بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Al Kisah Sebuah Surau Al Ubudiah
Al Kisah Sebuah Surau Al Ubudiah

Kali ini BM ingin membawa kepada anda akan kisah sebuah surau. Surau ini mula dibina pada tahun 1985 secara gotong royong oleh penduduk kampung hasil dari sumbangan sebuah rumah kosong dan perobohan sebuah surau tinggal di hujung kampung yang sudah tidak digunakan lagi.

Apabila siap dibina, surau ini berfungsi dengan sempurna sebagai tempat solat bagi penduduk kampung. Malah kelengkapannya juga lengkap seperti PA sistem, ruang solat untuk muslimat, kolah, tandas, dapur dan pinggan mangkuk.

Ianya bukan sekadar berfungsi sebagai tempat solat malah juga tempat pengajian dan majlis kenduri doa selamat atau arwah. Surau tersebut telah diberi nama Surau Al Ubudiah.

Surau Al Ubudiah bukanlah 'comel' seperti gambar di atas atau indah dan gah seperti Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar tetapi hanyalah sebuah surau kayu yang sederhana umpama sebuah rumah lama. Gambarnya di bawah ini.

Al Kisah Sebuah Surau Al Ubudiah
Surau Al Ubudiah

Surau Al Ubudiah

Surau Al Ubudiah ini menjadi lokasi yang sangat meriah pada setiap kali waktu solat Maghrib dan Isyak. Tempat di mana penduduk kampung dapat berkumpul untuk melakukan ibadah disamping berbual mesra tentang kisah harian mahu pun isu semasa.

Pada masa itu kanak-kanak begitu ramai menjadikan suasana surau begitu riuh dan ceria. Waktu senggang antara Maghrib dan Isyak menjadi waktu terluang untuk mereka bermain dan bergurau senda.

Suasana menjadi semakin meriah apabila tibanya bulan Ramadan. Saat solat terawih dan moreh menjadi masa yang cukup dinanti-nanti.

Kanak-kanak pula berseronok dengan bermain bunga api dan meriam besi atau meriam tanah. Memang riuh rendah suasana di sekeliling surau!

Setiap kali solat sunat Aidilfitri atau Aidiladha pula, ruang solat pasti tidak muat. Penduduk kampung lebih selesa bersolat di sini berbanding masjid walaupun hanya terletak kira-kira 2 kilometer di luar kampung kecuali untuk solat Jumaat.

Indah Cuma Seketika

Namun siapa sangka, saat indah dan meriah tersebut tidak lama. Surau tersebut hanya mampu berfungsi selama 15 tahun sahaja.

Surau tersebut akhirnya terbiar apabila imam surau tersebut meninggal dunia pada tahun 2000. Malah pada ketika itu pun jemaah sudah amat berkurangan, hanya ada dua atau tiga orang sahaja. Apabila ketiadaan imam, maka jemaah kampung yang masih tinggal telah beralih untuk solat di masjid.

Anak-anak muda pula semuanya telah keluar dari kampung untuk mencari kerja atau menyambung pelajaran. Semuanya akibat kejatuhan harga kelapa dan serangan perosak buah koko. Malah ada penduduk kampung yang berpindah. Maka yang tinggal hanyalah warga tua yang saban tahun semakin berkurangan.

Pada awalnya ianya masih berfungsi sebagai tempat pengajian untuk kaum wanita namun tidak bertahan lama. Surau itu akhirnya terus sunyi sepi tanpa dikunjungi atau sebarang aktiviti.

Al Kisah Sebuah Surau Al Ubudiah

Hari demi hari, tahun demi tahun... surau tersebut terus terbiar sepi tanpa dikunjungi. Walaupun ada sesekali anak-anak perantauan yang pulang ke kampung singgah bersolat namun akibat daripada tanpa sebarang aktiviti dan jagaan, kayu dan papan surau tersebut telah mereput dengan sendirinya.

Diburukkan lagi apabila anai-anai pula mula menyerang dan akhirnya surau tersebut tidak boleh dinaiki kerana dikuatiri akan terjatuh ke bawah kerana lantainya yang sudah tidak kukuh dan rapuh.

Namun, surau Al Ubudiah ini tetap tegak berdiri tetapi hanya menanti masa dan ketika untuk rebah ke bumi. 

Al Kisah Sebuah Surau Al Ubudiah

Al Kisah Sebuah Surau Al Ubudiah

Al Kisah Sebuah Surau Al Ubudiah

Al Kisah Sebuah Surau Al Ubudiah

Akhirnya Roboh Jua

Setelah 15 tahun surau Al Ubudiah terbiar sepi, ianya masih teguh berdiri namun keadaannya sangat uzur dan menyedihkan. Akhirnya pada bulan Jun 2015, setelah 30 tahun usianya, surau Al-Ubudiah telah dirobohkan kerana keadaannya yang sangat bahaya.

Kini tiada lagi surau papan yang menjadi kenangan manis dan indah suatu ketika dulu. Semuanya hanya tinggal dalam memori silam. Hanya gambar yang dapat dijadikan tatapan sebagai kenangan. 

Ku ingatkan surau Al-Ubudiah akan terus lenyap dari pandangan, namun atas usaha warga manita kampung yang mahukan tempat untuk pengajian maka, permohonan untuk mendapat sebuah bangunan pengajian diluluskan.

Di tapak surau Al-Ubudiah ini telah didirikan sebuah bangunan 'comel' sebagai pusat pengajian dan boleh juga dijadikan tempat persinggahan untuk bersolat.

Maka Surau Al Ubudiah telah berubah fungsi dan namanya. Ia kini telah dikenali sebagai Pusat Pengajian Wanita Al Ubudiah. Seminggu sekali, kaum wanita yang kebanyakannya warga tua akan bertandang ke sini untuk belajar mengaji dan mendengar ceramah dari ustaz/ustazah undangan.

Al Kisah Sebuah Surau Al Ubudiah

Al Kisah Sebuah Surau Al Ubudiah

Itulah secebis alkisah sebuah surau di sebuah kampung. Kewujudannya hanya sementara namun cukup bermakna dan meninggalkan pelbagai memori serta kesan suka dan duka.

Berakhirnya kewujudan surau Al Ubudiah bermakna berakhirlah beban yang ditanggung oleh penduduk kampung. Semoga kehadiran Pusat Pengajian Wanita Al Ubudiah ini nanti tidak mengalami nasib yang serupa seperti surau Al Ubudiah... InsyaAllah.

Pembinaan sebuah surau bukan sahaja hanya kerana keperluannya tetapi perlu juga dijaga dan diimarahkan setiap masa. Walaupun ianya hanya fardu kifayah namun jika sampai ketika tiada seorang pun yang melaksanakan tanggungjawab itu, maka setiap kariah di kawasan tersebut akan menanggung bebannya.

25 comments - "Al Kisah Sebuah Surau Al Ubudiah"

Etuza delete icon 23:19

Alhamdulillah ..dah diganti yang lebih kukuh,,Allah tetap hadirkan sinar Islam kat sana

walaupun kecl tetapi fungsinya amat besar sekali..

sedih pulah bila tinggalan lama terpaksa diganti baru tapi tidak diperbetulkan..uhuks..tapi ye la kayu kan..reput..

paridah delete icon 10:56

surau yg telah banyak berjasa kpd penduduk sekitarnya abadi dlm memori n telah diganti dgn binaan comel utk kegunaan masyarakat...seeloknya bangunan kecil itu lengkapi semua kemudahannya spt air letrik dapur tandas dll kelak senang nk melakukan pelbagai aktiviti desa.

sepatutnya kena ada imam tua dan imam muda..yg muda boleh ganti tua bila ada keuzuran...organisasi surau perlu diwujudkan.tabung surau perlu disediakan..sedikit sebanyak dpt menampung kebajikan surau tersebut.

InsyaAllah... semoga bangunan baru tersebut terus digunakan dan diimarahkan untuk manfaat penduduk kampung

Saiznya amat berpadanan dengan jumlah yang ada. Biarlah kecil tetapi berfungsi...

Jika di kira kos sekarang ni, nak buat bangunan kayu lagi mahal dari batu...

Kemudahan elektrik akan ada tak lama lagi, manakala air, tandas dan tinggalan peralatan surau lama masih ada. Cuma xade dapur jer. Tiada lagi aktiviti lain, maklumlah...penduduk kampung hanya ada warga tua yang tak sampai 10 orang (majoriti wanita) dan akan terus berkurangan...

Sewaktu surau menjadi kosong dan akhirnya dirobohkan bertepuk-tanganlah syaitan BM. Namun bila terbina semua surau yg meriah dgn wanita menimba ilmu syaitan menangis semula.

Pada permulaan memang ada semua tu, tapi apabila kekurangan kariah dan ketiadaan imam... akhirnya tiada siapa yang menguruskannya.

Alhamdulillah. Semoga sentiasa bermanfaat.

(Saya sudah pautkan link BM diruangan bloglist)

Unknown delete icon 10:51

amal jariah berpanjangan kpd sesiapa yg berhasrat membesarkan surau tu ...

Tringat surau kat kg yg memberi seribu knangan..

menarik juga cerita ini..memang begitu halnya apabila semangat mewarisi imam sudah tiada

Tanpa Nama delete icon 22:39

Banyak kenangan dengan surau ni yer BM..

menarik betul kisah surau ni,
bila x de altiviti tu yang boleh ja sepi ditambah hanya tinggal golongan tua

Benar dan tepat sekali Kakzakie... Semoga kali ini ianya kekal meriah agar syaitan menangis selalu

InsyaAllah... Terima kasih SP, semoga ukhuwah berpanjangan

Amat dialu-alukan kepada sesiapa sahaja... :)

Ya! Surau di kampung sentiasa dalam kenangan...

Begitulah yg terjadi apabila sesebuah kampung itu semakin berkurangan penduduknya

Terlalu banyak kenangan... Mampu nangis bila dikenangkan, huhu

Itulah realiti keadaan sebuah kampung...

Alhamdulillah... masa berubah tanpa boleh kita sekat tetapi perubahan yg baik adalah sesuatu yg menggembirakan walaupun ada ketika kisah perjalanan surau tu menyedihkan... syukurlah... besar pahala penduduk di sana semuanya... hikmah fardu kifayah buat semua... Allahuakbar.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap