Akhirnya baru Toyota mendedahkan secara rasmi model kereta ikon terbaru mereka iaitu 2016 Prius Hibrid Generasi ke-4 yang menjanjikan sebuah kenderaan penuh dengan teknologi terkini, lebih penjimatan minyak serta pemanduan dinamik yang akan terus menerajui segmen tersebut.
Kereta hibrid merupakan pilihan terbaik masa kini untuk kelebihan penjimatan minyak dan pengurangan pencemaran udara. Toyota telah menerajui segmen kenderaan hibrid ini sejak hampir dua dekad yang lalu.
Pengenalan model hibrid komersial pertama melalui model Prius pada tahun 1997 di Jepun dan tahun 2000 diseluruh dunia telah menjadi satu fenomena dan ikutan oleh pengeluar kenderaan lain.
Sehingga Julai 2015, keseluruhan model Toyota Prius telah terjual sebanyak 5.2 juta unit mewakili 65.4% dari jumlah 8 juta kenderaan hibrid diseluruh dunia. Tidak dinafikan lagi bahawa Toyota Prius adalah model kereta hibrid paling popular dan berjaya.
2016 Prius Hibrid Generasi ke-4
Toyota mendakwa, enjin Prius 2016, Generasi ke-4 ini lebih berkuasa, efisyen dan penjimatan minyak lebih 10% disamping penggunaan komponen dan bateri hibrid yang lebih tahan lama tetapi kecil dan ringan.Rekabentuk Toyota Prius terbaru ini pula jelas sekali amat moden dan "futuristic". Ia direka sedemikian rupa agar dapat mengurangkan rintangan dan geseran udara agar lebih efisyen. Casis barunya pula 60% lebih tegap dengan pusat graviti yang lebih rendah telah meningkatkan elemen kestabilan dan keselesaan.
Dari segi aspek keselamatan, Toyota Prius 2016 ini dilengkapi dengan sistem terbaru dan terkini seperti lane departure alert, pre-collision system, dynamic radar cruise control, automatic high beam dan the Europe-exclusive road sign assist.
Ianya juga kini lebih 60 mm panjang, 15 mm lebar and 20 mm rendah berbanding Prius Generasi ke-3. Ini bermakna, model baru ini menawarkan ruang kabin yang lebih luas untuk penumpang serta lebih ruang untuk bahagian bonet.
Bahagian dalaman juga mendapat sentuhan baru dengan rekaan 'dashboard' yang moden, kemas, simple tetapi sangat mesra pengguna disamping penggunaan material yang berkualiti tinggi.
Mungkin bagi sesetengah orang akan melihat rekaan Toyota Prius terbaru ini agak pelik dan janggal. Namun jika ianya didepan mata pasti mengundang tarikan. Terlalu subjektif untuk menilai. Adakah ini akan menjadi gambaran awal rekabentuk kenderaan masa akan datang?
Kereta hibrid ini memang menjadi pilihan ramai namun oleh kerana tanda harganya yang terlalu tinggi telah menjadikan ianya sebuah kenderaan mewah yang hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu.
Harga model kereta Toyota Prius sekarang ini adalah dalam lingkungan RM210K dan jika model terbaru ini memasuki pasaran sudah tentu harga akan lebih mahal. Nampaknya... tengok sajalah
Galeri Toyota Prius 2016
Berikut adalah gambar Toyota Prius Terbaru 2016 (Generasi ke 4) ini. Anda nilailah sendiri dan adakah ianya menarik dan menepati citarasa anda? Bagaimana pendapat anda?sumber: paultan.org
Toyota Prius Prime
Toyota baharu sahaja memperkenalkan variant terbaru Prius iaitu Toyota Prius Prime yang menggunakan kuasa hibrid bersama pengecas elektrik (plug-in hybrid - PHEV).Menariknya, Prius Prime ini bukan sahaja menampilkan varian berbeza tetapi rekaan luaran dan dalaman juga mendapat sentuhan yang berbeza yang menjadikan rekaan Prius Prime tampak lebih hebat dan elegan berbanding Prius.
Prius Prime masih menggunakan enjin yang sama iaitu 1.8 litre Atkinson-cycle VVT-i bersama twin electric motors. Menurut laporan, kuasa enjin telah ditingkatkan dari 97 hp (142 Nm) kepada 105 hp (147 Nm) manakala motor elektrik yang memberi kuasa tambahan juga meningkat dari 71 hp kepada 90 hp,
8.8 kWh lithium-ion battery di dalamnya juga berganda dan mampu memecut sehingga 135 km/h hanya dalam mode EV sejauh lebih 50 km – Ini menyaksikan peningkatan berganda berbanding model PHEV sedia ada.
Paling menarik adalah penggunaan minyak yang hanya memerlukan 1.4 litres untuk 100 km! Satu angka yang amat menakjubkan! Pelepasan CO2 juga hanya 32 grams per kilometre! Toyota Prius Prime merupakan kenderaan masa kini yang paling menjimatkan dan mesra alam!
Untuk informasi dan galeri gambar yang lebih detail, sila ke link berikut:
Note : Kereta hibrid merujuk kepada kenderaan yang menggunakan lebih dari satu sumber kuasa iaitu tidak bergantung kepada kuasa bateri (elektrik) atau petrol semata-mata tetapi juga enjin pembakaran dalaman yang memacu generator untuk membekalkan elektrik dan juga untuk pemanduan secara langsung. Secara am, kereta hibrid menggunakan lebih daripada satu sumber tenaga untuk mengerrakkan kenderaan.
8 comments - "Toyota Prius Hibrid Terbaru 2016 (Generasi ke-4)"
cantiknya toyota hibrid ni efesien n futurstik tapi mahal sgt pula ya...
hurmmm, cantiknya, mampu tengok jelah
cantik rupa..cantik juga harganya
tumpang baca je la ;)
Harganya cantik menawan juga. Hehehehe..
Nampaknya begitulah... Kereta yang bagus, efisien, jimat minyak tetapi... mahal, huhu
Maaf kalau saya cakap pandangan sendiri kat sini... bagi saya rekabentuknya terlalu canggih. Sekali tengok mengingatkan saya kpd Iron Man huhu. Mungkin tak kena dgn mata sayalah.. :) :)
Mmg cantik.. harga pun cantik.. 1.6 ke 1.8 ek.. =D
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum