بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Model Proton Perdana Baru 2016: Proton Perdana adalah satu satunya model kereta Proton dalam kategori segmen D. Sehingga kini masih belum mempunyai model gantian walaupun telah dikeluarkan sebelum ini Proton Perdana edisi khas untuk pegawai atasan kerajaan namun ianya tidak dijual kepada umum.

Proton Perdana baru tersebut jelas sekali hanya 'rebadge' model Honda Accord generasi ke-8 dan hanya diubah sedikit penampilan hadapan dan belakang agar kelihatan sedikit berbeza.

Model Proton Perdana Baru
Al New Proton Perdana

Ini merupakan kerjasama pertama Proton dengan Honda bagi merealisasikan sebuah model baru untuk model Proton Perdana ini. Kini Proton dalam proses akhir untuk mengeluarkan Proton Perdana Baru sepenuhnya yang dijangka berada dipasaran pada tahun 2016 nanti.

Proton Perdana Baru ini adalah antara tiga model gantian Proton selain Saga dan Persona yang amat penting dalam menentukan masa depan kelangsungan Proton dalam industri automotif negara,

All New Proton Perdana

Proton Perdana Baru ini dibangunkan menggunakan platform dan teknologi Honda melalui Honda Accord generasi ke-8. Ianya bakal tampil dengan perubahan rekabentuk yang lebih ketara dan berbeza berbanding Honda Accord atau Proton Perdana edisi khas kerajaan.

Model Proton Perdana Baru ini dijangka akan mengekalkan enjin asal yang digunakan pada Honda Accord generasi ke-8 di mana pilihan enjin petrol 2.0-liter dan 2.4-liter i-VTEC yang telah ditala semula oleh jurutera proton dengan padanan transmisi automatik 5-kelajuan.

Namun ada kemungkinan juga Proton Perdana ini akan menggunakan enjin NEO1 yang telah dibeli dari Petronas. Semuanya bakal terdedah tidak lama lagi.

Proton juga menjanjikan sebuah model segmen D yang sangat berdaya saing melalui tawaran kualiti, kemewahan, rekabentuk dan tahap keselamatan yang tinggi setanding dengan kenderaan mewah antarabangsa namun pada harga yang berpatutan.

Model Proton Perdana Baru
Proton Perdana Edisi Khas Kereta Pegawai Kerajaan

Spyshot Proton Perdana Baru

Pihak Proton cukup berhati-hati dan berahsia agar setiap model barunya tidak terdedah kepada umum namun ianya amat sukar dibendung kerana setiap kali model baru yang dalam proses pembikinan sering menjadi bahan hangat yang ingin ditatap umum.

Maka tidak hairanlah, pada setiap kali sesi uji pandu model baru sesebuah kereta sentiasa menjadi perhatian lensa kamera dan video.

Berikut adalah spyshot Model Proton Perdana Baru 2016 yang berjaya dirakam semasa ujipandu di lebuhraya PLUS sekitar Behrang yang berhampiran dengan Proton City di Tanjung Malim, Perak.

Model Proton Perdana Baru
Spyshot yang didedahkan oleh Paultan.Org


Walaupun masih dipenuhi pelekat, gambaran saiz dan bentuk asas Proton Perdana tersebut sudah boleh dibayangkan.

Percayalah...hanya melalui gambaran tersebut, akan keluar nanti pelbagai gambaran dan idea dari pakar-pakar ilustrasi otomotif untuk menggambarkan rupabentuk sebenar Proton Perdana Baru ini.

Ianya sangat bagus buat Proton untuk menilai dan memberi idea untuk penambahbaikan mengikut citarasa yang bersesuaian, terkini dan disukai ramai.

Gambaran Proton Perdana Baru

Berikut adalah beberapa gambar sebelum ini yang boleh anda dapati di internet akan gambaran rupabentuk Proton Perdana Baru untuk tatapan anda. Apa yang pasti ianya tidak akan serupa dengan model sebenar nanti.

Model Proton Perdana Baru

Model Proton Perdana Baru

Model Proton Perdana Baru
BinMuhammad

Proton Perdana Baru ini nampak menarik dan hebat namun dalam keadaan ekonomi semasa dan sudah pastinya pada tanda harga yang melebihi RM100K ianya sudah tentu bukan kereta yang menjadi pilihan walaupun menjadi idaman ramai.

Rekabentuk model Proton Perdana Baru 2016 ini telah didedahkan. Untuk mengetahui lebih lanjut serta melihat gambar dan video, sila ke halaman berikut : Rekabentuk Proton Perdana Baru 2016 Didedahkan

Model Proton Perdana Baru 2016
Model Proton Perdana Baru 2016
Informasi Terkini!
Proton telah keluarkan secara rasmi akan harga, variants dan spesifikasi Proton Perdana Baru ini pada 14 Jun 2016. Ketahuinya di sini: Harga, Variants dan Spesifikasi Proton Perdana Baru 2016

6 comments - "Model Proton Perdana Baru 2016"

V8 tu cantik giler!

paridah delete icon 13:11

PROTON PERDANA YG HEBAT TAMPILANNYA MESTI RAMAI YG MINAT MILIKINYA...

dari dulu keta perdana ni nampak exclusive
tapi dengan kejatuhan ekonomi sekarang ni, agaknya laku ke penjualan kereta

Betul...ramai yang ingin memiliki tapi ramai yang hanya mampu pandang jer, huhu...

Pasaran bagi segmen D ni agak terhad dan hanya kpd mereka yg berkemampuan... Adakah Proton Perdana akan jadi pilihan?

Zool delete icon 22:07

Kereta ini direka oleh Proton sendiri (orang Malaysia). Bangga dengan kemampuan orang tempatan. Harga pun berpatutan. Syabas Proton, Proton Truly Malaysian.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap