بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Jika dulu kita sering mendengar tragedi kemalangan berlaku di Plaza Tol Ipoh Utara namun sejak ianya dialihkan dan laluan terus mula beroperasi, tiada lagi kejadian tidak diingini berlaku.

Dilema tragedi kemalangan di plaza tol bukanlah sesuatu yang luar biasa malah ianya masih berlaku sehingga kini. Punca-punca kejadian kebanyakannya disebabkan oleh masalah kenderaan dan sikap pemandu itu sendiri.

Masalah kenderaan dipandu terlalu laju sehingga gagal memberhentikan kenderaan disamping brek yang tidak berfungsi dengan baik menjadi punca kemalangan. Ianya seringkali melibatkan kenderaan besar dan berat.

Tragedi Kemalangan Di Plaza Tol

Menukar Haluan Di Plaza Tol

Sikap pemandu yang mementingkan diri sendiri seperti memotong barisan dan menukar haluan sesuka hati tanpa memberi lampu isyarat membelok juga sering menjadi punca kemalangan.

Kini apabila beberapa buah plaza tol mula beroperasi tanpa bayaran tunai telah menyebabkan beberapa masalah seperti penukaran lorong terpaksa dilakukan berikutan ada beberapa pemandu yang tidak mempunyai kad TnG atau Smart.

Diburukkan lagi apabila ada kereta yang mempunyai masalah dengan kad mereka, maka pertukaran lorong juga terpaksa dilakukan. Semua ini akan menjadi punca kemalangan berlaku.

Salahkah menukar lorong di Plaza tol?
SALAH! jika tujuannya hanya untuk kepentingan diri sendiri dengan sengaja untuk memotong barisan. Senang cakap, sikap sebegini adalah kurang ajar! bangsat! (Bahasa ini PM yang ajar ye)

Namun tidak salah dan perlu sekiranya berlaku sebarang masalah yang memaksa kita untuk terpaksa menukar lorong. Pada ketika ini, langkah-langkah keselamatan perlu diutamakan. Lampu isyarat membelok perlu dinyalakan dan pastikan keadaan benar-benar selamat barulah menukar laluan.

Ketika ini, sikap sabar dan bertoleransi amat penting. Percayalah... jika ada masalah berlaku, selalunya kenderaan di lorong sebelah akan sedia maklum untuk membenarkan anda masuk ke lorong mereka namun lakukanlah secara beselang-seli.

Ingatlah malang itu tidak berbau. Sikap berhati-hati dan peka itu amat penting agar tragedi yang tidak diingini berlaku. Mengubah haluan secara tiba-tiba bukan sahaja merbahaya kepada anda tetapi juga kepada pemandu lain.

Apabila buku bertemu ruas... anda 'cilok' sahaja, sebuah lori menghentam! Pada masa itu segalanya sudah terlambat! Kita tidak mahu kejadian seperti di Plaza Tol Plus Jalan Duta ini berulang kembali.

02/10/2015KL - Menurut maklumat berlaku pagi tadi di Plaza Tol Jalan Duta. Sebuah kereta Proton Wira tertiba ubah...

Sabar, Peka Dan Bersedia

Tragedi kemalangan di Plaza Tol boleh dielakkan sekiranya setiap pemandu punya sikap sabar, berhati-hati, peka, bersedia dengan segala kemungkinan dan mematuhi undang-undang jalanraya.

Berhati-hatilah dan bersedia sebelum tiba di Plaza Tol. Perlahan kenderaan anda dan pastikan berada di lorong yang betul. Berbarislah mengikut lorong dan bersabar... Biar lambat asal selamat.

Sekiranya terpaksa menukar haluan, pastikan segala langkah keselamatan diambil dan lakukannya dengan berhati-hati dan sabar demi keselamatan anda dan orang lain.

Ingatlah... sesetengah kenderaan terutama kenderaan berat bukannya boleh brek mengejut dan terus berhenti. Sesetengah pemandu pula adakala lalai dan kitalah yang perlu sentiasa peka dan bersedia.

Buangkanlah habit dan sikap pentingkan diri sendiri kerana ianya hanya akan mengundang padah. Walaupun selamat tetapi berpuluh orang mendoakan kecelakaan buat anda!

Ketahui juga senarai Plaza Tol tanpa tunai yang telah beroperasi di seluruh negara di SINI agar anda sentiasa bersedia sebelum tiba di Plaza Tol tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah.

Semoga perjalanan kita semua di jalanraya selamat dan lancar. Apabila memandu, ingatlah tuhan dan orang tersayang...

21 comments - "Tragedi Kemalangan Di Plaza Tol"

kadang-kadang sebab terlaju sangat sb nak berebutkan laluan..padahal kalau bersabar sikit pun takde masalah kot kat tol je kot..

paridah delete icon 11:12

kena hati-hati untuk mengelak trajidi kemalangan yg xdiingini walau di mana saja...terutamanya berdekatan tol sbb terlalu banyak kenderaan yg bertali arus di situ.
bangsat ni kalau istilah orang utara adalah mereka yg merantau jauh ketempat lain...dikatakan mrk ni pi bangsat...tidaklah negatif maksudnya spt yg disebutkkan pm yg disayangi tu...

Etuza delete icon 11:55

Pada pendapat Etuza elok jangan buat tukar arah, sebab arah tu ke tol juga..baik relex ja memandu fokus..niat nak sampaikan ..bahaya jika tak reti perasaan pemandu lain kan BM

sikap pemandu itu sendiri yg menyebabkan kemalangan...

Biasanya bila sudah berlaku kemalangan baru sibuk nak bertengkar salahkan orang lain walhal tak sedar diri sendiri menyusahkan orang lain..

Memandu memerlukan kesabaran.. Biar cermat asalkan selamat..

Tiada siapa menginginkan tragedi, tetapi pengajaran yang penting adalah sabar.

Kesabaran memang perlu ketika memandu. Tak perlu gelojoh..

betul,di uji kesabaran kita

Betul tu... Biar lambat asal selamat

Ooo...Kat Utara, ada maksud lain rupanya... :)

Tukar haluan secara mengejut tu yg bahaya

Selalunya begitulah...

Itulah yg selalu terjadi... Nak salahkan orang lain jer.

Aia mesti seorang pemandu yg sabar dan berhemah kan... :)

Selagi kita mengikut peraturan dan berhati2... InsyaAllah. Kalau terjadi juga...itu adalah takdir.

Kadang2 memang hilang sabar melihat orang lain yg tak sabar...

Ya... kerana Sabar itu separuh dari iman...

Mohon dijauhkanlah dari musibah2 jalan raya spt ni... kdg2 sikap sesetengah org bila tak kena macam2 dia langgar buat janji nak cepat... sabarlah...

Kecuaian diri sendiri memang membawa padah. Sebab tu pentingnya sabar ketika memandu.

saya masa memula tengok gambo tu sebelum ni...ngeri
bayang dia mati aje sebab nampak cam penyek habis
panjang umur lagi rupanya...
moga jadi contoh buat pemandu lain...
sifat penting diri sendiri kadang menyusahkan orang lain
silap haribulan, nyawa tak bersalah melayang

p/s-BM, tak mau cakap wording b!@#$@^ tu lagi tau. tapi tuk post ni dimaafkan sebab mereka memang layak! hehe

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap