Cara Setup, Daftar & Aktifkan Akaun Google Analytics: Sudahkah anda mempunyai akaun Google Analytics? Walaupun ianya bukan satu kepentingan atau keperluan tetapi bagi sesetengah blogger, ianya satu perkhidmatan yang amat diperlukan.
Apakah itu Google Analytics (GA)? Ia merupakan salah satu perkhidmatan percuma yang memberikan anda informasi dan data report tentang blog/website. Perkhidmatan ini disediakan khas buat semua pemegang akaun Google.
Perkhidmatan Google Analytics ini mengumpul segala data aktiviti di blog anda meliputi statistik jumlah pengunjung blog (unique visitor and pageviews), popular post, lokasi pengunjung, punca trafik, bounce rate dan banyak lagi.
Ianya boleh dilihat mengikut kehendak anda sama ada mengikut pilihan tarikh tertentu, masa (real time, hourly, daily and monthly), jenis peranti, jantina, umur dan pelbagai pilihan lagi.
Malah ianya sangat berguna buat analisis SEO, pemasaran serta merangka strategi dan target. Namun bagi pengguna biasa, data report dan informasi asas pun sudah memadai.
1. Tutorial Setup Dan Daftar Akaun Google Analytics
Bagi blogger yang berminat menggunakan perkhidmatan Google Analytics ini, hanya tiga langkah utama yang perlu anda lakukan. Berikut adalah langkah pertama iaitu panduan untuk setup dan mendaftar akaun Google Analytics anda.1. Login akaun Google anda
2. Sila ke laman berikut: http://www.google.com/analytics/standard/
2. Klik [Sign up] dan anda akan dibawa terus ke laman pendaftaran akaun Google Analytics
3. Isikan maklumat yang diminta seperti contoh di bawah ini
4. Setelah selesai... Klik [Get Tracking ID]
Kini anda sudah berada di laman web Google Analytics. Ini bermakna anda telah berjaya membuka akaun GA.
6. Sila dapatkan nombor Tracking ID - copy atau salin
7. Salin (copy) semua 'script tracking code'
Sekarang anda boleh pergi ke halaman utama admin Google Analytics dengan klik anak panah 'Return to Admin Home' (seperti gambar di bawah)
Sekarang anda sudah berada di halaman utama Admin Google Analytics. Disyorkan supaya anda bookmark halaman ini agar mudah untuk kembali semula ke sini.
Anda dapat lihat ada pelbagai menu. Anda boleh cuba kliknya satu persatu dan lihat apa yang terkandung di dalamnya. Jika faham arahan... bolehlah lakukan setting sendiri namun jika tidak faham... Jangan ubah apa-apa pun.
Sekiranya ingin dapatkan semula nombor Tracking ID dan Script Tracking Code, anda hanya perlu klik menu [Tracking Code] di bawah menu PROPERTY --> JS - Tracking Info
Sekarang ini, jom kita lihat data report serta informasi blog anda... Sila klik menu [Reporting] dibahagian atas sekali.
Kini anda sudah berada di halaman data report dan informasi blog anda. Namun ianya masih tiada sebarang informasi dan data report kerana masih belum lagi diaktifkan untuk mengumpul data dari blog anda.
Belum selesai lagi tugasan anda. Teruskan dengan langkah ke dua.
2. Tutorial Aktifkan Akaun GA Untuk Kumpul Data Blog
Setelah anda mendapatkan Tracking ID dan Script Tracking Code, sila ke halaman Blogger anda. Berikut adalah langkah ke dua iaitu cara untuk mengaktifkan akaun Google Analytics bagi pengumpulan data blog anda.
8. Di halaman Blogger, klik menu [Setting] --> klik [Other]
Anda akan temui satu bahagian khas untuk Google Analytics disebelah bawah sekali.
9. Isikan ruang kotak kosong untuk 'Analytics Web Property ID' dengan nombor Tracking ID Google Analytics anda.
10. Klik [Save Setting] untuk simpan
11. Klik menu [Template]
12. Kemudian klik [Edit HTML]
13. Kini anda berada dihalaman HTML template. Scroll ke bawah untuk cari kod *</head> atau tekan keyboard [CTRL + F] untuk memudahkan carian melalui kotak 'search'.
14. Taip perkataan *</head> pada ruangan kotak Search tersebut dan tekan [ENTER]. Anda akan dibawa terus ke kod *</head>.
15. Sekarang PASTE 'Script Tracking Code Google Analytics' anda di atas kod *</head> tersebut.
16. Klik [Save template] untuk simpan.
Kini anda sudah berjaya mengaktifkan blog anda dengan akaun Google Analytics.
Selesailah sudah cara untuk setup, mendaftar dan mengaktifkan akaun Google Analytics. Bagaimana anda boleh tahu yang akaun anda sudah aktif, berfungsi dan telah mengumpulkan data?
- Apabila masuk ke halaman Reporting GA, anda akan dapati graf untuk Audience Overview sudah wujud. Tunggu dalam sehari untuk melihat data dan informasi yang dikumpulkan.
- Atau.. Sila klik menu [Real Time] di bahagian pilihan menu di sebelah kiri. Anda akan dapati ianya telah berfungsi dan jika ada yang mengunjungi blog anda, ianya akan menunjukkan jumlah pengunjung aktif pada masa tersebut.
3. Tutorial Menggunakan Google Analytics
Untuk entri seterusnya nanti, akan diperlihatkan bagaimana untuk menggunakan beberapa fungsi menu lazim serta data report yang biasa ingin dilihat dan digunakan.Jika anda ingin memahami dengan mudah,,, sebaiknya anda daftar dan aktifkan dulu akaun Google Analytics supaya telah ada data terkumpul, maka anda boleh melihat dan melakukannya sendiri nanti.
p/s: Harap tutorial ini mudah difahami... Almaklumlah, membuat tutorial ni bukan kepakaran BM... sekadar memenuhi permintaan. Jika kurang faham, sila ajukan pertanyaan...
18 comments - "Cara Setup & Aktifkan Akaun Google Analytics"
Nice tutorial, mudah difahami dan senang diikuti
Asalam BM..sangat hebat, perkongsian yang banayk manfaat, akan belajar apa maksud tu ya..
unik blog BM sama uniknya blogger HH juga ..amazing ..terasa amat dalam ilmu blogger kedua2 blogger ini tahnia
Memang terbaik penerangan dari BM..:)
Assalammualaikum...BM,
Terima kasih BM atas perkongsian ilmu nie...
mselim3
terima kasih perkongsiaan ini..kena buat ulangkaji baru fhm..
Besar pahala awak sebab share kan benda ni!! Ya Allah saya doaka nsmeoga awak diberkati Allah SWT selalu.
Harapnya begitulah... Kalau sukar nak faham, sia-sia jer tutorial ni...huhu
Waalaikumsalam cikgu...
Banyak informasi blog dari GA yg boleh kita dapat. Cubalah...
HH adalah sifu, saya hanya blogger picisan. Kalau ilmu asas tu bolehlah. Macam langit dan bumi kalau dibandingkan dgn kehebatan pengetahuan serta pengalaman HH
Harap-harap ianya mudah diikuti dan difahami
Waalaikumsalam mselim,
Terima kasih sudi singgah... mselim sudah tentu punya akaun GA kan...
Cubalah lihat prestasi blog akak melalui GA. Macam2 informasi boleh dilihat!
Harap ianya berguna dan dapat mengatasi masalah yg anda hadapi ya!
Bagusnya tutorial ni. Saya rasa setting yang saya pakai ni tak betul sebab main buat jer. Nak kena check balik nih. Thanks BM.
Semoga ianya membantu... Kalau xberjaya, PM ya
aiza tak pasti sama ada pernah aktifkan google analytic ini atau tak..
akhirnya! dah berzaman saya tanya soklan ni pada BM
baru ini dapat jawapan
saya tak tahu camne nak letak code tu aje
ok...dah letak dah...hehe
terima kasih...steps yang mudah difahami =)
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum