بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua sihat dan berbahagian disamping insan-insan tersayang. Ramadan kini berakhir, Syawal pula menjelma... Bulan kemenangan buat umat Islam yang berjaya mengharungi Ramadan dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Semoga segala kewajipan dan amalan diberkati dan beroleh keberkatan.

Salam Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015... Raikan hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran. Semoga kita dipanjangkan usia agar dapat ketemu lagi di bulan Ramadan yang akan datang.

Salam Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015
Salam Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015 

Relaks Minda anda sambil menikmati pantun menarik ini agar ceria di hari raya...

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.

Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Anak harimau berlari-lari,
Sambil berlari memakan roti,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf seikhlas hati.

Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.

Tok Dalang pergi ke dusun,
Gadis India memakai sari,
Seikhlas hati jari disusun,
memohon dimaaf kekhilafan diri,

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di AIDIL Fitri,
Hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja penggganti diri.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara jepun dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.

Biar amarah disunting senyum,
Ibarat pekerti disulam kasih,
Diharap dihalal makan dan minum,
Ibarat rezeki tidak disisih

ANaK CiNa SungGuH LaWä
JäDì PelüKìS diBäWäH PòHòN,
äNdäì KäTäKù MéNüSüK JìWä
JäRì dSùSùN MaäF KüPHòN.

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Sungguh rendang pohon rumbia,
Tempat persinggahan si anak kera,
Ketupat rendang sudah tersedia,
Jemputlah semua menjamu selera.

Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.

Adik tersayang segak bergaya,
Memanjat kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

Menyeberang laut melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.

Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Masak lomak cili api,
Campo dongan daun turi,
Hari rayo kolumpo sopi,
Tinggal penyamun dongan pencuri.
(org kolumpo jgn kocik ati!)

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.


Sebelum undur diri, kemaafan ku pohon andai ada tersalah dan silap sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Sesungguhnya aku jua insan yang lemah, tidak lepas dari melakukan kesilapan. Semoga kita semua beroleh ketenangan dan kebahagiaan... kosong-kosong ya!

Salam Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015... Maaf Zahir & Batin, ikhlas dari admin... Bin Muhammad :)
sumber pantun: http://aniqbukhary.blogspot.com

2 comments - "Salam Hari Raya Aidilfitri 1436H/ 2015 "

Assalammualaikum.. BM,

selamat menyambut hari raya dan maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap...

mselim3

Selamat Hari Raya Aidilfitri BM...

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap