بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sikap Pemandu Di Jalanraya Yang Paling Dibenci: Rakyat Malaysia di mata orang luar negara terkenal dengan sikap lemah lembut, sopan santun dan berbudi bahasa. Kita amat disenangi serta dihormati dalam bertoleransi, menjalinkan perpaduan dan silaturrahim.

Namun semua sikap itu sekelip mata berubah apabila menjadi pemandu di jalanraya. Orang Malaysia dikenali sebagai pemandu jalanraya yang ganas, tidak sabar, pentingkan diri dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Maka tidak hairanlah jika negara kita mempunyai kadar jumlah kemalangan yang tinggi terutama apabila tiba di musim-musim perayaan atau cuti panjang.

Berikut adalah beberapa kesalahan dan cara pemanduan merbahaya di jalanraya yang paling dibenci oleh semua orang! Jelas sekali sikap pentingkan diri ini amat menyakitkan hati. Boleh hilang sabar melihat sikap tidak sabar mereka ini!

Sikap Pemandu Di Jalanraya Yang Paling Dibenci

Cara Pemanduan Berbahaya Dan Dibenci
1. Memotong barisan sama ada di Plaza tol atau di lampu isyarat.
  • Sakitnya hati apabila tiba-tiba ada kenderaan 'mencilok' dihadapan tanpa perlu berbaris panjang... Dengan muka selamba dan tanpa bersalah terus menghimpit masuk kedalam barisan. Sabar jer la... 
2. Memotong di lorong kecemasan lebuhraya ketika jem.
  • Kita yang tersengguk-sengguk mengadap jem sehingga naik kejang kaki, mereka dengan selambanya memotong di lorong kecemasan. Paling biasa dilihat adalah kenderaan mewah. Kalau kena saman pun apa lah sangat buat mereka. Sabar jer la...
3. Memandu perlahan di lorong laju.
  • Kadang kala kurang faham dengan sikap sebegini terutama diwaktu puncak. Nak gerak perlahan, gunalah lorong kiri tetapi tetap juga nak guna lorong kanan. Diberi lampu tinggi atau dihon pun buat selamba jer... Akhirnya terpaksa memotong ikut lorong kiri. Sabar jer la...
4. Memasang lampu tinggi tanpa sebab atau memasang lampu putih.
  • Sikap umpama raja di jalanraya. Lampu tinggi sepanjang masa dan tanpa sebab memang menyakitkan hati! Begitu juga dengan lampu putih, tidak kiralah sama ada dari belakang atau arah bertentangan memang geram dibuatnya... Macamlah dia seorang sahaja yang tak nampak... Sabar jer la...
Sikap Pemandu Di Jalanraya Yang Paling Dibenci

5. Membelok tanpa memberikan lampu isyarat membelok.
  • Nak terus ke atau nak belok kereta ni... Makin lama makin perlahan dan terus belok! Adeh... sakitnya hati! Begitu juga kalau hendak menukar lorong atau memotong, tiba-tiba sahaja keluar... Terkojot den! Sabor jer la..
6. Memotong walaupun kenderaan dari arah bertentangan sudah hampir.
  • Adeh! Ini memang bahaya... Tiba-tiba sahaja keluar memotong. Kita yang arah bertentangan ni pula yang terpaksa membrek dan memberi laluan. Sabor jer la...
7. Membuang sampah keluar kenderaan.
  • Sedang memandu sambil menikmati keindahan alam semulajadi, tiba-tiba berdentum botol air mineral singgah ke cermin kereta. Boleh sakit jantung dibuatnya! Sabor jer la...
8. Memandu sambil memegang telefon.
  • Apa hal lah kereta depan ni, sekejap laju, sekejap perlahan. Terhoyong-hayang kekiri dan kekanan. Mabuk ke apa? Laa... rupanya tengah pegang telefon! Sabar jer la...
Pasti anda semua pernah mengalami situasi seperti di atas ketika memandu. Apa yang akan anda lakukan? Mesti ada yang menyumpah seranah berbakul-bakul!

Namun ketahuilah bahawa setiap kata itu umpama doa dan jika tepat masanya diperkenankan... Malanglah buat pemandu tersebut.

Ini hanya diantara sikap pemanduan yang berbahaya dan paling dibenci. Mungkin anda boleh senaraikan dengan lebih panjang lagi.

Sikap Pemandu Di Jalanraya Yang Paling Dibenci

Menyesal Kemudian Tidak Berguna

Inilah sikap segelintir dari pemandu negara ini yang tidak mematuhi undang-undang dan menerapkan sikap pemanduan berhemah dan bersopan satun ketika memandu.

Terlalu pentingkan diri sendiri dan seolah-olah kitalah raja di jalanraya tanpa menghiraukan kepayahan dan keselamatan orang lain.

Walaupun ramai pemandu yang bersikap sabar, berhemah dan mematuhi undang-undang tetapi oleh kerana sikap segelintir ini mampu mengundang emosi kemarahan dan rasa tidak puas hati.

Secara psikologinya ianya akan mendatangkan rasa kecewa dan akhirnya turut akan bertindak sedemikian. "Orang lain buat elok ajer, kenapa aku tak boleh?"

Dari segelintir akhirnya menjadi penyakit berjangkit yang akan melarat dan akhirnya membawa padah dan malapetaka yang tidak diingini!

Inilah yang paling tidak diingini berlaku. Keselamatan diri sendiri dan orang lain adalah paling penting. Menyesal kemudian tidak berguna.

Sebagai pemandu dijalan raya. janganlah jadi pemandu jalanraya yang paling dibenci. Sikap pentingkan diri sendiri, tidak sabar serta berhemah dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya perlulah dibuang sebaik sahaja enjin dihidupkan.

15 comments - "Sikap Pemandu Di Jalanraya Yang Paling Dibenci"

Etuza delete icon 23:42

alamak ..harus di elak kan betul2..ada jg ternuta makan2 sambil memnadu ni BM..terima kasih perkongsian ini...

sabar tu sabar jugak tapi kalau dah banyak kali bole hilang sabar dibuatnya dengan pemandu2 jenis macam tu.

paridah delete icon 10:34

heh..heh..terkojut den baca n3 ni...memandu sambil mkn sambil minum sambil bersp mmg nk cari nahas tu..

Nombor 4 5 6 tu yang sangat menyakitkan hati. Kadang-kadang terfikir, orang ni memang dilahirkan tanpa otak ke? Huhu..

Mmg merbahaya tindakan sesetengah org memandu ni... paling saya boring bila di simpang, ada yg dari jauh tak nak signal... puas kita tunggu dia utk keluar lorong akhirnya dia belok.. rasa nak pecahkan je signal dia...

Haha... kalau dapat elak, elakkanlah...

Betul tu... Memang boleh buat kita pula yang jadi hilang sabar

Memang mencari nahas! hehe...

Mereka ini ingat dia seorang sahaja yg memandu agaknyee,,,

Ya! Kalau boleh buat begitu, memang dah banyak kereta yg pecah signalnya! haha!

Memang benci dengan sikap pemandu yang disenaraikan tu. Lagi satu...kedekut nak bagi signal. Time tu nak masuk time tu jugak baru nak bagi signal. Kan ker mengejut. Lepas tu kedekut nak bali jalan. Signal dah lama menyala. Tapi kedekut nak mamps macam jalan tu dia yang punya. Lagi kita nak masuk lagi dia laju ke depan...ppffttt...

terasa nak tergelak pula baca post BM yang ni
lari sikit dari post yang lain...ada banyak unsur humor.
post serius pun buat saya tersenyum sesorang...hehe

tapi memang betul BM, benda ni sebenarnya mentaliti
masa belajar dulu, tajuk post ni adalah assignment saya kena buat dulu
saya dapat simpulkan benda yang sama
mind set! selagi tak ubah...selagi tulah statistik akan terus meningkat

Unknown delete icon 18:00

Masukkan ulasan anda...bawak camray 2.4 tapi memandu 60 km sejam, lebih baik bawak kancillah!!!!

Ya! Itu satu lagi perbuatan yang sungguh menyakitkan hati... Pas tu bawak pulak kat lorong kanan!
Mungkin kereta pinjam kot! huhuhu...

Zool delete icon 22:44

Tambahan:
Memasang Fog light depan walaupun tak hujan atau jalan terang.
Memasang Fog belakang walaupun tak hujan.
Lap cermin dgn wiper sehingga air kotor terkena kereta belakang.
Tidak angkat tangan setelah kita beri laluan.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap