بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Idea Aktiviti Cuti Sekolah: Setiap kali cuti sekolah tiba, pasti ibu bapa pening kepala memikirkan apakah aktiviti yang boleh mereka lakukan untuk anak-anak agar masa terluang dikala cuti sekolah ini agar ianya tidak membazir begitu sahaja.

Maklum sajalah, pada zaman kini, anak-anak ini kalau ada saja masa terluang tanpa pengawasan atau aktiviti dirancang, ianya satu kebebasan dan macam-macam perkara yang mereka cuba lakukan.

Apatah lagi jika ibu bapa tiada di rumah kerana sibuk bekerja (tidak dapat cuti)... pasti bimbang akan keselamatan anak-anak sehingga tumpuan kerja pun akan terganggu.

Berbeza pula kalau ibu bapa dapat cuti dan meluangkan masa bersama anak-anak. Inilah masa yang paling sesuai untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan setelah masing-masing sibuk dengan aktiviti rutin harian.

Aktiviti Cuti Sekolah

Aktiviti Cuti Sekolah

Maka, berikut adalah beberapa cadangan dan idea yang boleh membantu anda untuk djadikan panduan aktiviti anak-anak ketika cuti sekolah.

Secara umumnya ianya terbahagi kepada dua iaitu aktiviti bersama ibu bapa dan aktiviti tanpa bersama ibu bapa (tidak dapat cuti).

1. Aktiviti Anak-Anak Bersama Ibu Bapa 
Sebelum bermulanya cuti sekolah, sewajarnya ibu bapa telah merancang lebih awal akan aktiviti yang perlu dilakukan bersama. Ini berikutan penjadualan cuti serta mungkin aktiviti perlukan tempahan atau persiapan awal.

Melancong
Bagi mereka yang berkemampuan, inilah masa terbaik untuk pergi melancong. Tidak dinafikan, ini adalah aktiviti yang amat dinanti dan disukai oleh anak-anak.

Selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, melancong sama ada dalam atau luar negara ini dapat membuka minda, menimba pengalaman serta ilmu pengetahuan dan ketenteraman apabila bebas dari rutin harian.

Lawatan Ke Tempat Menarik
Mungkin cuti ibu bapa terhad, maka penuhi dengan melawat tempat yang memberi ilmu sambil dapat berseronok. Antaranya adalah Petrosains, Planetarium, Kidzania, Muzium Negara, Zoo Negara, Muzium Negara, Putrajaya, Bangunan-bangunan mercu tanda dan sebagainya.

Aktiviti yang mudah tapi percayalah, ibu bapa dan anak-anak pasti akan merasai keseronokan disamping mengeratkan hubungan.

Aktiviti Cuti Sekolah

Melawat Saudara Mara
Aktiviti ini amat wajar dilakukan di zaman ini. Amat menyedihkan apabila sesama saudara mara sendiri pun tidak kenal. Tidak mustahil bahawa rakan satu asrama yang sekatil (double decker) rupa-rupanya adalah sepupu sendiri pun tak tahu.

Inilah masanya selain di Hari Raya untuk kita membawa anak-anak mengenali serta mengeratkan silaturahim sesama saudara mara yang dekat mahupun jauh. Semoga ikatan kekeluargaan kekal terjalin.

Melawat Mereka Yang Kurang Bernasib Baik
Bawa mereka melawat golongan yang kurang bernasib baik, sama ada dikalangan rakan-rakan mereka sendiri atau mana-mana pusat penjagaan seperti rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim.

Anjurkan kepada mereka untuk membawa buah tangan atau minta mereka pilih aktiviti apa yang mereka ingin lakukan di sana. Semoga mereka merasa bersyukur dan menyayangi sesama insan.

Aktiviti Cuti Sekolah

Berkebun
Tidak semestinya masa cuti sekolah ini adalah masa untuk aktiviti diluar sahaja. Ketika di rumah, bagi meraka yang punya ruang, lakukanlah aktiviti berkebun atau bercucuk tanam bersama.

Inilah masa untuk mencantikkan halaman dengan pokok bunga-bungaan dan sayur-sayuran yang dapat memberikan hasil untuk santapan bersama. Tanamkanlah rasa cinta anak-anak kepada alam sekitar. Besar manfaatnya andai berbudi kepada tanah!

Hobi Dan Minat
Jika anak-anak punya hobi/minat, inilah masanya untuk ibu bapa memainkan peranan dengan memberi galakan dan bantuan serta diasah agar lebih berkembang. Lakukan bersama mereka atau membawa bersama jurulatih atau mereka yang berkemahiran.

Aktiviti seperti memasak, menjahit, membuat kraf, bertukang, mengaji, menghafaz al-quran, melukis berenang dan sebagainya bukan sahaja hobi yang sia-sia kerana bakat yang terpendam ini mungkin akan membantu mereka untuk menjadi insan yang berjaya dalam bidangnya di masa hadapan.

Aktiviti Cuti Sekolah

2. Aktiviti Anak-Anak Tanpa Bersama Ibu Bapa 
Apabila situasi sebegini berlaku, anak-anak pasti akan kecewa. Ibu bapa perlu bijak mengambil hati dan merancang aktiviti agar cuti sekolah mereka tetap terisi seperti rakan-rakan mereka yang lain.

Selain itu, adalah penting untuk ibu bapa pastikan anak-anak ini sentiasa boleh dipantau dan diawasi oleh orang yang dipercayai.

Masuk Kelas Kemahiran
Cuti sekolah pun belajar... tetapi belajar sesuatu yang baru dan yang anak anda minati. Sertai kelas seperti kelas melukis, nyanyian, tarian, memanah, menunggang kuda dan sebagainya. Tidak mustahil jika kemahiran ini menjadi kerjaya satu hari nanti.

Selain itu kelas ilmu seperti kelas keusahawanan, pengucapan awam, komputer & multimedia seperti Grafik, Suntingan Video, bina laman web, Coding dan Membina Apps adalah perkara baru yang boleh memberi kelebihan dan kesenangan di masa hadapan.

Tinggal di Kampung
Bukan untuk menyusahkan datuk dan nenek tetapi percayalah sebenarnya mereka amat menyukainya. Inilah peluang untuk anak-anak menikmati suasana dan menjalani kehidupan di kampung.

Tinggal di kampung adalah satu pengalaman yang perlu anak-anak anda rasai. Hidup tanpa gadget dan hiburan maka masa akan lebih banyak terluang bersama datuk dan nenek menjalani kehidupan harian. Sudah pasti pelbagai nasihat dan ilmu dicurahkan oleh datuk dan nenek.

Aktiviti Cuti Sekolah

Aktiviti Sekitar Tempat Tinggal
Libatkan anak-anak anda di dalam program setempat seperti aktiviti masjid, kemasyarakatan, gotong-royong, kenduri atau sebagainya. Ianya satu pendedahan yang bagus untuk anak-anak bergaul dan bermasyarakat.

Ianya dapat mengeratkan hibungan silaturrahim dan berpeluang untuk mengenali lebih ramai rakan-raka baru di luar sekolah. Namun pastikan ada orang yang dipercayai bersama dan memantau aktiviti anak anda.

Kerja Part Time
Ini juga merupakan aktiviti yang menarik dilakukan semasa cuti sekolah. Beri peluang kepada anak-anak menimba pengalaman mencari wang saku sendiri. Berikan bimbingan dan tunjuk ajar untuk bekerja dengan baik, amanah dan jujur.

Namun, pastikan kerja yang dilakukan adalah selamat dan tidak menyalahi undang-undang. Pilihlah kerja yang bersesuaian, selamat dan dilokasi yang berhampiran. InsyaAllah.. dengan panduan, banyak manfaat buat anak-anak anda.

Aktiviti Cuti Sekolah

Kem Motivasi
Kem Motivasi sememangnya antara program cuti sekolah yang paling banyak diadakan. Kem Motivasi yang diadakan ini terdapat dalam banyak kategori. Ada yang menumpukan kepada pembinaan sahsiah diri, kepimpinan, akademik dan pelbagai lagi.

Pilihlah Kem Motivasi daripada penganjur yang dikenali dan dijamin keberkesanan programnya supaya anda juga berpuas hati dengan hasilnya nanti.

Kem Ibadah
Ini juga merupakan kem yang amat bagus. Kem Ibadah selalunya akan dipenuhi dengan aktiviti dan program yang berkaitan dengan hal-hal ibadat seperti teknik solat yang betul, memperbaiki bacaan Al-Quran dan aktiviti pemantapan iman.

Malahan kini juga ada kursus pendek cuti sekolah bagi melatih anak-anak untuk mempelajari teknik menghafal Al-Quran. Mudah-mudahan perkara asas agama ini dapat membimbing mereka serta memperkukuhkan iman dan ilmu akhirat.

Jadual Harian
Andai anda tiada pilihan, maka sediakanlah jadual kerja harian untuk anak-anak anda.seperti membasuh baju, melipat kain, mengemas bilik, mencuci tandas dan sebagainya. Didik mereka untuk berdikari.

Lengkapkan jadual dengan masa untuk ulangkaji pelajaran sebagai persedian peperiksaan. Sekalipun mungkin agak membosankan buat anak-anak namun persediaan untuk menghadapi peperiksaan adalah amat penting. Bersusah-susahlah dahulu...

Aktiviti Cuti Sekolah

Kebaikan Bersama

Semua yang di atas hanyalah idea aktiviti cuti sekolah untuk rujukan dan tidak semestinya menepati kehendak anda. Fikirkanlah yang terbaik dan bersesuaian dengan kemahuan serta memenuhi kepentingan atau tahap usia anak-anak dan anda.

Aktiviti Cuti SekolahPenuhilah masa cuti sekolah mereka dan jangan biarkan mereka tanpa arah tujuan. Melalui kesibukan aktiviti disepanjang cuti sekolah, ianya dapat menghindarkan anak-anak ini dari terlibat dengan aktiviti kurang sihat

Gunakan masa yang ada ini sebaik mungkin untuk kebaikan anak-anak dan agar hubungan kekeluargaan lebih erat dan harmoni. Anak gembira... anda pasti ceria!

p/s: Selamat bercuti kepada semua yang bercuti, semoga bahagia dan gembira disamping insan-insan tersayang...

18 comments - "Idea Aktiviti Cuti Sekolah Untuk Anak-Anak"

Etuza delete icon 06:56

Asalam BM..wah hebat banyak panduan aktiviti pengisian masa cuti..Etuza nak yang Melancong dan Melawat tempat menarik kot tak lama lagi antara tu lah nak bawa anak2..paling pun ke Kota Kinabalu lama dah tak pergi bandaraya tu hehe ...terima kasih ya

paridah delete icon 17:19

banyak aktiviti yg boleh dipilih untuk dilakukan ibubapa bersama anak2 masing2 sempena cuti sekolah ni...isi masa cuti dgn bermenafaat n menggembirakan...

Waalaikumsalam cikgu,
Seronok tu... Semoga cikgu sekeluarga gembira dan bahagia melakukan aktiviti semasa cuti sekolah ni!

Betul tu kak, asalkan bermanfaat dan gembira!

bagus idea-idea ni BM, ada yang CM boleh tiru buat kat rumah dengan anak-anak..:)

Selamat bercuti cikgu CM. Semoga bahagia dan gembira disamping insan-insan tersayang :)

Idea yang menarik, moga dapat jadi panduan semua...

Cuit sekolah kali ni tengah fikir lagi nak ke mana... hari tu jerebu tebal sgt buat tak jadi nak keluar jln jauh2. Tapi nampaknya dah mula reda sekarang ni... apa pun, idea melawat org yg kurang bernasib baik tu pun menarik juga... bermanfaat utk kesedaran jangka panjang budak2 juga kan. Thanks sharing cadangan dan panduan ni BM..

bagus cadangan-cadangan ini BM.. yang penting anak-anak melakukan aktiviti berfaedah dan memberikan pengalaman baru kepada mereka..

Semoga dapat memberi manfaat bersama

Dah masuk 3 hari ni, masih fikir lagi tuan... Lusa dah Raya Korban, nampaknya hanya berjalan dekat2 jer lah tu... Apa pun semoga idea ini dapat membantu :)

Jangan sia-siakan masa cuti mereka, amat rugi. Semoga bermanfaat buat semua.

Unknown delete icon 10:13

Memang ramai juga rakan-rakan MV yang menghantar anak-anak ke kem ibadah dan kem motivasi sempena cuti sekolah ni

Teringin nak hantar anak gi kem motivasi. Tapi harga kem motivasi pon boleh tahan juga yer. Nak hantar balik kampung. Kampung pon kat bandar jugak ☺

Pilihan terbaik untuk anak2 dan yg penting ibu bapa bebas bebanan...hehe

Alahai kesiannye... Dok kat umah, buat aktiviti bersama anak2 pun bagus juga.

Unknown delete icon 10:32

Bagi anak-anak yang berminat dengan membaca buku, boleh juga meneruskan minat dengan membaca novel atau pun buku ilmiah. Pilih lah daripada senarai novel-novel berkualiti tinggi, supaya anak-anak dapat juga mempelajari teknik menulis yang baik. Buku ilmiah seperti ensiklopedia juga sangat bermanfaat untuk dihabiskan sepanjang cuti ini. Sekurang-kurangnya anak-anak akan dapat memperolehi ilmu pengetahuan baru yang berguna.

Idea pergi ke kidzania atau petrosains tu mesti budak-budak suka :)

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap