Pokok Keladi Hiasan Penyeri Halaman & Taman: Sempena cuti Hari Kemerdekaan baru-baru ini, sempatlah juga pulang bertandang ke kampung halaman MIL. Bagi mereka yang dulunya sering mengikuti blog Relaks Minda pasti telah mengetahui lokasi kampung MIL.
Sebelum ini telah banyak dikongsikan tentang kisah dan gambar pokok-pokok bunga dan ulam-ulaman yang ditanam mahu pun yang tumbuh sendiri di sekeliling rumah MIL.
Itulah untungnya tinggal di kampung di mana segala jenis pokok boleh ditanam dengan mudah kerana kawasannya yang luas berbanding rumah di kota.
Pokok-pokok bunga MIL masih elok terjaga dan semakin bertambah. Jika dulu hanya pokok-pokok bunga unik dan asli yang biasa tumbuh di kampung tapi kini sudah mula menambah koleksinya dengan bunga-bunga yang dibeli dari 'plant nursery'.
Namun MIL cukup memilih orangnya. Hanya bunga-bunga tertentu yang unik sahaja menjadi pilihan. Satu lagi, beliau juga cukup minat menanam kaktus. Kini sudah ada pelbagai jenis kaktus menjadi hiasan di sekeliling rumah.
Pokok Keladi Liar
Entri kali ini bukanlah hendak memperlihatkan koleksi bunga-bunga terbaru MIL tetapi sebaliknya memperlihatkan pelbagai jenis pokok keladi hiasan yang tumbuh meliar di sekeliling rumah.Ada diantaranya telah diubah MIL ke dalam pasu tetapi kebanyakannya dibiarkan saja meliar di tanah. Ada juga jenis keladi yang boleh dimakan turut tumbuh.
Pelbagai jenis dan spesis pokok keladi hiasan tumbuh meliar di sekitar rumah MIL. Sangat cantik dijadikan hiasan penyeri halaman dan taman. Anda tataplah sendiri... Nak sebut nama satu-persatu tidak tahu, maka anda namakanlah sendiri ye...
1. Jenis pokok keladi berurat putih ini antara yang banyak tumbuh meliar. Daunnya tidak berapa besar, lebih kurang sebesar tapak tangan.
Keladi hiasan tetapi tumbuh meliar di sekeliling rumah dan kebun |
2. Ini pula merupakan spesis pokok keladi yang paling banyak sekali tumbuh. Hampir di sekitar rumah dan kebun ada. Daunnya boleh membesar lebar jika berada di tempat yang cukup cahaya dan bajanya.
Tumbuh sendiri dengan banyaknya! Melata menutupi tanah! |
3. Daun keladi putih berurat hijau ini sangat cantik sekali. Daunnya juga lebar. Malangnya, tidak banyak spesis pokok keladi ini yang tumbuh.
Walaupun serumpun tetapi warna putih pada daunnya ada yang penuh dan ada pula yang sedikit. |
4. Ini juga antara spesis pokok keladi yang banyak tumbuh melata di sekitar rumah dan kebun. Daunnya hijau berbintik putih, kuning dan merah. Sesetengah tempat daun hijaunya kelihatan berwarna sedikit kekuningan. Mungkin disebabkan perbezaan mineral.
5. Spesis pokok keladi yang boleh dimakan batang dan ubinya. Selain dari tumbuh meliar, ada juga yang memang sengaja dibiakkan oleh MIL.
6. Ada yang menggelarnya keladi gajah, mungkin kerana saiznya yang besar. Jika di bandar, ianya memang menjadi pokok hiasan laman yang ekslusif tetapi kat kampung ini pula, ia hanya tumbuh meliar di belakang jamban!
7. Satu lagi spesis pokok keladi yang sangat cantik. Biasanya mesti tanam dalam pasu tetapi tumbuh sendiri di pinggir rumah. Bentuk daun dan jalur uratnya sungguh menyerlahkan kecantikan spesis keladi ini.
8. Ini salah satu spesis pokok keladi yang telah diubah ke dalam pasu. Warna daunnya yang merah dan berurat hijau sungguh mempersonakan sekali. Daunnya mempunyai sedikit bintik-bintik putih tetapi tidak begitu menyerlah.
9. Ini antara spesis pokok keladi yang biasa di tanam oleh orang-orang bandar. Bentuk daun dan warnanya begitu memikat hati. Mungkin baru sahaja dipindahkan ke pasu, sebab tu baru hanya ada dua helai daun.
10. MIL kata ini namanya pokok keladi batik berikutan corak daunnya yang seperti corak batik. Spesis ini juga tidak banyak yang tumbuh. Ianya sangat cantik dan kalau jual ni, ada harga...hehe.
11. Spesis pokok keladi yang hampir sama seperti No.2 di atas tetapi tompok putihnya sangat sedikit. Mungkin sebab cahaya, baja dan mineral.
12. Antara spesis pokok keladi yang menarik perhatian dan unik. Ianya juga tidak banyak tumbuh. Kalau tanam dalam pasu dan diberi baja, mesti lagi menarik apabila daunnya membesar dengan lebar!
Warna putih yang menjadi sempadan pemisah antara warna hijau dan merah menyerlahkan keunikannya! |
13. Satu lagi spesis pokok keladi berurat merah. Hampir sama dengan no. 11 tetapi bezanya teramat sedikit bintik putihnya.
14. Hampir sama dengan spesis no. 12 cuma tiada warna putih yang menjadi sempadan pemisah warna merah dan hijau. Unik betul spesis-spesis keladi ni. Nampak sama tapi tak serupa!
15. Spesis pokok keladi ini pula sangat kecil. Daunnya hanya selebar ibu jari kaki! Ianya tumbuh sekelompok sekelompok di dalam kebun. Sangat cantik kalau ditanam dalam pasu yang kecil... Warnanya juga sangat menyerlah dan menarik!
Pokok Keladi Hiasan Menawan
Itulah diantara spesis pokok keladi hiasan yang tumbuh liar di sekitar rumah dan kebun MIL. Jangan ingat halaman rumah sahaja berhias cantik, tetapi di sini, dalam kebun pun ada penyerinya.
Lain kawasan mungkin lain spesis pokok keladi yang tumbuh dan berbeza corak dan bentuknya. Pasti di tempat anda juga mempunyai spesis lain yang lebih menarik.
Tidak dinafikan, pokok keladi hiasan ini memang cantik untuk dijadikan tanaman hiasan di dalam pasu. Namun ianya perlu diberi penjagaan khusus kerana agak sensetif dengan kepanasan, cahaya dan perlukan siraman yang kerap disamping baja yang mencukupi.
Lain kawasan mungkin lain spesis pokok keladi yang tumbuh dan berbeza corak dan bentuknya. Pasti di tempat anda juga mempunyai spesis lain yang lebih menarik.
Tidak dinafikan, pokok keladi hiasan ini memang cantik untuk dijadikan tanaman hiasan di dalam pasu. Namun ianya perlu diberi penjagaan khusus kerana agak sensetif dengan kepanasan, cahaya dan perlukan siraman yang kerap disamping baja yang mencukupi.
17 comments - "Pokok Keladi Hiasan Penyeri Halaman & Taman"
Asalamualaikum..cantik2 keladi..corak memang menawan kalbu..Allahuakbar
dah link kan..
Waalaikumsalam...cikgu.
Terima kasih dan amat2 menghargainya :)
Kat Serawak mesti ada pelbagai jenis pokok keladi yang unik dan menarik!
ya semua pic yg dipaparkan adalah jenis keladi yg banyak tumbuh meliar sekitar laman..kalau dibersih ditebas pun akan tumbuh semula.
banyak jenis rupe nyer...dah dpt info baru :)
akak takut nak mendekati pokok keladi..sbb ulat beluncas suka bertenggek kat daunnya tu hehe
Banyak jenis rupanya keladi ni. Selalu nampak semua jenis2 keladi kat entry ni tapi buat-buat tak nampak perbezaannya. Hehehe. Yang ada jalur putih tu lawa kalau letak dalam pasu tinggi. Elegan.
Jemput sertai segmen di blog VitaminSuci. TQ!
Alaa... kakak tertarik sangatlah BM. Kalau dekat kakak nak minta sikit benihnya. Ada dua species yg kakak ada tapi lainnya kakak tak ada. Kalau MIL BM rajin lagi boleh buat business sebenarnya sebab kalau di nursery tempat kakak sepasu kecil dia jual RM 5/- adalah daun baru 3-4 helai. Cantik tau kalau tanam dalam pasu.
Banyak jenis rupanya keladi ni ye, yang MV tahu hanya satu dua jenis sahaja...bagus la info ni..
Nostalgia jugak ni BM.. Dulu ada antaranya adadi akwasan rumah Kathy..
saya suka dgn pokok keladi ni . berwarna warni . saya ada 3 diantaranya . pokok keladi ni senang tanam . asalkan masin ada ubinya , pokok tu masih oleh keluarkan daun baru ... saya klu balik kg , pokok keladi seberang parit pu saya nampak ... heheheeee
Cantik pokok keladi hiasan corak batik tu.
Kalau dekat memang saya dah mintak sepohon dua.
Setakat ni tak pernah jumpa lagi di nursery. :)
kenapa saya tahu pokok keladi ni ada macam2 jenis
saya belajar benda baru ni
cantik2 ye...suka tengok. tapi nak tanam tu kerajinan tak ada =)
dlm beberapa hr ni sy jumpe byk anak pokok keladi. cadang sy, klu boleh dimakan sy bela, pindahkan di tanah yg lebih baik. klu tak boleh dimakan, bo layan. & akhirnya ia etrnyata dlm kategori yg boleh dimakan. haha suka saya. dah lama xmakan keladi
Salam
Saya berminat utk menanam semua pokok keladi tu. Bgmn nak hubungi tuan untuk dapatkan pokok keladi tu.tk.
Kt mane nk beli benih keladi ni, cantik
lawa semua,sy pminat pokok keladi,suka tgk sbb cantik & mudah d jga...mil awk xjual ke pkok tu?
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum