بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Perodua, kini menjadi kuasa besar di dalam industri automotif negara. Menerajui pasaran tempatan sejak lebih sedekad yang lalu kini cuba untuk mengembangkan penguasaannya.

Produk Perodua hanya menumpukan pada model kereta kompak (compact car) dan hanya dalam segmen "hatchback" tetapi kini ia telah melangkah setapak lagi dengan memasuki segmen baru iaitu "sedan".

Model Baru Kereta Perodua Sedan D63D

Dikenali dengan kod D63D, (kod D54T adalah kod untuk Myvi, D46T untuk Alza dan D87A untuk Axia.) Perodua Sedan D63D kini sedang giat dibangunkan oleh para jurutera Perodua bagi merealisasikan kemunculan model sedan pertama mereka.

Perodua juga telah menilai spesifikasi enjin, platform dan transmisi yang ingin digunakan dan ianya sudah pasti adalah dari pemilik saham terbesar mereka iaitu Toyota/Daihatsu.

Dari maklumat awal, rekabentuk Perodua Sedan D63D ini akan direka sepenuhnya oleh jurutera Perodua dan dijangka berada dipasaran pada tahun 2016 atau selewat-lewatnya sebelum tahun 2019.

Permulaan Model Perodua Sedan

Perodua mula dikaitkan dengan model kereta segmen sedan ini apabila memperkenalkan model konsep Perodua sedan Bezza pada KLIMS10 (Kuala Lumpur International Motor Show 2010). Ianya sangat menarik tetapi konsepnya terlalu sukar untuk direalisasikan.

Namun pada KLIMS13 (2013) Perodua memperlihatkan pula model konsep Perodua sedan Buddyz yang lebih praktikal untuk direalisasikan. Ianya memberi petunjuk awal akan perancangan serius Perodua untuk memasuki segmen sedan ini.

Tidak lama selepas model konsep Buddyz, kecoh pula tentang brochure Perodua sedan bernama "Perodua Jaguh", namun ianya ternyata palsu. Jelas sekali model "Jaguh" tesebut hanyalah photoshop model kereta Toyota Etios.

Selepas itu ianya senyap begitu sahaja sehinggalah pada suku pertama tahun ini, ianya mula menjadi bualan kembali apabila Perodua sendiri mengesahkan akan mengeluarkan model sedan pertama mereka.

Perodua Sedan Konsep - Perodua Bezza (2010)
Perodua Sedan Konsep - Perodua Bezza
Perodua Sedan Konsep - Perodua Bezza

Perodua Sedan Konsep - Perodua Buddyz (2013)
Perodua Sedan Konsep - Perodua Buddyz
Perodua sedan konsep - Buddyz
Perodua sedan konsep - Buddyz
Perodua sedan konsep - Buddyz

Perodua Sedan - 'Perodua Jaguh'
Perodua sedan - Jaguh

Variasi Model Perodua

Perodua nampaknya cuba mempelbagaikan variasi model kereta keluaran mereka. Mereka tidak boleh hanya bergantung dan selesa dengan model sedia ada yang amat terhad pilihannya.

Sekarang ini Perodua hanya mempunyai tiga model kereta (Axia, Myvi, Alza) dan untuk jangkamasa panjang, Perodua perlu berani mengeluarkan model baru bagi memenuhi kehendak dan citarasa pelbagai pengguna.

Model kompak sedan adalah pilihan yang tepat kerana sesuai bagi semua golongan dan mempunyai pasaran yang besar di negara ini.

Dengan kemunculan model sedan dari Perodua ini, ianya pasti akan memberi saingan yang sengit pada semua pengeluar kereta terutama Proton yang telah sekian lama menguasai segmen sedan ini.

Satu perkembangan yang akan memeriahkan industri automotif negara serta memberi impak baik dan buruk buat kedua-dua jenama tempatan ini.

Apa pun, kita nantikan berita dan informasi selanjutnya mengenai perkembangan terbaru Model Perodua Sedan D63D ini dari masa ke semasa.


Informasi Terkini Perodua Sedan
Kemaskini: 12 June 2016
Perodua begitu berahsia dalam proses pembangunan dan rekaan setiap model baru mereka. Malah, spyshot juga amat sukar untuk diperolehi berbanding Proton. Adakah ujian hanya dilakukan di dalam kawasan kilang? Sudah tentu ianya tidak praktikal...atau ia dilakukan di luar negara?

Begitu tertutup rapat dan ketat sekali Perodua melindungi model baru mereka daripada terbocor atau terlepas keluar. Ini menyebabkan tiada sebarang berita mengenainya yang dapat dikongsikan, Mungkin ini adalah strategi Perodua yang tidak mahu sesebuah model yang belum pasti kewujudannya mendapat liputan berterusan yang mungkin akan mengurangkan keterujaan orang ramai.

Diam-diam ubi berisi! Walaupun tanpa sebarang spyshot atau informasi perkembangan semasa model Perodua Sedan D63D ini... tiba-tiba sahaja bertebaran spekulasi yang ianya akan dilancarkan tidak lama lagi! iaitu dalam tahun ini juga!

Kereta Perodua Sedan D63D
Perodua Sedan D63D - Mungkinkah namanya nanti Myvi Sedan?

Jika ianya benar! Ia sesuatu yang sungguh mengejutkan kerana Perodua mampu merealisasikan model sedan pertama mereka dalam tempoh yang sungguh singkat! Namun ianya tidak mustahil kerana Perodua di naungi oleh syarikat Automotif yang gah iaitu Daihatsu/Toyota.

Dikatakan model Perodua Sedan D63D ini bukanlah sebuah model kereta sedan bersaiz kecil dalam kategori segmen A tetapi dalam segmen B yang akan bersaing bersama model popular seperti Persona, Vios, City dan Almera. Dijangkakan harganya dalam lingkungan harga Myvi.

Nampaknya Perodua dan Proton akan bersaing sengit dalam segmen ini kerana model baru Persona juga akan dilancarkan pada tahun ini. Semoga ianya satu persaingan yang sihat dan membawa kebaikan dan keuntungan buat pengguna!

Kemaskini: 14 Jun 2016
Akhirnya bocor juga gambar Perodua Sedan D63D ini. Gambar tersebut dikatakan diambil di dalam kawasan kilang Perodua ini dimuat turut di SINI.

Kereta Perodua Sedan D63D

Rekaan yang agak selamat dari Perodua dan sedikit menyerupai model Toyota Corolla Axio. Bahagian hadapan dapat dilihat hasil dari model konsep Buddyz diterapkan. Ianya adalah hasil rekaan keseluruhan luar dan dalam oleh jurutera Perodua.

Perodua Sedan D63D ini dikhabarkan akan menggunakan enjin berkapasiti 1.0L dan 1.3L pada peringkat permulaan dan varian baru 1.5L akan menyusul kemudian. Sudah tentu status EEV (kenderaan cekap tenaga) menjadi keutamaan Perodua dalam setiap model terkini mereka selepas Axia mendapat pengiktirafan tersebut.

Tiada spesifikasi tentang model ini yang diperolehi. Apa yang pasti, ianya akan dilengkapi beberapa ciri-ciri canggih dan terkini dengan tahap keselamatan yang lebih tinggi.

Kemaskini: 12 Julai 2016
Ketahui akan Ciri-ciri, spesifikasi, gambar terkini, harga dan variant Perodua Sedan yang akan dikenali dengan nama Perodua Bezza yang akan dilancarkan pada penghujung Julai ini di sini:

Gambar Perodua Sedan 2016
Berikut adalah gambaran model Perodua Sedan Baru 2016 yang pernah dan boleh anda lihat sebelum ini hasil dari beberapa pakar grafik tempatan sebelum rekaan sebenar tersebar untuk tatapan anda... 

Model Baru Perodua Sedan 2016
Gambaran Perodua Axia Sedan
Model Baru Perodua Sedan 2016
Gambaran Perodua Myvi Sedan
Model Baru Perodua Sedan 2016
Gambaran Perodua Sedan Buddyz edisi lebih realistik
BinMuhammad
Model Baru Perodua Sedan 2016
Model Baru Perodua Sedan 2016
Gambaran Toyota Vios edisi Perodua Sedan
Model Baru Perodua Sedan 2016
Gambaran Perodua Myvi Sedan

20 comments - "Model Baru Kereta Perodua Sedan D63D"

paridah delete icon 22:05

wah hebat nampak produa sedan ni mesti ramai yg minat nk beli.

Usy@M^^ delete icon 10:55

khabarnya per2 masih test enjin n ubah design. bt masa nie per2 masih naik taraf alza,axia n myvi..

Etuza delete icon 11:06

huuu! BM menawan dan tertawan..cantik berkilat...bila fikir bab harga.Apapun kepada yang lain kejap ja tu dapat...beli.

Nampak semakin canggih dan cantik... menariklah...

Mungkinlah akan menjadi model terlaris juga spt Myvi... Kita tunggu kemunculannya!

Ya... Sekarang ini masih di peringkat awal. namun Perodua xboleh ambil masa terlalu lama krn Perodua perlukan model baru krn model sedia ada dah terlalu lama di pasaran kecuali Axia.

Sekarang ni xde kereta yang murah... Beli hanya ikut kemampuan dan keperluan saja lah...

Betul tu... Terasa kereta yg ada sekarang ni macam ketinggalan aman jer walaupun baru beli...

canggihnya.. rekabentuknya setara dengan kereta keluaran luar negara.. siapa sangka ia adalah kereta jenama Malaysia..

wooow kereeen

Menarik jugak ni. Mesti akan menarik perhatian pembeli.

wah...perodua nak kuar sedan plak
tak datang sini...tak tahu pun...hehe
terima kasih share info ye BM...
banyak benda baru dapat tiap kali ke sini =)

boleh atasi rekod myvi yang merupakan hot item perodua tak agaknya
ada salesperson masa nak saya nak beli kereta bebaru ni kata
myvi cam goreng pisang panas sejak ia mula dikeluarkan
tapi saya tak mampu beli pisang goreng jenis tu
mahal sangat! hehe

Zool delete icon 15:31

Mungkin kereta rebadge dari Daihatsu/Toyota seperti MYVI (Toyota Boon/Daihatsu Sirion) atau Daihatsu Mira (Kancil, Viva, Axia) atau Kelisa (Daihatsu Cuore), Kembara (Daihatsu Terrios) dan Kenari (Daihatsu Move)?

Unknown delete icon 13:57

Trbaik dr pero2
Inf dll bleh contac sy 0122681682

Insyallah..sama2 kita nantikan model sedan pertama dari Perodua yang akan keluar tahun ini. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya

https://www.facebook.com/Jual-Kereta-Perodua-Di-Sepang-Salak-Tinggi-Enstek-Labu-KLIA-Kota-Warisan-128935780836258/?ref=bookmarks

keluarla kete byk2 pun. nk apply loan, loan xlepas. haha phuiii

Unknown delete icon 15:41

Perodua Baru Takut Kuat Makan Minyak .Dulu Kelisa SE Auto Lepas Itu Myvi SE Auto Kuat Makan Minyak .Mahal Pulak Tu .Saya Serik Teraniaya . Hampir Tiap2 Hari Isi Minyak Petrol .Mana Boleh Tahan . Berhati2 Tuan2 & Puan2 .

Unknown delete icon 16:57

Buat Apa Kereta Nampak Je Cantik Tetapi Kuat Makan Minyak .Saya Sudah Terkena Saya Bekas JuruEngine Jabatan Laut Selama 37Tahun 4Bulan 26Hari .Sudah Lah Mahal Pulak Tu . Service Kereta Jarak Nya Jauh . Saya Isi Minyak Hampir Tiap -Tiap Hari .Dari Kelisa SE Auto Lepas Tu Myvi SE Auto Sama Je . DVVT Tak Ada Sekarang Ini . Tak Ada Jimat Minyak .Nampak Cantek Tetapi Performent Dan Mantainece Nya Poor . Berhati2 Lah Tuan2 & Puan2 Jgn Tertipu . Kita Kena Lihat Dari Masa Jangka Pangjang . 5Sen Pun Duit Titik Peluh Kita Cari Tuan2 & Puan2 . Terima Kasih ,Thank Q , Rumbu-Rumbu Nandri ,Thank You .

Tanpa Nama delete icon 15:56

kalau isi setakat rm5 mmg la kne isi petrol hari2...kn..hhehehe

Tanpa Nama delete icon 13:00

memang jenis auto kuat makan minyak nya kena tukar manual jer baru boleh jimat

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap