Doa Penawar Kesedihan Dan Kedukaan: Hidup ini umpama putaran alam, ada siang dan ada malam. Tidak selamanya kita akan sentiasa bahagia dan ceria. Sampai suatu ketika kita mesti akan melalui saat kesedihan dan kedukaan. Inilah pahit manis dan asam garam kehidupan yang mesti kita semua tempuhi.
Jika itu apa yang aku rasai, apatah lagi empunya diri yang akan melalui dugaan dan kesukaran untuk meneruskan kehidupan ini.
Dalam situasi ini, paling penting untuk kita mengawal emosi. Jangan sesekali menyalahkan tetapi reda dengan ketentuanNya kerana setiap seseuatu kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya. Hanya dengan keteguhan iman serta kesyukuran akan dapat kembali memberi ketenangan serta kekuatan dalam diri.
Kembalikan Kekuatan Diri
Kesedihan dan kedukaan itu akan tidak dapat kita hindari. Jangan pula kecewa dan lari darinya tetapi hadapilah ia dengan penuh kesabaran dan keredaan. Pada saat ini jiwa dan akal akan menjadi lemah, maka kita perlukan bantuan serta sokongan untuk menghindar diri dari sebarang tindakan diluar kewarasan.Oleh itu, gunakanlah senjata kekuatan diri yang diberi hanya kepada kita sebagai umat Islam, iaitu doa. Berserahlah kembali kepada Maha Pencipta dan berdoalah kerana hanya kepadaNya tempat kita memohon dan mengadu.
Doa adalah penawar mujarab bagi merawat kesedihan dan kedukaan. Berikut adalah antara panduan doa yang boleh kita amalkan jika ditimpa musibah, dalam kedukaan atau kesedihan serta kesukaran dalam menempuh ujian dan dugaan Allah SWT.
Doa Ketika Sedih Dan Duka
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ كَثُرَ هَمُّهُ فَلْيَقُلْ: " اَللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ ، وَفِى قَبْضَتِكَ ، نَـاصِيَتِى بِيَدِكَ ، ماَضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِـهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أَنْزَلْتَـهُ فِى كِتَابِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِـهِ فِى مَكْنُوْنِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِى ، وَجَـلاَءَ هَمِّى وَغَمِّى " – مَا قَالَهَا عَبْدٌ قَطْ إِلاَّ أَذْهَبَ اللهُ غَمَّـهَ وَ أَبْدَلَـهُ بِـهِ فَرْحًـا .(صَحِيْحٌ – رَوَاهُ أَحْمَدُ وَابْنُ حِبَّانٍ)
Dari Abdullah Bin Mas'ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca:
"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri)ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku".
Tidak seorang hamba pun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan. (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban)
Namun... walau apa jua pengakhirannya sama ada kembali bahagia dan ceria atau sebaliknya, itu adalah suratan takdir yang mesti kita hadapi. Terima segalanya dengan reda serta yakinlah akan hikmah dan ketentuannya kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat kita semua.
Semoga kita semua beroleh kebahagian dan kecerian dalam kehidupan disamping insan-insan tersayang...
p/s: Doaku semoga bapa mertuaku kembali sihat dan pulih sediakala akibat serangan stroke baru-baru ini. InsyaAllah... Amiin.
15 comments - "Doa Penawar Kesedihan Dan Kedukaan"
Tidak ada manusia yg sentiasa dpt melalui kehidupan yg laluan yg sentiasa mudah. Sedangkan rasulullah pun utk menyebarkan syiar Islam menempun berbagai rintangan dan dugaan. Tapi doa dan usaha berlipat kali ganda kena selalu ada dlm diri..
alahai...moga dia kembali sihat ye
dapat berita ni pasti sesiapa sahaja susah hati
semoga semuanya baik2 belaka
Moga kita semua sentiasa di bawah lindunganNYA dan beroleh kesihatan yang baik hendakNYA..
Moga your FIL cepat sembuh hendakNYA.
hidup di alam dunia spt juga alamnya ada siang ada malam ada gelap ada terang ada suka ada duka..selagi hayat dikandung badan silih ganti kita rasai...hanya doa mengubat segalanya...semoga FIL.. BM sembuh pulih sediakala.
Hidup ini tidak kan pernah boleh lari dari ujian. Semakin kite diuji, semakin kite perlu dekatkan diri pada Dia.. Sy doakan juga semoga bapa mertua BM cepat2 sembuh, insyaAllah..
Doa penawar kesedihan dan kedukaan. Bila kita berada dalam kesedihan, kita ingin rasa kembali kepada Allah... Bila kita rasa dekat dengan Allah, Allah akan mengeluarkan kita dari kesempitan dunia kepada keluasan akhiratnya... La Ba'sa Tahur In Syaa Allah. Shafahu Allah.
smoga dia cpt sembuh..hargai la masa sihat kita..
Kecewani tak boleh lama sangat, takut dihanyutkan oleh perasaan...bagus ada doa untuk diamalkan
sangat menarik sekali infonya
Smoga FIL BM cepat sembuh.
Semoga ayah mertua BM cepat sembuh ya..
sedih tawa dan gembira itu asam garam pahit manis kehidupan..itulah rasanya santapan hati kita yang ada perasaan kemanusiaan. Subahanallah..baca lah al-Quran ..
BM dah berumahtangga ..anak dah berapa ya?
Cara BM persembahkan imej dan bait kata tu lah yg Etuza melekat kat sini..indahnya rasanya BM ni seorang yang amat berhati2 dan kuat pegangan agama..orng beriman..tahnia ya..teruskan sebegini..
kekuatan doa itu sangat dahsyat
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum