terkenal dan popular juga boleh dijadikan rujukan. 

Perhatikan dan lihat bagaimana mereka mendekorasi dan menyerlahkan penampilan blog yang menjadikan ianya menarik, beridentiti dan tepat. Namun jangan pula meniru sehingga seakan-akan kembar pula ye... 


Kesempurnaan Penampilan

Walaupun kita tidak mampu untuk memuaskan hati diri sendiri dan orang lain, sekurang-kurangnya anda memenuhi sebahagian yang penting daripadanya pun sudah memadai. Tiada siapa yang sempurna namun sentiasalah berusaha untuk menjadi sempurna.

Cara Menarik & Melengkapkan Penampilan Blog
Kesempurnaan hanyalah milikNya

Penampilan sesebuah blog itu amat penting kerana persepsi dan pandangan pertama pengunjung itu amat diperlukan agar ianya terus terlekat di minda. Sebut sahaja nama blog, pasti bayangannya terus bermain di ingatan!

Selepas itu, ada lagi yang lebih penting! Apa yang lagi penting dari penampilan blog? Sudah tentu adalah topik, gaya penulisan dan isi kandungan blog anda? Kalau penampilan blog sahaja gah tetapi isinya hampeh pun tiada gunanya.

Ini hanyalah perkongsian pandangan dan pendapat sendiri dan mungkin berguna buat yang memerlukan. Kalau rasa ianya tidak perlu...abaikan je :)

22 comments - "Cara Membuat Penampilan Blog Hebat"

Etuza delete icon 11:56

asalam BM hebat sekali..persembahan ini..terima kasih ya..tampilan blog Etuza boleh lagi sebenarnya diperbaiki..apapun cukup lah sa takat tu ja...

akak sukakan kaler pink..dah beberapa kali tukar template..tp akhirnya kembali ke pink semula..

Dila delete icon 12:54

saya ada msalah apabila tukar templat baru last2 guna yang basic je.

penampilan blog macam 1st impression kan
kita suka tengok, pasti kita juga akan terus mendekati
saya bab ni pun masih belum mahir =)

Saya belum pandai sangat....bila tukar template banyak nak kena set baru....

Blog BM sememangnya antara yang paling kemas dan sangat selesa memandang bila kita bertandang..:)

paridah delete icon 14:39

ASSALAM KAK XRETI NK GODEK2 TUKAR TEMPLATE BLOG AGAR MENARIK TAMPILANNYA...TAKUT PANDAI2 SGT HILANG PULA HEH..HEH...

Tanpa Nama delete icon 13:34

Tq BM sudi kongsi ilmu. Bw dari Tawau.

Unknown delete icon 20:34

dulu saya letak popular post . lepas tu ada blogger copycat 100 percent ... perghhh . bairlah saya je yg tahu apa yg popular ... heheheee

Waalaikumsalam cikgu,
Berbeza pula dengan saya yang sentiasa tidak pernah selesa dan puas hati dengan apa yg ada... Sentiasa mahu mencuba dan memperbaiki setiap kelemahan yg ada walaupun kadang kala jadi sebaliknya...hehe

Tidak dinafikan, setelah mencuba pelbagai rupa dan gaya, akhirnya kita tahu bahawa sebenarnya hanya satu itu yg paling kita selesa dan sukai.

Mungkin ada setting yang tidak betul tu. Kalau perlukan bantuan...pm jer saya. InsyaAllah...akan cuba bantu apa yg termampu. Kawan2...tiada bayaran pun...:)

Penampilan blog YY sekarang ni pun dah sangat menarik dan kemas! Kalau sekadar tambahan sikit2 tu...mesti boleh buat sendiri kan...

Tukar template tu mudah tetapi untuk setting semuanya dalam keadaan teratur serta berfungsi dengan baik itu yg paling sukar. Cerewet sikit kerjanya tapi bagi saya ia sangat mengasyikkan... :)

Penampilan blog ini cuba untuk seringkas dan sepadat yang boleh dengan citarasa sendiri.
Terima kasih SP jika sukakannya... :)

Kalau akak nak ubah penampilan, saya sedia membantu... Hubungi saya melalui email atau FB. Ikhlas berkhidmat untuk akak... :)

Balik kampung ya... Semoga gembira di sana! :)

Betul juga ye... Tapi mungkin kerana blog anda topiknya bertunjangkan trafik. Kalau blog peribadi macam saya, risikonya tiada malah membantu pula untuk merendahkan bounce rate.

Aiza tak mahir mencantikkan penampilan blog.. setakat yang asas sahaja aiza tahu.. hehe..

Rupanya banyak juga yang perlu diikuti agar ia menarik di mata pengunjung dan menarik hati untuk diri sendiri.

Tanpa Nama delete icon 21:12

tanye kalau blog itu tulisan bewarna-warni, agaknya pengunjung suka tak. Bukan saye punya. saje nak mintak pendapat. tolong ya BM

Agak subjektif...
Tulisan berwarna warni mungkin sesuai jika blog tersebut ber'niche' seperti hasil seni, kanak-kanak atau apa sahaja yang bersesuaian dengan suasana warna warni kerana pengunjung utama blog juga mesti dari kalangan mereka yang sealiran.

Namun bagi sebuah blog yang formal dan pengisian pula topik2 ilmiah atau informasi...tulisan berwarna warni akan mengganggu fokus pengunjung yang sememangnya datang untuk membaca tulisan anda.

Namun jika bijak menyusun dan kreatif menggunakan warna... berwarna-warni juga boleh menjadi satu tarikan dan keistimewaan serta mampu menyerlah lalu menarik minat pengunjung kerana ianya menjadi satu kelainan dan identiti yang unik.

Sukar meneka reaksi pengunjung melainkan mereka memberi komen...

Jika tidak kreatif atau bijak bermain warna, adalah lebih baik jangan...kerana ianya berisiko tetapi adalah sesuatu yg menarik juga apabila ianya berisiko...jika anda sorang yg suka mencabar diri dan sukakan kelainan!

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap