بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pada minggu terakhir Ramadan ini, kita semua menjadi semakin sibuk. Ya! Sibuk dengan pelbagai urusan duniawi... diantaranya adalah urusan kerja yang terpaksa dilakukan berganda kerana akan bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri nanti. Dalam pada masa yang sama terpaksa juga membuat persiapan untuk diri dan keluarga.

Daripada membeli pakaian baru sehinggalah kepada menukar wang kertas baru... Semuanya perlu dilakukan dan diselesaikan agar Hari Raya yang mendatang ini dapat disambut dengan meriah. Pada ketika ini mulalah terasa masa berlalu terlalu pantas.

Inilah cabaran dan ujian besar yang terpaksa ditempuh walaupun kita semua menyedari bahawa 10 malam terakhir Ramadan itulah yang paling berharga dan perlu direbut akan ganjarannya!

Nikmat Dunia dan Nikmat Akhirat Menjelang Syawal

Ganjaran Terlihat dan Tidak Terlihat

Ganjaran diduniawi ini terlihat didepan mata oleh sebab itu kita bersungguh-sungguh melakukannya. Berbaju baru, hidangan yang enak, kegembiraan dan kemeriahan dirasakan serta kenikmatan dapat makan disiang hari. Itu adalah ganjaran yang diperolehi dan dapat dirasai pabila menjelangnya bulan Syawal.

Namun segala ganjaran amal ibadat pula tidak terlihat. Ianya tidak dapat kita rasai dan nikmati didepan mata pabila berakhirnya bulan Ramadan ini. Andai ianya diperlihatkan, mungkin kita semua akan meninggalkan terus segala aktiviti duniawi dan hanya menumpukan kepada amal ibadat!

Mungkin sebab itulah ianya tidak diperlihatkan kerana kewujudan kita di dunia bukan semata-mata untuk beramal ibadat tetapi juga menjalani aktiviti kehidupan untuk keperluan serta kelangsungan hidup dan ketahuilah bahawa ianya juga sebenarnya adalah ibadat... Wallahualam.

Keseimbangan adalah paling penting. Urusan duniawi hanyalah untuk nikmat yang sementara, oleh itu lakukanlah ia kerana amanah dan tanggungjawab manakala segala perbelanjaan pula tidak perlulah berlebihan. Hawa nafsu adalah cabaran yang perlu kita hadapi.

Menikmati Nikmat Duniawi Dan Akhirat

Semua nasihat dan situasi di atas adalah perkara biasa yang kita selalu dengar dan baca. Topik yang sentiasa berulang pada setiap kali menjelangnya bulan Syawal. Kenapa?

Kalau punya duit banyak dan mampu, apa salahnya berbelanja? Salahkah untuk menikmati nikmat duniawi? Lagipun tidak sesekali meninggalkan amal ibadat malah tetap merebut peluang yang ada. Bukankah itu sebenarnya yang dituntut iaitu untuk menikmati kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat?

Ya... Nikmat dunia dan akhirat, kedua-duanya diperlukan namun yang pasti adalah akhirat jua yang paling diutamakan kerana ianya kekal abadi.

Nikmat Dunia dan Nikmat Akhirat Menjelang Syawal

Nasihat diberi untuk ingatan bersama. Jangan leka dengan kesenangan dan nikmat dunia kerana ia merupakan dugaan terbesar yang mudah menyesatkan tanpa kita sedari. 

Bersama-samalah kita saling ingat-mengingatai dan nasihat-menasihati...walaupun ianya perkara/topik yang sama dan berulang-ulang. Jangan jemu menerima nasihat kerana kita adalah insan yang lemah, mudah lalai dan lupa...

BinMuhammad

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap