بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Gelagat Si Kecil Di Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO): Cuti sekolah adalah masa yang terbaik membawa anak-anak ke tempat-tempat menarik. Menikmati keindahan alam semuajadi ciptaan ilahi adalah salah satu aktiviti yang sangat seronok dilakukan.

Negara kita sendiri tidak kurang dengan pelbagai tarikan alam semulajadi yang amat menakjubkan. Daripada gunung-ganang dan bukit-bukau, sungai dan tasik, air terjun dan hutan lipur, pantai dan pulau serta flora dan fauna, kesemuanya unik dan mempersonakan.

Antara lokasi yang menarik untuk diterokai dan dinikmati adalah Taman Rekreasi Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO) di Sabak Bernam, Selangor

Suatu petang yang nyaman akan menjadi lebih segar apabila disapa oleh tiupan bayu laut yang menyejukkan sehingga terikan mentari tidak dirasakan.

Gelagat Si Kecil Di Pantai Rekreasi Bagan Nakhoda Omar
Taman Reakrasi Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
Apabila terlihat pemandangan laut yang luas terbentang serta air laut yang surut sehingga menampakkan dasarnya. Keinginan si kecil untuk mendekatinya teramat mendalam

Taman Reakrasi Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
Dikejauhan burung-burung bangau menggunakan peluang ini untuk mencari makan di laut yang cetek menggamit si kecil untuk melihat lebih dekat lagi.

Bagan Nakhoda Omar merupakan sebuah perkampungan di Daerah Sabak Bernam, Selangor. Lokasi yang terletak diantara Bandar Sungai Besar dan Sabak Bernam ini amat mudah untuk dikunjungi. 

Dibahagian sebelah pinggir pantai atau dikenali sebagai bagan, majoriti dihuni oleh kaum Cina. Pantainya berselut dan dipenuhi dengan hutan paya bakau menjadi lanskap biasa dibahagian pantai Negeri Selangor ini.

Taman Reakrasi Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
Tanpa berlengah lagi si kecil terus melangkah di atas bongkah batu-batuan untuk menuju ke gigian pantai.

Taman Reakrasi Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
Bongkah batu-batuan besar menjadi halangan dan cabaran. Ada diantaranya agak licin dan dipenuhi teritip yang tajam menyukarkan pergerakan si kecil.

Apakah yang menarik di Pantai Rekreasi Bagan Nakhoda Omar ini? Ianya hanyalah sebuah pantai selut mengadap laut Selat Melaka yang telah ditambak dengan batu-batu besar sebagai penahan hakisan ombak.

Pokok-pokok ru yang ditanam sepanjang pantai ini menjadikan pemandangan tempat ini amat indah untuk dinikmati.

Berada di sini bukanlah lokasi sesuai untuk mandi-manda tetapi untuk mencari ketenangan dan kedamaian dengan melihat laut yang luas terbentang sambil menikmati hembusan bayu laut yang menyegarkan.

Taman Reakrasi Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
Si kakak datang menghulurkan bantuan. Perjalanan si kecil diteruskan sambil dipimpin oleh si kakak dengan penuh berhati-hati.

Taman Reakrasi Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
Akhirnya selamat tiba digigian pantai. Kepuasan dan kepenatan si kecil hilang pabila melihat keindahan alam yang terbentang luas saujana mata memandang.

Selain dari itu, jika pada masa yang sesuai, anda akan dapat melihat air laut yang surut sehingga menampakkan dasarnya yang terdedah jauh ketengah amat mengagumkan. 

Berada di sini dan menyaksikan sendiri fenomena alam yang menakjubkan dikala air mulai pasang adalah saat yang sukar dijelaskan. Satu perasaan kagum dengan kesempurnaan ciptaan Maha Pencipta!

Taman Reakrasi Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
Si kecil mula tertarik dengan sesuatu di atas selut. Bergerak-gerak tanpa arah bagai mencari sesuatu. Si kecil cuba menghampiri dan mengamati tingkah lakunya

Taman Reakrasi Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
Spesis unik berbentuk bak ikan tetapi mampu berjalan di atas selut. Ikan tembakul itulah nama haiwan dua alam yang menarik perhatian si kecil sehingga melekakan.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah bermain layang-layang. Bayu laut yang tidak terlalu kuat amat sesuai menaikkan layang-layang disamping terdapatnya tanah lapang yang luas untuk keselesaan bermain.

Dikala air surut, aktiviti mencari kerang dan siput boleh dilakukan. Namun bersiap sedialah untuk dikotori selut namun ianya satu aktiviti yang menyeronokkan dan memberi satu pengalaman manis buat anda di sini.

Mengenali dan melihat sendiri flora dan fauna di pantai hutan paya bakau pula adalah satu pembelajaran ilmu yang bermanfaat buat anak-anak.

Taman Reakrasi Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
Tanpa disedari, masa berlalu begitu pantas. Air laut yang surut sedikit demi sedikit telah mula menghampiri dan menenggelamkan dasarnya yang sebelum ini terdedah.

Taman Reakrasi Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
Si kecil terkejut dan teruja melihat fenomena alam yang sungguh menakjubkan. Jika tadi air laut amat jauh dan hampir tidak kelihatan tetapi kini semakin dekat dihadapan mata.

Dari sudut kemudahan, segalanya hampir lengkap di sini. Kawasan letak kereta yang luas, wakaf-wakaf rehat di tepian pantai, taman permainan kanak-kanak serta tandas awam disediakan.

Jika ingin menjamu selera, di sini juga terkenal dengan restoren mee udang yang menggunakan udang segar dari nelayan tempatan. Pastikan anda tidak terlepas untuk mencubanya.

Taman Reakrasi Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
Terpaku dan terpegun si kecil sambil menikmati suasana yang tidak pernah disaksikan. Kini air laut sudah hampir sehingga boleh disentuh oleh tangan. Tiada lagi daratan selut yang kelihatan.

Taman Reakrasi Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
Si kecil berasa sungguh takjub dan puas namun pelbagai persoalan bermain difikiran. Inilah satu pengalaman baru yang amat mengujakan buatnya.

Buat kaki pancing, BNO antara lokasi menarik untuk memancing dikala air pasang. Sembilang dan udang galah adalah antara tangkapan yang paling popular di sini.

Jika mahukan lebih cabaran dan kenikmatan, anda boleh memancing di tengah laut Selat Melaka di atas kelong. Kelong Paradise Waterfront Resort menawarkan percutian hebat untuk kaki pancing dan hanya terdapat di Bagan Nakhoda Omar!

Taman Reakrasi Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
Air laut kini sudah naik sehingga menenggelamkan gigian pantai. Deruan ombak menghempas batu mula kedengaran. Pasang surut air laut menjadikan suasana alam amat berbeza dan mengagumkan.

Taman Reakrasi Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
Setelah puas menikmati dan menyaksikan suasana alam yang menakjubkan, si kecil melangkah meninggalkan gigian pantai. Satu pengalaman manis dan indah akan dibawanya pulang bersama. 

Taman Rekreasi Pantai Bagan Nakhoda Omar adalah satu lokasi yang menarik untuk dilawati sebagai salah satu aktiviti semasa cuti sekolah ini. Kedudukannya yang tidak jauh dari Lembah Kelang boleh dijadikan lokasi lawatan seharian di sini.

Terima kasih bersama BinMuhammad dan selamat bercuti. Semoga bahagia dan ceria disamping insan-insan tersayang... :)

16 comments - "Gelagat Si Kecil Di Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)"

Etuza delete icon 11:40

Percutian dan aktiviti bersama anak2 yang menyoronokkan tahnia ..hebat gambar sangat menarik

Ini baru di gigi pantai. Kalau ada bawa baju lebih rasa kakak habis basah semuanya bermain air.
Tak puas kalau ke pantai tapi badan tak dibasahi air pantainya.
Cantik dan menarik tempatnya BM

ikan tu bukan ikan belacak ke? btw..cantik semua gambar saya suka!

Belacak dan tembakul adalah spesis yg sama, bezanya hanya saiz.

Pantai selut dgn air laut yg keruh, rasanya tak ada kot budak2 nak mandi mande...

Terima kasih cikgu... Kalau kat Sabah, mesti pantainya lagi cantik dgn pasir memutih dan air laut yg jernih...

Gambar cantik ..Penceritaan BM macam National Geographic dah ..memang TERBAIK..Ayat power giler hehehe..Sekali singgah tak puas baca ..Nanti singgah lagi..Mesti seronok dapat menghirup udara segar alam semulajadi..Seronoknyer cuti2..Selamat bercuti untuk BM juga..

paridah delete icon 16:01

pantai sebelah sini berselut tapi kat morib berpasir pula subhanallah kejadian Allah...melihat air pasang memenuhi pantainya yg kering mengujakan sekali...kalau rajin boleh mengorek siput, mentarang ketam dlm selut ini..

Assalam abam BM... cantik tempat ni. Mmg betul2 suasana tempatan yg mempunyai nilai personal kpd sesiapa yg pergi. Best... seronok juga jenjalan merehatkan fikiran sambil2 berkelah cari idea. Kalau kena musim, layan mancing pun seronok ni... :) :)

subhanallah.. cantik gambar BM ambil.. keindahan dan keunikan flora dan fauna bukti kebesaran Allah swt..

Biar betul ni Liya... Macam biase2 jer lah.
Selamat bercuti juga buat Liya sekeluarga ya... Ops! Baru lepas balik bercuti kan...

Kat sebelah sini memang xjumpalah pantai yang berpasir. Aktiviti korek mengorek tu memang seronok! :)

Waaalaikumsalam KK,
Kalau minat memancing cubalah di Kelong Paradise Waterfront Resort tu! Memancing kerapu hanya dari bilik di kelong di tengah laut Selat Melaka! Satu pengalaman dan percutian hebat!

Tiada yang setanding dengan kesempurnaan alam ciptaan Ilahi...

cantik tempat ini tuan BM..memang sesuai untuk bawa anak-anak berjalan

1st time dengar nama pantai nih ☺

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap