بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Cara Memilih Nama Dan Domain Blog: Mungkin agak pelik jika anda menyebut perkataan dammahumnib. Tidak pernah didengar dan tidak tahu pula apa maksudnya. Bukan sengaja untuk membuat keunikan atau menimbulkan persoalan namun jika sesiapa yang melihat dengan teliti, pasti akan memahaminya.

Cara Memilih Nama Dan Domain Blog

dammahumnib jika anda membacanya mengikut ejaan roman, dari kiri ke kanan... Tetapi jika anda mengikut ejaan jawi, dari kanan ke kiri... pasti anda menyebutnya binmuhammad :)

binmuhammad = dammahumnib

Maka sekarang anda jelas kenapa domain blog ini www.dammahumnib.com dan nama blog BinMuhammad. Pasti ada pula yang tertanya-tanya pula, kenapa tak guna binmuhammad.com? Bukan tak mahu, tapi tidak boleh sebab ianya telah dimiliki oleh blogger lain.

Memilih Nama Blog dan Domain

Bagaimana pula anda memilih nama blog dan domain? Memilih perkataan yang sesuai untuk dijadikan nama dan domain blog adalah penting untuk memberi impak, kelihatan profesional di mana akan selari dengan ketepatan kandungan, kemudahan tindakan, mesra pengguna dan SEO.

Adalah lebih bagus jika dapat menggunakan perkataan sama untuk nama dan domain blog agar ianya mesra, mudah disebut, dikenali dan senang ditulis serta diingati kerana tidak menyusahkan diri sendiri, pengunjung atau pengguna. Ianya juga memberi impak yang positif pada enjin carian untuk menjadikan nama dan domain tersebut sebagai kata kunci utama di SERP.

Bagi sebuah blog peribadi, nama blog dan domain biasanya menggunakan nama blogger itu sendiri kerana ianya lebih sinonim dan bersifat keperibadian serta bertepatan dengan kandungan blog peribadi yang biasanya tanpa niche atau rojak (pelbagai topik).

Jika blog yang mempunyai niche pula, nama blog dan domain digalakkan menggunakan perkataan yang sama dan berkait rapat dengan niche blog. Adalah agak janggal dan menyukarkan pengguna jika sesebuah blog niche menggunakan perkataan yang tidak ada kena mengena dengan niche blog.

Ianya juga sangat penting untuk SEO blog berikutan perkataan tersebut menjadi kata kunci yang sangat kuat untuk blog kerana seringkali digunakan dan diulang pada setiap entri. Ianya amat disukai oleh enjin carian dan mudah menyerlah di SERP.

Namun tidaklah menjadi satu kesalahan jika nama blog dan domain tidak sama kerana akhirnya isi kandungan dan topik blog juga yang akan menjadi keutamaan serta dilihat dan dinilai oleh pengguna dan enjin carian.

Bagaimana pula dengan penggunaan perkataan url blog yang pelik dan unik? Kelebihannya mungkin ianya akan menarik perhatian ramai berikutan keunikan dan kepelikannya namun mungkin juga akan mengundang kesukaran dan kejelekan.

Untuk pilihan syarikat pengendali domain dan hosting yang dipercayai dan mudah untuk berurusan (komunikasi dalam bahasa melayu dan urusan bayaran) saya syorkan guna JOMHosting.Net. Hanya klik link atau bannner di bawah ini untuk maklumat lanjut:

Malaysia Cheap Web Hosting

Blog Anda... Hak Anda

Apa pun pilihan, ianya terpulang kepada blogger tersebut dan pastinya ada sebab dan matlamat tertentu dalam memilih nama untuk blog dan domain. Blog anda... hak anda, cara anda. Janganlah terlalu terkongkong. Namun harus diingat, jangan pula sampai membatasi hukum agama, undang-undang dan moral.

Apa yang lebih penting adalah kandungan blog yang berkualiti, original, dipercayai serta disukai ramai dengan gaya penulisan yang tersendiri. InsyaAllah... Nama blog dan domain anda akan mudah naik serta dikenali di dunia blogging dan juga SERP.

Terima kasih bersama Blog BinMuhammad @  www.dammahumnib.com yang kini telah menjadi kesinambungan kepada blog Relaks Minda.

Cara Memilih Nama Dan Domain Blog
dammahumnib = binmuhammad

19 comments - "Cara Memilih Nama Dan Domain Blog"

Tanpa Nama delete icon 21:47

Smart nama domain BM.. Terbaik..

Masa memula baca tu terus dpt tangkap binmuhammad tu. Terasa unik plk.
Lama tak jengah ke sini. Apa khabar?

Unknown delete icon 22:05

dah dapat baca dah masa tgk nama domain kat denaihati group ... heheheee

Selamat kembali Kathy, terima kasih... :)

Khabar baik BC. Terima kasih kerana masih mengingati... :)

Terima kasih Vee... Selamat kembali :)

dah lama tak baca karya BM.
Sudah bertukar nama rupanya

mselim3 delete icon 10:12

Assalammualaikum... BM,

oohhh baru faham... nama itu dieja dari kanan ke kiri = binmuhammad jugak. :)

mselim3

Bahrain delete icon 10:57

First time orang guna domain terbalik ni. hehehe

Kreatif BM terbalikkan nama tu yer...

agak janggal disebut namun ada yang ada pada nama kalau tiada pengisian yang bagus..

Ada satu masa dulu, kawan2 saya suka buat nama terbalik jadi password.. ramai dah tau taktik tu.. tak selamat hahaa.. jadi, pertama kali tengok saya dah dapat rasa url tu nama BM yg diterbalikkan.. :D

Nak guna domain binmuhammad.com tak boleh. relaksminda.com pula dah dijangkiti virus... Pening juga memikirkan nak letak nama domain. Akhirnya... dammahumnib jadi pilihan. Dapat secara tak sengaja...hehe

Tepat sekali... Akhirnya pengisian juga yang dinilai :-)

saya pun mula tu cam pelik...pastu terperasan perkataan binmuhammad tu =)
tapi seriously unik =)

saya masa pilih nama tu main hentam aje BM
sekarang cam dah rasi plak

Patut la bile cari relakss minda dah takde entri baru.. Masuk sini secara tak sengaja melalui denaihati.. Jumpe juga blog baru BM..:)

Etuza delete icon 10:35

satu lagi perkongsian yang Etuza kira hebat dari BM

Ooo...baru tau asal-usul nama blog ni. Unik dan kreatif.

Hehehe dlu2 terfikir gak apala maksud nama ni...nak sebut agak sukar juga pada mulanya..last2 ohhh tahu jugak...

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap