Telekung Rekaan Reehans Pilihan Muslimah: Apakah yang dimaksudkan dengan telekung? Telekung merupakan rekaan pakaian khusus untuk kaum wanita Islam (muslimah) dan hanya diguna pakai pada waktu mengerjakan solat.
Menurut kamus dewan edisi ke-4, telekung bermaksud kain selubung untuk menutup tubuh perempuan ketika bersembahyang. Telekung secara khususnya terdiri dari dua helai pakaian iaitu tudung dan kain.
Walaupun telekung bukanlah pakaian wajib untuk dipakai muslimah ketika mengerjakan solat tetapi ianya berfungsi sebagai salah satu pakaian penutup aurat yang sempurna bagi memenuhi salah satu syarat sah solat buat kaum muslimah.
Kalau tak silap, telekung dulu-dulu ada anak tudung untuk memastikan kesemua rambut dibahagian atas tertutup. Telekung sekarang sudah dipermudahkan, sudah tiada lagi anak telekung.
Namun kini, telekung sudah ada pilihan warna, fesyen dan perbagai hiasan. Cuma tidak ada lagi yang berwarna warni (pelbagai warna atau berbelang-belang)... agaknya lah, sebab belum lagi terlihat di depan mata ini.
Rekaan telekung masa kini juga kelihatan semakin menarik dan pelbagai namun selagi ianya bernama telekung, ia tetap terikat dengan tujuan serta fungsi asalnya iaitu mesti memenuhi syarat sah solat dengan menutupi seluruh aurat wanita kecuali muka dan tangan.
Dalam keghairahan membuat pilihan pelbagai jenis rekaan telekung yang menarik dengan penampilan rekaan serta hiasan sulaman yang indah, janganlah pula sampai terlepas pandang sehingga tidak menyedari sehingga terpilih corak pada telekung yang tidak mengikut syariah.
Paling penting adalah mengerjakan solat... Telekung yang cantik kalau disimpan tidak berguna juga.
Maklumlah, jika dilihat pada cara dan fesyen pakaian orang perempuan dulu-dulu, memang tidak sesuai untuk diguna pakai terus untuk bersolat. Malah kesedaran untuk memakai tudung juga tidak seperti sekarang.
Maka, telekung adalah jalan penyelesaian terbaik dan ianya terus digunakan sehingga kini dan mungkin selamanya.
Kenapa pula BM cerita pasal telekung nih!? Saja jer nak promo kerana sekarang ni sedang hangat Contest SEO terkini 'Telekung Reehans Pilihan Muslimah' anjuran Sifu Blogspot iaitu HasrulHassan.Com. Hadiahnya amat lumayan...
Nak tahu lebih lanjut, sila singgah ke laman ini: http://www.hasrulhassan.com/2015/08/kontest-seo-telekung-reehans-pilihan-muslimah.html. (hantar penyertaan sebelum 15 Sept. 2015)
p/s: Harap Maklum! entri ini hanya promo bukan entri penyertaan yer... Sekadar menguji SEO Blog yang wujud tak sampai sebulan ini.
Evolusi Telekung
Kalau dulu-dulu, telekung hanya menggunakan kain putih dan paling hebat pun hanya dihiasi sulaman berbenang putih. Teringat telekung mak yang kelihatan hitam bertahi lalat akibat basah air wuduk terutama tudung telekung dibahagian kepala.Kalau tak silap, telekung dulu-dulu ada anak tudung untuk memastikan kesemua rambut dibahagian atas tertutup. Telekung sekarang sudah dipermudahkan, sudah tiada lagi anak telekung.
Namun kini, telekung sudah ada pilihan warna, fesyen dan perbagai hiasan. Cuma tidak ada lagi yang berwarna warni (pelbagai warna atau berbelang-belang)... agaknya lah, sebab belum lagi terlihat di depan mata ini.
Rekaan telekung masa kini juga kelihatan semakin menarik dan pelbagai namun selagi ianya bernama telekung, ia tetap terikat dengan tujuan serta fungsi asalnya iaitu mesti memenuhi syarat sah solat dengan menutupi seluruh aurat wanita kecuali muka dan tangan.
Memilih Telekung
Selain dari itu, rekaan telekung juga perlu mengambil kira kesesuaian dan keselesaan muslimah ketika melakukan pergerakan semasa solat. Ianya juga mestilah mudah dipakai dan ditanggalkan. Malah kini, jenis fabrik juga perlu diambil kira agar tahan lama, lasak dan selesa dipakai serta mudah dicuci.Dalam keghairahan membuat pilihan pelbagai jenis rekaan telekung yang menarik dengan penampilan rekaan serta hiasan sulaman yang indah, janganlah pula sampai terlepas pandang sehingga tidak menyedari sehingga terpilih corak pada telekung yang tidak mengikut syariah.
Paling penting adalah mengerjakan solat... Telekung yang cantik kalau disimpan tidak berguna juga.
Muslimah Dan Telekung
Telekung sememangnya dicipta khusus untuk kaum muslimah. Tidak pasti bagaimana pemakaian telekung bermula tetapi mengikut pada rekaannya, ianya seperti jubah dan tudung dari negara Timur Tengah yang diubah suai mengikut kesesuaian penduduk Nusantara untuk digunakan ketika solat.Maklumlah, jika dilihat pada cara dan fesyen pakaian orang perempuan dulu-dulu, memang tidak sesuai untuk diguna pakai terus untuk bersolat. Malah kesedaran untuk memakai tudung juga tidak seperti sekarang.
Maka, telekung adalah jalan penyelesaian terbaik dan ianya terus digunakan sehingga kini dan mungkin selamanya.
Antara rekaan telekung pilihan muslimah masa kini - Telekung Reehans |
Kenapa pula BM cerita pasal telekung nih!? Saja jer nak promo kerana sekarang ni sedang hangat Contest SEO terkini 'Telekung Reehans Pilihan Muslimah' anjuran Sifu Blogspot iaitu HasrulHassan.Com. Hadiahnya amat lumayan...
Nak tahu lebih lanjut, sila singgah ke laman ini: http://www.hasrulhassan.com/2015/08/kontest-seo-telekung-reehans-pilihan-muslimah.html. (hantar penyertaan sebelum 15 Sept. 2015)
p/s: Harap Maklum! entri ini hanya promo bukan entri penyertaan yer... Sekadar menguji SEO Blog yang wujud tak sampai sebulan ini.
21 comments - "Telekung Rekaan Reehans Pilihan Muslimah "
Ya lah sekarang telekung dah ada macam-macam colour.
Kain pun dari macam-macam jenis ada lycra ada cotton.
Tapi tujuannya adalah sama menutup aurat untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah yang satu. Telekung kat atas ni first time Mrs. A tengok rare bak kata anak Mrs. A. :-)
cantik nyer..saya sendiri pun tak berganti telekung dari sejak 9 thn lepas pakai telekung hantaran jek..hehehe..syg plak nak tukanr sebab elok lagi :)
Huhu..ade contest rupanya..peluang2..
Betul tu, telekung cantik bukan pun dipandang Allah SWT... Yg utama adalah keikhlasan menunaikan solat iaitu tanggungjawab rukun islam ini.
Baru atau lama tidak bezanya di sisi Allah SWT. Elok sangatlah...jangan membazir... :)
Inilah masa utk menguji ilmu SEO anda... Semoga Jie berjaya!
TELEKUNGNYA CANTIK TENTU MENYELESAKAN DIPAKAI...
Good luck BM. Dah lama tak ke sini sbb bloglist lupa nak update link BM yg baru.
Macam2 jenis telekung skang nih. Kalerful plak tu ☺
Telekung sekarang banyak banyak sudah diberi nafas baru. Namun yang menutup aurat dengan sempurna tetaplah lejen...
semoga berjaya BM . baru tahu ada kontest , seo lagi ... klu join mmg kalah punya kecuali bm nak bagi laluan ... hehheeee
tengok gambar pun dah tau selesa kain tu/ semoga berjaya dalam kontes telekung reehans pilihan muslimah!
Tak masuk bertanding...sekadar entri promo jer... :)
Semoga berjaya buat anda.
Dah bagi laluan ler ni... Saya xhantar penyertaan! Sekadar entri promo je.
Hah... apa lagi, joinlah ye... :)
Cantik design telekung ni.
Boleh mengatasi masalah kain terselak disebabkan angin atau pergerakan sendiri. :)
Salam buat BM, moga ceria hendaknya. Artikel yang cukup sempurna, yakni Telekung Reehans Pilihan Myslimah. Semoga berjaya bro.., BM.
Tak masuk bertanding lah bro. Entri promosi dan suka2 jer.
Terima kasih singgah :)
ramai ya blogger dah buat entry hal telekung Reehans ni..rasanya laris ni..telekung kanak2 pun ada.Templete BM lain baru ke ni..lebih mudah nak loading..bagus ni..
Pakai lah telekung macam mana pun , asalkan mematuhi syariat supaya ibadah kita diterima oleh-Nya
Comel tengok terutama budak-budak menggunakan telekung untuk solat.
Yang penting solat
Aiza suka telekung traditional colour putih.. Semarang mudah nak cari telekung untuk kanak-kanak..
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum