Model Kereta Baru Proton 2016: Pengeluar kereta tempatan pertama negara, Proton kini semakin kurang cengkamannya dalam pasaran negara. Proton gagal bersaing melalui model-model sedia ada bagi menyaingi Perodua, Honda dan Toyota sehingga jatuh ditempat ke empat dalam senarai jumlah jualan kenderaan di Malaysia.
Model kereta Proton seperti Persona, Saga, Preve, Suprima S, Inspira, Exora, Satria Neo dan terbaru Iriz kurang mendapat sambutan masyarakat negara ini. Proton perlu bertindak segera sebelum segalanya terlambat. Tahun 2016 dan 2017 menjadi penentu akan kelangsungan Syarikat dan jenama Proton.
Proton |
Berikut adalah model-model baru Proton yang bakal menjadi penentu nasib Syarikat Proton dan dijangka menjadi realiti pada tahun 2016 nanti...
Proton Dan Suzuki
Proton memulakan plan pertama dengan berkolaborasi dengan Suzuki bagi mengeluarkan kereta (rebadge) bersaiz kecil (segmen A) melalui model Suzuki yang sedia ada. Belum diputuskan model kereta Suzuki apakah yang akan diguna dalam kerjasama ini namun ianya dirancang akan mula dipasang pada Ogos 2016.
Jelas sekali Proton masih berusaha untuk berada dalam segmen A ini. Mungkin kerana pasarannya yang agak besar. Satu plan tindakan untuk bersaing Perodua nampaknya.
Dua buah model Suzuki yang mungkin akan dijelmakan menjadi model Proton telah dilakar semula oleh Theophilus Chin memberi gambaran awal akan model baru Proton 2016.
Terkini!
Ikuti Informasi terkini tentang Usahasama Proton-Suzuki ini di link berikut :
Ikuti Informasi terkini tentang Usahasama Proton-Suzuki ini di link berikut :
Model MPV kompak Proton Ertiga akan menjadi model usahasama Proton-Suzuki yang pertama dan akan dilancarkan secara rasmi pada minggu kedua bulan November 2016.
Model Gantian Utama Tahun 2016
Bagi meledakkan semula Proton di pasaran, tiga model utama Proton iaitu model gantian Saga (Saga R), Persona (Persona R) dan Perdana Baru – Fasa 2 akan dilancarkan dan berkemungkinan pertengahan tahun 2016.
Satu berita yang menarik dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan pembeli kepada Proton. Sewajarnya Proton menggantikan model-model sedia ada dengan model baru secepat mungkin agar dapat melonjakkan kembali nama Proton yang dah semakin suam-suam kuku ini.
1. Proton Saga & Persona
Model Saga (Saga R) dan Persona (Persona R) akan dibangunkan menggunakan platform Iriz sebagai asas, tetapi berada dalam segmen yang berbeza.
Saga R bakal diposisikan dalam segmen A+ (sedan kompak), manakala Persona R dalam segmen B yang bakal bersaing dengan Toyota Vios, Honda City dan Volkswagen Polo Sedan.
Saga R bakal diposisikan dalam segmen A+ (sedan kompak), manakala Persona R dalam segmen B yang bakal bersaing dengan Toyota Vios, Honda City dan Volkswagen Polo Sedan.
Segala maklumat terperinci mengenai spesifikasi dan rekabentuk setakat ini masih lagi dirahsiakan. Hanya yang ada adalah gambaran dari pelukis atau designer bebas.
Gambaran Proton Saga Baru 2016 yang menggunakan rekabentuk Proton Iriz. Agak menarik dan memikat. Tidak mustahil jika ianya direalisasikan.
Ini pula adalah gambaran Proton Saga Baru 2016 yang turut menggunakan rekabentuk Iriz tetapi dengan rekaan lebih canggih dan moden.
Sememangnya Model Saga amat penting buat Proton kerana ia merupakan model pertama dan menjadi ikon yang memperkenalkan Proton sebagai salah satu syarikat pengeluar kereta di dunia.
Model Clay Proton yang dipamerkan dalam salah satu pameran ini mungkinkah memberi gambaran awal akan rekabentuk Proton Persona Baru 2016?
Terkini! (28 Sept 2016)
Informasi dan Gambar terbaru model kereta Proton Saga Baru 2016 yang dilancarkan pada 28 Sept 2016 boleh anda lihat melalui laman berikut :
Proton Saga 2016 |
Proton Persona Serba Baru telah dilancarkan secara rasmi pada 23 Ogos 2016. Dapatkan informasi lengkap akan harga, spesifikasi dan galeri gambar Proton Persona 2016 melalui laman berikut :
Proton Persona 2016 |
2. Proton Perdana
Bagi Model Perdana Baru – Fasa 2 pula adalah kesinambungan model Perdana generasi baharu yang dibangunkan menggunakan platform dan teknologi Honda iaitu Honda Accord generasi ke-8.
Perdana Baru – Fasa 2 bakal tampil dengan perubahan rekaan yang lebih ketara berbanding dengan model ketika ini (bukan lagi rebadge tetapi rekaan baru sepenuhnya).
Ada kemungkinan Perdana Baru – Fasa 2 ini bakal menggunakan enjin NEO1 yang telah dibeli dari Petronas atau masih mengekalkan enjin asal Honda Accord tetapi akan ditala semula oleh jurutera Proton.
Gambaran model Proton Perdana Baru 2016 yang kelihatan sungguh moden dan elegan. Proton juga menjanjikan Perdana Baru ini berada satu aras yang sama seperti jenama mewah antarabangsa dari Jepun seperti Lexus, Infiniti dan Acura.
3 Model Kereta Baharu
Ketiga-tiga model baru ini adalah satu perancangan yang tepat dikala Perodua juga sibuk untuk mengeluarkan model sedan pertama mereka. Namun malangnya segalanya dilihat umpama persaingan sesama pengeluar tempatan dan adakah ianya memberi kesan positif atau negatif?
Jika kedua-dua syarikat ini bergerak positif seperti Hyundai dan KIA, tidak mustahil industri automotif negara akan berkembang maju dan mampu menembusi pasaran luar negara. Apa pun... Sama-samalah kita lihat nanti...
Proton Pickup (4x4)
(Kemaskini 5 Okt 2015)Ketika di Pameran Karnival Proton (Alami Proton) di Shah Alam baru-baru ini, Proton telah mengejutkan peminat automotive negara apabila mempamerkan sebuah kenderaan konsep iaitu Proton Pikap (Pickup Truck 4x4).
Satu rekaan yang sangat menarik dengan rekabentuk terkini. Walaupun jelas kelihatan akan pengubahsuaian dari Proton Exora tetapi designer Proton bijak mengolah sehingga kelihatan serasi "masyuk" dengan rekaan ini.
Mungkinkah Proton akan mencuba untuk memasuki segmen ini? Sebelum ini Proton pernah memasuki segmen pikup ini dengan Model Proton Arena. Walaupun ianya gagal tetapi market segmen ini telah berkembang pesat sejak lima tahun kebelakangan ini mungkinkah telah menarik perhatian Proton untuk kembali bersaing?
Sama-sama kita nantikan... Adakah dari konsep akan menjadi realiti...
Teknologi Enjin & Transmisi
Proton juga telah memulakan program pembangunan enjin generasi baharu menggunakan teknologi suntikan terus bahan api GDI dan TGDI (Turbo) berkapasiti 1.3l dan 1.5l. Enjin ini tiada lagi kaitan dengan keluarga enjin Campro dan merupakan enjin baharu sepenuhnya.
Jangkaan untuk enjin GDI memasuki fasa pengeluaran adalah pada 2017 dan enjin TGDI pula pada 2018.
Jangkaan untuk enjin GDI memasuki fasa pengeluaran adalah pada 2017 dan enjin TGDI pula pada 2018.
Teknologi suntikan terus bahan api telah dibangunkan oleh Ricardo dan enjin baharu ini masih menggunakan blok enjin “cast iron” tetapi ketebalannya dikurangkan untuk memastikan ia lebih ringan. Kemungkinan enjin ini bakal menggunakan “timing chain” namun ia bergantung pada kos dan sebagainya.
Proton juga bakal beralih kepada transmisi CVT (torque converter) dari JATCO bagi menggantikan transmisi CVT Punch kerana lebih cekap, lancar dan jimat minyak. Ia akan mula digunakan pada pertengahan 2016.
Model Exora juga akan ada lagi model Facelift pada tahun 2016 sebelum diganti dengan model baru Proton Exora (replacement) sepenuhnya pada tahun 2017.
Proton Preve dan Ixora
Bagi model Proton Preve, Ianya masih terlalu baru untuk memulakan proses 'replacement'. Preve MC akan menjadi model seterusnya sebelum Preve Facelift (Dikatakan ada perubahan besar dan dijangka akan menarik semula minat orang ramai).Model Exora juga akan ada lagi model Facelift pada tahun 2016 sebelum diganti dengan model baru Proton Exora (replacement) sepenuhnya pada tahun 2017.
Kembalikan Kepercayaan Dan Kegemilangan
Industri automotif di negara ini amat sengit persaingannya. Untuk memenuhi kehendak pembeli bukanlah sesuatu yang mudah kerana bukan hanya perlukan rekabentuk yang menarik tetapi pelbagai faktor penentu lain seperti kualiti, teknologi, penjimatan minyak, keselamatan, harga, jaminan, servis dan sebagainya perlu diambil kira.
Disarankan Proton jangan mengambil kira dari sudut tertentu sahaja tetapi dari semua sudut agar kesilapan yang sama tidak berulang. Atasi segala kelemahan serta kekurangan dan sudah pasti kepercayaan pembeli akan kembali...
Mungkinkah Proton akan mampu mengembalikan kegemilangannya? Selain itu mampukah juga membuka pasarannya lebih luas ke luar negara? Segalanya akan terjawab apabila semua plan tindakan Proton berjalan. Model Kereta Baru Proton 2016 akan menjadi saksi akan masa depan Syarikat dan Jenama Proton...
50 comments - "Model Kereta Baru Proton 2016"
Wah semakin cantik rekaan kereta nasional negara..
Perdana tu nampak smart. Tp sedih sebenarnya sbb projek proton kebanyakkan tak berjaya. Nasib baikla ada Saga, Exora dan Persona. Preve pun okeyla.
Sy suka perdana je. Sedap kot bawak perdana. Hehehe
Cantiknya model perdana baru tu ^-^
Wowww, makin variasi dengan proton..
Situasi sekarang utk membeli aset baru kena fikir berkali-kali BM. Tapi tak rugi kalau beli yg mendapat tawaran rendah. Tunggulah tak lama kakak rasa kalau nilai RM terus merudum ramai yg jual rumah mereka (terutama yg punya banyak rumah). Begitu juga kereta. Jadi kalau ada yg jual murah tu bolehlah kita grab...
Cantik memang cantik tapi kena lihat nilai duit kita sekarang sgt membimbangkan.
Aku baru kerja. Jauh kena berulang. Keluarga tak bagi beli kereta second-hand. Aku duk target kereta yang jimat minyak dan kategori murah. Rindu dengan kereta Kancil (Daihatsu Mira)..
Harap Proton bina kereta ala-ala MPV. Untuk 6-7 penumpang. Boleh muat mak ayah, isteri dan anak-anak. Pelbagaikan, seperti segmen sedan.
Exora sahaja tak cukup pilihan. Dulu kita ada NAZA RIA.. Harap Proton juga ada MPV. Kereta segmen besar dan mewah seperti Alphard, Innova, Estima juga boleh dicuba Proton. Rakyat Malaysia kini semakin kaya, jika kualiti bagus dan harga berpatutan, Rakyat pasti pilih Proton Insha Allah.
Saya Insha Allah memang juz akan beli kereta buatan Malaysia. Cuma nak cari yang sesuai dan berbaloi
pilihan yang tepat. Slain drp e2 you bleh beli d'Max pun boleh tahan ekonomi bahan api lagi lasak mcam saya punya
Kereta Kancil satu pilihan yang tepat. Tapi kena fikir dari segi keselamatan juga kalau jalan jauh saya syorkan 4x4 D'Max 2.5 dan yang serupa dgnnya.
tahun depan hutang kereta saya in syaa allah akan langsai, dan setakat nih, tak terfikir nak tukar kereta lagi
semuanya ada pesona..lawa2 jg proton ni..sebab tu ramai menggunakannya
terpesona lak tgk rekabentuknya ...
...Anak-anak mak dan bapa saya...saya dan adik beradik setakat ini...semuanya beli kereta proton....bangga dengan proton....kalau pergi beraya rumah adik-beradik....digelar keluarga proton...
Rekaan kereta Malaysia perlu ikut peredaran semasa. Bagus juga la sebab nmpk usaha ke arah itu. Cantik juga la.
proton saga oke tuh
Cantik bergaya styl baru..up grade proton Malaysia hebat..
Klu nak join suzuki pic yg no.2( bwh kale merah) aku grnty ramai yg nak beli tapi klu pic no.1 (atas kale oren) mmg proton buat silap besar sbb generasi skrg x minat rekabntuk dia..jadi mcm van keranda (juara )la nmpk gayenye....buang dwit beli stam part je sbb aku bekas pekrja proton dulu.....
Rasanya ramai yg terganggu disebabkan harganya..mungkin ada mahal...kerana selisih harga dgn kereta toyota dan honda tidaklah banyak sgt..kesudahan apabila trade in yg jd beban..toyota dan honda ada harga..
Sy berminat sgt dgn suprima s..disbb kn harga lebih kurang dgn vios..sy trpksa ambil vios utk isteri saya..Apa hal pon...sy bangga kerana proton dan perodua...andai keluar 4x4 dr proton..sy akan beli jika bersesuaian dgn harganya...👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍
ini lah masalah proton..lambat,ketinggalan itu yg sy boleh katakan..2017,2018 silap2 org dh mula pakai kereta EV dan mgkin 2020 stesen pengecas elektrik dh mula wujud utk kereta EV ni..sepatutnya skrg proton dh guna enjin tu,malah bukn skang tp sepatut-patunya 2-3 tahun lps..GDI mitsu dh lama pakai..CVT dr jatco sepattnya dr mula2 pakai CVT utk saga flx dlu..proton jauh ketinggalan dh,enjin cmpro cps tu sepatutnya kluar thn 2004 masa campro kluar,ptt xperlu campro kosong tu,br lah dpt bersaing dgn vios pd masa tu dan waja campro spttnya xprlu n terus guna je cps..mcm cfe tu kluar agak lewat jgk,pndek kta proton ni semua keluar lmbt dan 1st kluar mmg model yg xspttnya mcm exora dgn enjin cps..proton bgus tp sekali lg sy ckp proton lembab n ketinggalan..sy pn gn proton jgk
Minat sangt saga model baru t..
harga kereta baru proton dah nak sama dengan harga nissan almeera,toyota vios n honda city baru.kurangkan lagi harga kereta proton.
Wahhh banyak model baru Proton ni tahun depan. Harapan moga Proton dapat bersaing dengan model luar negara seperti Toyota atau Honda
Wah banyak model baru Proton tahun 2016 ini. Harap-harap dapatlah bersaing dan Proton terus menjadi pilihan rakyat Malaysia dan mampu bersaing dengan jenama luar seperti Toyota atau Honda
Kadang2 bukan susah pun Proton nak kuasai market kereta / MPV di Malaysia , tetapi kdg2 CEO buat2 tak nmpk atau tak paham. Ok ini pdpt aku:
1) SIKAP. Pembeli kereta di Malaysia, bila nak beli kereta mesti tengok 3 kombinasi ni, harga + bentuk+jenama. Tp kdg2 jenama boleh diketepikan kalau bentuk cantik dan harga munasabah. Mslh kereta Proton, yg model cantik hg tinggi pulak, yg bentuk hodoh hg murah. Sbb tu org beli model Perodua utk harga dan bentuk yg berbaloi.
2) BENTUK. Yg ni aku nak komen lebih, ada designer proton yg terasa. Tp serius, dia org tak pernah belajar dari kesilapan. Proton Juara, Tiara, Exora, Saga, Iriz.... Teruk benar designnya. Mungkin korang tak setuju, tp statistik sales telah membuktikan. Yg tahan sikit mcm Inspira, tp hg pulak mahal. Exora sebenarnya boleh mencuri sales market utk MPV kalau ada usaha utk keluarkan 2nd generation. Ubahlah bentuk dan tingkatkan kualiti. Avanza pun skrg sales jatuh berbanding Livina.
3) HARGA. Aku rasa ni lah point paling penting sekali. Tun M selaku penasihat proton pernah kata, Proton tak akan jual kereta dgn hg murah tp akn tingkatkan kualiti. Strategi ni sbnrnya makan diri sendiri. Apa kelebihan proton? Kalau kualiti mmg ketinggalan jauh dgn kereta import. Tp Proton masih lg boleh bersaing dan menguasai market mcm dulu (melalui model Wira) kalau pandai main harga. Cuba lihat, kenapa Iriz gagal. Ramai memilih Myvi atau Axia. Rata2 salesman mengatakan, harga Iriz tak kena. Kereta kecik, tp hg mahal. Cuba jual bwh hg Axia.... Begitu juga dengan Inspira dan Preeve. Bila sebut kereta nasional..... mesti org target hg lebih murah berbanding import. Tp kalau beza 4K-5K je, baik ambil model import. Tak gitu.
KESIMPULANNYA.... Sbnrnya masih ramai peminat Proton di luar sana. Setiap kali Proton melancarkan model baru, harapan mereka tinggi,mula2 mereka akan design, kemudian harga. Kalau cantik tp mahal, org tak akn beli (kecuali kereta import). Mereka yg baru bekerja, student, mereka yg berpendapatan rendah adalah peluang pasaran (kereta), yg berkeluarga jg tak terkecuali (MPV). Jgn suatu hari nanti....Proton hanya tinggal jenama shj. Ayuhlah... bankit dan terus mara. Sekian
Saya pun Keluarga Proton. Saya pakai Waja. Mak dan Ayah pakai Preve turbo. Kakak pakai FLX. Adik adik pakai Saga BLM dan Savvy. Semua tiada masalah. Ayah pernah pakai Saga Magma, Iswara dan Wira. Spesifikasi Kereta Proton terbaru seperti Iriz, Preve Turbo dan Suprima mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terbaik berbanding dengan kereta-kereta import popular Jepun. Kereta-kereta Proton ini ada Electronic Stability Control (ESC) dan Traction Control (TC) yang hanya didapati pada kereta kereta yang mahal. Semua model Iriz ada TC yang sangat berguna bila hujan termasuk yang paling murah. Ketiga-tiga model Proton ini, juga Exora diperbuat dari Ultra High Tensile Steel. 7 Gear CVT terdapat pada Preve turbo dan Suprima. Ayuh mari beli kereta Proton.
Saya ada buat perbandingan spesifikasi di antara City, Vios, Almera dan Suprima/Preve Turbo. Sebenarnya Suprima/Preve Turbo adalah kereta yang terbaik dari segi spesifikasi. Cuba lihat system brek. Suprima/Preve mempuyai semua disk break. City/Jazz dan Almera drum dibelakang. Gear box, Suprima/Preve turbo 7 gear CVT, City/Jazz 6 gear CVT macam Saga FLX. Almera dan Vios guna 4 gear macam Saga BLM/Gen 2. Suspension belakang: Suprima/Preve turbo guna multilink suspension dgn stabiliser bar macam accord. City/Jazz, Vios dan Almera guna Torsion beam macam Saga FLX. Besi Suprima/Preve guna Ultra High Tensile Steel, City/jazz, Vios dan Almera tidak guna besi macam Suprima. Suprima/Preve turbo ada ESC dan Traction control. City/Jazz ada ESC tetapi tiada traction control. Vios dan Almera tiada ESC dan tiada Traction control. Suprima/Preve turbo ada 6 air bags, cruise control dan paddle shift, rain sensor, follow me home light. Spec yang ada pada Suprima/Preve terdapat pada kereta Jepun/France yang jauh lebih mahal seperti Camry, Teana, Sonata, 508 yang high spec, itu pun belum tentu mereka ada 7 gear CVT.
Sekarang saya nak cerita pula spec Proton Iriz. Semua model Proton Iriz dari yang termurah ke termahal diperbuat dari Ultra High Tensile Steel. Semua model Iriz juga ada ciri ciri keselamatan yang terbaik iaitu, ada ESC dan Traction Control. Hill hold assist pun ada. ESC akan mengelakkan kereta yang langgar kelopak air masa hujan pada sebelah tayar dari terbabas, kereta masih boleh bergerak lurus. Masa hujan Traction Control pula beri grip kepada kereta supaya tayar tak spin dan tidak terbabas. Semua kereta lumba formula satu ada Traction Control, elak dari terbabas semasa kona. City/Jazz, Vios, Almera, Civic, HRC, Accord pun tiada traction control. Suspension Iriz, tune oleh Lotus, membolehkan ia dibawa jarak jauh tanpa rasa penat berbanding kereta kecil lain. Saya dah book Iriz. Berbaloi beli Proton Iriz, value for money.
Bagaimana dengan MPV? Ini review saya mengenai Proton Exora, Nissan Livina dan Toyota Avanza. Proton Exora mula dilancarkan pada 2009, Livina 2006, Avanza 2003. Exora facelift pada 2011, Livina facelift pada 2013 dan Avanza facelift pada 2011. Exora diperbuat dari Ultra High Tensile Steel. Livina dan Avanza besi biasa. Engine Exora 1.6 turbo ada 138 horsepower (hp) berbanding dengan Livina 1.8 (126 hp) dan Avanza 1.5 (103 hp). Exora 1.6 CPS pun ada 125 hp sama dgn Livina 1.8. Sebenarnya technologi CPS (Camprofile Switching) sama dgn VTec Honda dan Variocam pada Porche. 4 disk Brake pada Exora Turbo, hanya drum brake belakang Livina dan Avanza. Rim Exora turbo sport rim 16 inci, Livina dan Avanza hanya 15 inci sport rim. Gear box Exora Turbo CVT 7 gear. Livina dan Avanza masih guna 4 gear automatik jenis lama. Exora boleh duduk 7 orang dewasa dgn selesa. Avanza dan Livina, 5 + 2, iaitu 5 dewasa dan 2 kanak kanak. Exora turbo ada ESC (Electronic Stability Control). Livina dan Avanza tiada ESC. Review saya menunjukkan Exora terbaik dari segi spec dan keselamatan, mengatasi persaingnya. Review saya tentang model model terkini Proton juga menunjukkan kereta proton terbaik dari segi spec dan keselamatan dan berbaloi, value for money. Jangan lupa, ride and handling (keselesaan) oleh Lotus setaraf dgn ride and handling kereta buatan eropah spt VW dll
Kesimpulannya, jelas sekali dari segi spesifikasi, persaing Proton Iriz ialah Jazz/City yang jauh lebih mahal, itu pun Jazz/City tiada traction control. Persaing Proton Persona (lebih murah), ialah Vios dan Almera yang masing masing masih guna gear auto 4 gear. Persaing Proton Preve turbo (5 star crash test) mungkin Accord (4 star crash test) yang guna 5 gear auto juga tiada traction control dan harga mahal. Persaing Suprima S mungkin Camri 2.5, teana 2.5 yang jauh lebih mahal. Memang berbaloi beli Proton.
Sebenarnya spesifikasi Vios hanya sama dengan Proton Persona, masing-masing ada 4 gear auto, 4 disk break, suspension belakang hanya torsion beam, sports rim 15 inci alloy, ada ABS break saja dan 2 air bags sahaja. Vios jauh lebih mahal dari Persona dan Preve. Cuba lihat spec Preve, 7 gear CVT, 4 disk break 16 inci sport rims alloy (Suprima 17 inci), suspension belakang independent multilink dengan stabilizer bar (Altis pun hanya torsion beam), bukan hanya ada ABS Preve/Suprima ada Electronic Stabiliser Control (ESC) dan Traction control (Altis 1.8 pun tiada traction control), Engine Preve turbo dgn 138 horsepower (Altis 1.8 pun 138 hp), Vios hanya 109 hp (Proton Waja CPS pun dah 125 hp), 6 air bags bagi Preve/Suprima.
syabas proton kerana dapat mengikuti era teknologi moden dan berada bersama pesaing pengeluar kereta luar negara, kereta proton buatan tempatan body dan injin , semoga proton berjaya dan terus berjaya insya Allah. . . .
rege kena murah lagi lah..
lebih2 lg rm jatuh ni
2 tahun guna preve manual, tiada masalah besar, kecik2 tu biasa la.
kawan2 puji naik keta selesa..
rasa bangga, tak menyesal beli proton.
nampak gaye proton semakin matang..dlm pembikinan kereta..dan 4x4
Saya suka memnadu proton persona. bagi saya agak sesuai utk org yg baru berumahtangga dan kg mak ayag jauh dr bandar. kalau nak bajet rendah sikit proton saga FLX amat sesuai.
sekarang kereta2 jepun dah mula perkenalkan teknologi penjimatan ECO. semua kkereta jepun dari enjin vvti, vtec dan sebagainya dan perkenalkan eco utk kegunaan bawah 100/kmh khususnya perjalanan dlm bandar.
harap2 proton juga ada sistem sndiri utk lebih dapatkan penjimatan petrol.
Dari segi spec mmg proton dah berjaye tingkatkan. Tp yg membuatkan penggune mls nak bli proton nie adalah sbb kualiti dan servis selepas jualannye. Kalau kite beli kerete baru, dlm jangke mase 2-3 tahun sekurang2nye xnak le ade masalah. Hati penggune nak ketenangan sbb tu bli kerete baru. Klu nak rosak jugak, ape nak buat...nasib bdn. Tp bile anta kerete ke sc, harapnye dpt le selesai masalah nie. Jngan berulang lg. Mase baik pulih plak jngan le sampai berhari- hari. Ini kelemahan yg sngat perlu di perhatikan oleh proton. Kipidap, dongibab.
Aku sokong hang. Aku nak beli MPV. Aku nak beli kereta nasional. Masalahnya Exora tak kemas. Alza kecik sangat belakang. Tolong berubah please. Orang Malaysia kan kreatif-kreatif. Dato Dajib... tolong tengok sikit CEO Proton ni !
Saya nak Proton gigihkan usaha pada design. Tupu betul-betul. Kereta proton sekarang hodoh. iriz mungkin bagus spec dia. tapin hodoh. Contohi Myvi. semakin hari semakin diperkemas..
PROTON KALAU NAK BERSAING KENA GUNA ENGIN YG PAKAI TIMING CHAING, JGN PAKAI TIMING BELT LG.
Proton sebelum launch macam2 reka bentuk yg nampak cantik, simple, fresh, elegance.. Tp bila da launch buruk plk yg kuar.. Sape la yg approve kuar kete bentuk buruk.. Cam perdana baru.. Gambar atas cantik tp yg kuar hampeh.. Saga atas design cantik . tp yg bkl launch ni pon nmpk hurmmm...
Proron memang bagus. Dah buat terbaik.
Masalah memang ada tak boleh elak.
Yg pebting kialiti khudmad pelanggan selepas jualan.
Kalau ada aduan segera bertindak dgn tunjukan kesungguhan yg tinggi utk selesaikan masalah. Bukan suka bersikap lepas tangan.
Suvus yg pantas.
Jika masalah yg agak sukar dikenal pasti, terus tukar komponen.
Fokuskanlah kpd survis 5 bintang.
In syaa Allah keyakinan akan kembali kpd proton.
Saya masa mula beli avanza dulu giar box rasa tak sedap. Ada bunyi agak kuat sikit je.
Pergi pusat survis terus tukar exel. Tak banyak cerita. Problempun hampir satle.
Kalaulah proton buat macam tu.
Takda banyak songel.
In syaa Allah itulah yg lebih penting drp kualiti kereta itu sendiri.
I dah lama pakai proton saga.. Selama 16 tahun i p kerja p.balik 250km sehari.. boleh dikatakan jenama proton adalah sesuai untuk pjlanan jauh.. Memng lasak.. Semoga proton terus mju... Perodua i belum test g. Hrap tahun ni bolangkat bezza..
Harap proton dpt keluar suv , mcm HRV, tengah panas skrg model cmni, mintk2 x kuar la ertiga tu..
HRV pun pakai torsion beam untuk suspension belakang, macam saga flx
kecewa bila proton pilih ertiga :
cadang nk miliki saga executive n bayar tunai. syaratnye, kalo hyundai getz 1.3A tahun 2005 boleh trade in.
Saga Premium CVT paling berbaloi, ada VSC, traction control, hill hold assist, ciri-ciri keselamatan yang terbaik. Juga ada kamera belakang.
proton patut buat sebiji design sporty mcm legendary satria gti.
design proton teruk
Design Proton Cantik, keluarga saya pakai Preve, Saga FLX, Saga BLM, Waja, Savvy, Iriz dan Gen 2, semua buatan tempatan dan saya bangga, Perodua semua klon dari Daihatsu... tak perlu nak bangga. Pernah pakai Perodua kelisa (Daihatsu Cuore), lepas setahun jual, pedih tulang belakang dibuatnya. Setuju bila kawan kata Proton memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah.
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum