بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Perkongsian Topik (Niche) Blog Paling Popular Untuk Trafik Tinggi

Walaupun tajuk entri ini Perkongsian Topik (Niche) Blog Untuk Trafik Tinggi namun ia sebenarnya adalah sambungan dari entri sebelum ini iaitu: Perkongsian Topik (Niche) Blog Paling Popular.

Terdapat 12 senarai topik (niche) blog paling popular dan 6 daripadanya telah disenaraikan - (klik SINI untuk senarai 1 ~ 6), maka di sini disenaraikan sambungannya sebanyak 6 lagi topik (niche) blog paling popular bagi meningkatkan trafik blog..

Perkongsian Topik (Niche) Blog Paling Popular Untuk Trafik Tinggi 

7. Hobi Dan Kerjaya

Topik (Niche) Blog Untuk Trafik Tinggi - Hobi Dan Kerjaya

Perkongsian topik berkaitan hobi dan minat seperti menjahit, menghias, kraftangan, dekorasi, seni kreatif, penulisan, pertanian dan sebagainya ini amat berkesan untuk meraih trafik yang baik dan berterusan.

Begitu juga dengan kemahiran dalam sesuatu bidang pekerjaan atau kerjaya. Melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman dan aktiviti ianya pasti menarik minat golongan sealiran.

Malah perkongsian hobi dan kerjaya ini bukan sahaja menjadi rujukan bagi mereka yang mempunyai minat atau bidang yang sama tetapi juga kepada mereka yang ingin mendalami, menimba ilmu serta belajar tentang perkara tersebut.

Ilmu dan kemahiran yang dikongsi pula umpama jariah berpanjangan untuk pengetahuan, panduan dan kebaikan orang ramai.

Topik sebegini amat disyorkan kerana amat mudah dikarang berikutan ianya berkaitan dengan apa yang anda minat, tahu, mahir dan punya pengalaman melakukannya.

8. Kesihatan Dan Gaya Hidup

Topik (Niche) Blog Untuk Trafik Tinggi - Kesihatan Dan Gaya Hidup

Apabila ianya berkaitan sesuatu topik yang berkait dengan kehidupan, ianya sesuatu yang dekat dengan kita semua.

Perkongsian tentang kehidupan harian, penjagaan diri dan anak-anak, kekeluargaan, hubungan, penampilan serta fesyen menjadi topik yang sentiasa ingin diketahui sebagai panduan untuk peningkatan dan kebahagiaan hidup.

Perkongsian kisah serta pengalaman hidup ini menjadi pedoman buat mereka yang memerlukan.

Begitu juga dengan perkongsian maklumat kesihatan serta penjagaan kesihatan melalui pelbagai informasi, petua, kaedah serta teknologi sentiasa diperlukan kerana semua orang mahukan tubuh badan yang sihat.

9. Makanan dan Resepi

Topik (Niche) Blog Untuk Trafik Tinggi - Masakan Dan Resepi

"Makan untuk hidup" Ya... Tiada siapa yang hidup tanpa makan. Oleh itu makanan adalah benda yang sangat penting dan diperlukan dalam kehidupan ini.

Maka, tiada siapa yang dapat menafikan bahawa makanan dan resepi ini adalah topik (niche) paling popular dan menjadi sumber trafik yang paling mudah untuk mendapatkan jumlah trafik yang tinggi.

Makanan pula ada pelbagai jenis mengikut lokasi, bangsa, budaya, agama dan juga aplikasi. Dari makanan tradisional hinggalah moden. Tidak terbilang banyaknya.

Begitu juga untuk memenuhi citarasa manusia yang berbeza-beza dan berubah-ubah, maka terdapatnya pelbagai menu dan resepi yang tidak pernah berakhir evolusinya.

Semua ini umpama satu sumber entri yang tidak akan pernah berakhir. Begitu juga dengan jumlah pembaca dan pengunjung yang akan sentiasa berterusan tanpa had dan sempadan.

10. Melancong Dan Mengembara

Topik (Niche) Blog Untuk Trafik Tinggi - Melancong Dan Mengembara

Satu topik (niche) yang amat disukai ramai sama ada penulis mahupun pembaca. Ianya umpama lokasi-lokasi menarik yang sentiasa menjadi tumpuan begitulah juga perkongsian topik (niche) ini yang akan menerima kunjungan dan trafik berterusan.

Kunjungan dan trafik ini akan berterusan tanpa had dan sesekali akan meningkat mendadak pabila tiba musim-musim tertentu.

Selain dari informasi serta gambar yang menjadi bahan utama carian, pengalaman dan tip-tip melancong atau mengembara ini juga amat didambakan oleh ramai orang.

Namun segala informasi mestilah lengkap dan terkini agar setiap apa yang dikongsikan kekal sebagai perkongsian yang relevan pada masa kini.

11. Panduan Dan Rujukan

Topik (Niche) Blog Untuk Trafik Tinggi - Panduan Dan Rujukan

Ini adalah perkongsian topik (niche)yang paling biasa dikongsikan oleh para blogger. Pertamanya adalah panduan, tip, teknik serta ilmu pengetahuan tentang blogging. Ianya tidaklah mampu memberi trafik yang mendadak dan terlalu tinggi tetapi akan berterusan tanpa had selagi ianya relaven.

Selain itu perkongsian panduan, tip serta kemudahan seperti rujukan mengisi borang, rujukan laman website kerajaan, teknik menjawab soalan, jadual, contoh-contoh dan sebagainya yang berkaitan informasi rujukan selalunya akan menjadi bahan carian yang amat tinggi di enjin carian.

Pada masa-masa tertentu ketika ianya diperlukan, topik (niche) sebegini mampu memberi trafik yang sangat tinggi.

12. Politik

Topik (Niche) Blog Untuk Trafik Tinggi - Politik

Walaupun ada kalanya ia dilihat sebagai sesuatu isu yang sensetif tetapi tiada siapa dapat menafikan bahawa topik (niche) politik ini sentiasa mendapat perhatian dan menjadi bahan carian yang tinggi di enjin carian.

Perkongsian topik (niche) politik ini agak berisiko kerana agak sukar untuk berada di atas pagar dan selalunya pasti akan berpihak lebih pada sebelah pihak.

Tambahan pula sekarang ini, jika sedikit emosi atau keterlaluan dalam mengeluarkan pandangan pasti akan mengundang padah. Anda boleh didakwa!

Namun jika anda bijak dan hebat dalam arena politik, ternyata topik (niche) ini mampu memberi pulangan trafik yang tinggi serta mempunyai pengikut yang ramai.

Meraih Trafik Yang Tinggi

Salah satu matlamat blogger adalah untuk meningkatkan trafik blog agar mencapai apa jua tujuan yang disasarkan. Semoga dengan perkongsian topik (niche) blog yang popular ini dapat membantu anda mengenal pasti apakah yang sesuai dan bertepatan dengan kemahiran serta pengetahuan anda.

Terlebih dahulu, ingin dinyatakan bahawa setiap topik (niche) yang disenaraikan ini hanyalah pendapat melalui pengalaman peribadi dan mungkin ianya tidak benar dan betul mengikut pandangan anda.

Ianya juga tidak akan menjanjikan kejayaan seratus peratus berikutan terdapatnya beberapa faktor-faktor lain yang juga memberi pengaruh yang besar untuk mendapatkan trafik yang tinggi.

Namun paling tidak dapat dinafikan adalah sumber trafik utama blog itu datangnya dari enjin carian (biasanya lebih 70 peratus). Maka tiada cara lain selain dari berada dikedudukan terbaik di SERP melalui topik (niche) popular yang dapat menjamin perolehan trafik yang tinggi.

Akhir Kata

Jangan pula terlalu ghairah untuk memonopoli semua topik dan (niche) popular ini kerana nanti anda akan lelah sendiri dan akhirnya terbitlah entri copy paste dan tidak berkualiti. Ini akan merendahkan kreadibiliti anda sebagai blogger yang bagus dan berpendirian.

Pilihlah hanya topik (niche) yang anda mahir, tahu dan minat agar ianya dapat disampaikan dengan berkualiti dan tepat serta dengan cara dan gaya tersendiri. Anda juga pasti akan seronok dan ikhlas melakukannya tanpa sebarang tekanan dan keraguan.

Selain dari itu, jika anda berkebolehan dan punya banyak informasi dalam sesebuah topik atau niche adalah lebih baik anda wujudkan satu blog khas berkaitan topik (niche) tersebut dari dicampur adukkan di dalam blog peribadi.

Be Different Be Yourself

Apa pun akhirnya segalanya ditangan anda. Blog anda adalah hak anda dan cara anda, tiada siapa mampu mempertikai dan menghalangnya tetapi jadilah diri anda sendiri melalui cara dan gaya tersendiri dan bukannya sama seperti orang lain.

Akhir kata, Bak komen 'daftar trafik unify' di entri INI - "ada pembaca setia + trafik seo + trafik dari rakan blogger itu yg best"... Ya! Itu yang terbaik dan semua blogger mahukannya! Semoga anda semua akan berjaya mendapatkannya, InsyaAllah...

32 comments - "Perkongsian Topik (Niche) Blog Untuk Trafik Tinggi"

Berminat jika ada niche sendiri...tp x berapa pakar sgt

Etuza delete icon 10:27

tidak dinafikan semuanya menaikkan trafik blog ikut genre tu BM, kyword yg digunakan juga memainkan peranan penting untuk reader klik catatan blog kita. Perkongsian yg terbaik tahniah..kita teruskan usaha.

mselim3 delete icon 10:59

Assalammualaikum... BM,

terima kasih BM... perkongsian yang menarik. Boleh dibuat rujukan buat untuk niche .. supaya traffik boleh mantop...

mselim3

terima kasih di atas perkongsian mengenai topik niche blog untuk trafik tinggi ini.. setakat ini blog aiza masih kategori blog peribadi dan tiada niche yang spesifik..

Mesti ada sesuatu yg anda minat dan mahir... Kongsikanlah :)

Bermain keyword ni biasanya buat mereka yg mempunyai target tertentu. Jika keyword popular pasti masyuk trafiknya.

Waalaikumsalam sahabat,
Semoga berguna buat mereka yang memerlukannya.

Selalunya blog peribadi sama seperti blog ini, tiada niche spesifik cuma tidaklah segala topik nak dikongsikan...

Saya fokus nombor 8...semoga trafik semakin tinggi

InsyaAllah, jika kena dengan kata kuncinya...memang menderu trafik masuk!

Blog saya memang rojak habis..hehe

Unknown delete icon 23:27

Perkongsian yang sangat berinformatif..mana tahu lepas ni MV nak buat blog baru pula....thanks BM

trafik tinggi adalah idaman saya sejak dari dulu lagi

@Hero Borneo, itu sepertinya bukan harapanmu saja lah. Harapan setiap blogger itu. heheh

ada sesuatu yang menarik dan kongsikan, sesuatu yang kita suka.

Thanks for sharing BM. Kena usaha keras lagi untuk dapatkan trafik yg lebih tinggi.

Politik klu terbabas boleh memudaratkan juga kan... share ttg gaya hidup je lah...

bab masakan tu saya tak nafikan
saya hanya kongsi dua resipi di blog saya
itulah entry yang paling hot sepanjang masa
malahan pageview dia menandingi entry lain

saya masih belajar bebenda gini
try and error...apapun terima kasih untuk perkongsian ye BM

Unknown delete icon 22:29

dulu campur je . sekrg sdg buat pengkhususan pd blog2 ... heheheee

Dulu ambe berblog tanpa niche.
Kali ni cuba untuk buat parenting pulak. Tapi tak tersenarai dalam the most wante dla kot. Hehehe...saja cuba ubah haluan.

masih tercari-cari niche lagi....huhuhu....

Namun sesuailah dengan tajuk blog: Sentiasa Panas!

Ilmu yang sedikit dikongsi bersama...

Ya bener... Apalah makna wujudnya blog tanpa trafik...hoho!

Itulah yang sepatutnya agar kita sendiri seronok dan pembaca pun puas hati

Semoga lebih berjaya... usaha tangga kejayaan!

Betul tu KK... Kalau boleh saya pun cuba elakkan...

InsyaAllah...Ada usaha pastikan jaya! Dah nampak peluangnya tu cuma perlu usaha sikit lagi kearah yg anda minati.

Wah! Macam ada banyak blog jer! Semoga berjaya!

InsyaAllah... Ramai blogger niche parenting yang berjaya! Ikutlah cara mereka tetapi dgn gaya tersendiri...

Semoga berjumpa apa yg dicari-cari... Goodluck! :)

Terima lasih atas perkongsian..masih mencari identiti blog

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap