بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Tanjung Karang, sebahagian dari jelapang padi Negeri Selangor selain dari Sekincan dan Sungai Besar. Satu lokasi yang paling terkenal di sini adalah Kampung Sawah Sempadan.

Dipenghujung Sawah Sempadan inilah kampung mertuaku iaitu Kampung Seri Tiram Jaya. FIL juga mempunyai serelong tanah sawah yang telah diusahakan sejak sekian lama.

Hujung minggu baru-baru ini dapat pulang seketika untuk melawat FIL yang semakin sembuh dari 'stoke' maka dapatlah sedikit coretan buat tatapan anda semua. Terima kasih di atas doa sahabat semua...

Aktiviti Sepetang Di Kampung Sawah Sempadan 

Satu petang sabtu yang berjerebu, aku ke sawah FIL untuk melihat proses pengeringan petak sawah. Memang agak teruk jerebu pada hari tersebut sehingga mencacatkan sedikit pemandangan indah di sawah padi yang kian menguning.

Sawah Padi di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Pemandangan Kampung Sawah Sempadan yang bak saujana mata memandang kini agak terbatas akibat jerebu.

Sawah Padi di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Inilah sawah FIL yang sebelum ini dikerjakan sendiri olehnya namun kali ini terpaksa upah orang untuk menjaganya. Kalau tidak, jangan haraplah ada sebatang pun pokok rumput yang dapat menyelit tumbuh!

Sawah Padi di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Kelihatan dengan indah sekali pemandangan sawah padi yang terbentang luas sudah mula menguning.

Sawah Padi di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Alhamdulillah... syukur dan seronok melihat pokok padi yang tumbuh subur dan berbuah lebat hanya menanti masa dan giliran untuk dipotong oleh mesin pemotong padi.

Sawah Padi di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
"Inilah resmi padi, semakin tunduk...semakin berisi"

Sawah Padi di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Pokok padi ini akan dipotong dalam tempoh seminggu lagi. Maka sebelum itu, proses pengeringan petak sawah perlu dilakukan. 

Sawah Padi di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Kesemua air dalam petak sawah ini perlu disedut keluar sehingga kering. Nah! saluran parit kecil yang dulunya digenangi air ini muncul apabila air petak sawah telah kering.

Sawah Padi di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Air yang dibuang dari petak sawah tersebut disalur keluar ke parit besar. Apabila tiba musim buang air, inilah adalah masa terbaik untuk memancing dan menangkap ikan!

Sawah Padi di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Kini kesemua pokok padi sudah tidak lagi digenangi air dan pangkalnya juga telah jelas kelihatan... 

Di parit kecil ini pula akan terkumpulnya ikan-ikan air tawar seperti puyu, sepat, keli dan haruan yang selama ini berenang bebas dicelah-celah rumpun padi. 

Sawah Padi di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Benarlah kata-kata, "sebutir nasi itu hasil keringat peluh petani. Dari padi terhasilnya beras dan dari beras menjadi nasi."

Sawah Padi di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Asyik sebenarnya melihat pokok-pokok padi ni. Eh! Anda perasan tak akan benda warna merah jambu melekat di batang pokok padi tu!

Sawah Padi di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Ada banyak! Apakah bendanya tu? Warnanya sangat menarik dan menyerlah, bagaikan perhiasan pula buat pokok padi. Jom kita lihat lebih dekat lagi...

Sawah Padi di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Inilah rupanya dari dekat. Warna memang menarik! Apakah ia? Ini sebenarnya adalah telur siput! Siput perosak pokok padi yang terkenal tu.. Siput Gondang Emas!

Siput Gondang Emas - Sawah Padi di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Inilah rupa siput gondang emas tersebut. Ianya merupakan makhluk perosak padi dengan menyerang pangkal anak pokok padi sehingga musnah. Namun jika pada tahap sekarang ini ianya tidak menjadi ancaman.

Selalunya pada peringkat 30 hari pertumbuhan anak padi perlu dijaga rapi. Racun pemusnah siput gondang emas ini akan disembur sepanjang tempoh tersebut.

Sawah Padi di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Setelah melihat proses pembuangan air di petak sawah FIL, aku meronda di sepanjang jalan Kampung Sri Tiram Jaya. Kelihatan ada petak sawah yang pokok padinya telah menguning sepenuhnya. Bak hamparan permaidani emas! Usok atau lusa... akan dipotonglah nih!

Terusan Ban Kenal - Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Di hujung kampung inilah terletaknya permulaan terusan pengairan terbesar dan terpanjang di Negeri Selangor. Terusan ini dibatasi dengan ban dan dikenali dengan nama Terusan Ban Kenal. Ianya semakin terkenal apabila sering menjadi lokasi pengambaran drama-drama tempatan.

Terusan Ban Kenal - Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Terusan Ban Kenal inilah yang menjadi nadi pengairan sawah padi utama bagi kawasan Tanjung Karang, Sekincan sehinggalah ke Sungai Besar. Di hujung minggu, ramai juga orang memancing di sepanjang terusan ini.

Terusan Ban Kenal - Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Air dari terusan ini dikawal kemasukannya ke kawasan sawah melalui kunci-kunci air yang terdapat di sepanjang Terusan Ban Kenal. Waktu penanaman padi bermula, kunci air ini akan dibuka untuk menyalurkan air ke kawasan sawah.

Terusan Ban Kenal - Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang
Air dari terusan tersebut akan masuk ke saluran yang dibina khusus untuk menyalurkan air ke petak-petak sawah. Satu sistem pengairan yang sistematik dan amat membantu para pesawah untuk menjalankan penanaman padi secara berjadual.

Bagi warga Lembah Kelang yang berulang alik pulang ke kampung, jalan alternatif sepanjang Terusan Ban Kenal ini kini menjadi pilihan terbaik untuk memintas Bandar Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekincan yang terkenal dengan kesesakannya setiap kali musim perayaan atau cuti panjang di hujung minggu.

Hujung Minggu Yang Jerebu

Itulah aktiviti sepetangku di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang. Hujung minggu yang aman tetapi kurang menyegarkan akibat jerebu yang teruk melanda.

Kemanakah pula anda dihujung minggu yang jerebu?

12 comments - "Sepetang Di Sawah Sempadan Tanjung Karang"

paridah delete icon 10:14

SEKARANG NI PADI DERAH SITU SUDAH MULA MASAK YA...TERINGIN NAK TENGOK VIEW PADI YG MENGUNING EMAS SAUJANA PANDANGAN...INDAH AMAT...SELALU JUGA KE SITU MENCARI IKAN LAUT BAGAN SG.KAJANG..
SYUKUR ALHAMDULILLAH FIL BM DH SEMBUH SEDIAKALA.

Mrs. A delete icon 11:57

Entry ini buat Mrs. A teringat zaman kecik-kecik dulu zaman sekolah rendah emak Mrs. A pun pernah bersawah kongsi dengan sedara dia.

Pastu bila kita orang (adik-beradik Mrs. A) dah balik sekolah akan hantar bekal makan pada mak, ada gak kengkadang tu bergaduh siapa yang nak kena hantar.

Bila petang yang paling seronok ramai orang yang turun ke sawah meriah sangat. Banyak kali jugaklah Mrs. A kena gigit dengan lintah hahhahaaaa berlari keliling batas cari mak minta dia tolong buangkan.

Hurmm.. tinggal kenangan sekarang dah takde sawah. Sawah dah jadi kebun cili dengan kebun jagung.

Terima kasih atas perkongsian.

Pemandangan yang sangat menawan, sungguh jauh mata memandang..

Kat Tg Karang ni memang sudah mula musim tuai padi. Sawah2 cantik menguning. Kalau Kat Sekincan pula tengah mula membesar.
Murah2 ke ikan kat Bagan Sg Kajang tu'?

Kenangan manis yang sungguh indah bila dikenangkan!
Kenapa dah tak usahakan sawah lagi ye?

Tapi... Sedikit terbatas akibat jerebu...huhu

Mrs. A delete icon 10:00

Orang-orang kampung yang rajin bersawah dulu dah tak larat lagi. Ana-anak pulak tak minat nak bersawah, hasilnya lambat kot nak kena tunggu pastu tak berapa nak lumayan :-(

Betul juga tu... Leceh sebenarnya mengerjakan sawah ni dan hasilnya pun tidak berterusan. Setahun hanya dua kali. FIL pun hanya menyambung tradisi dan minat, pendapatan utamanya adalah melalui kebun kelapa sawit.

Tengok suasana kehijauan semulajadi ni membuat mata jadi segar... jiwa pun jadi tenteram... subhanallah walhamdulillah... Allahuakbar.

Betul KK, Sejam berada di situ tak terasa, terlalu kusyuk melihat suasana alam

Gambar pon jadi blur sebab jerebu.

Banyak nya telur siput tu.

BM biar benor? kampung seri tiram jaya tu pun kampung abah saya
area mana rumah PIL BM ni...entah2 bersaudara dak?
rata-rata orang situ ada hubung kait..

arwah nenek saya dulu duduk dekat lorong kubur tu
sekarang pakcik saya dan keluarga dia aje duduk situ
raya aje ke sana sekarang =)

terusan hak yang kat hujung kampung tu kan
ada banyak cite seram kat situ...tak caya tanya FIL BM...hehe

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap