Menarik kan persoalan ini... Kenapalah agaknya blogger suka tulis entri serta berkongsi tentang topik tutorial, tips, teknik, ilmu serta panduan blogging? Tidak kiralah sama ada blogger platform blogspot mahu pun wordpress, termasuklah saya sendiri pun turut menerbitkan entri tentang ilmu blogging.
Ianya bukan sahaja diterbitkan oleh mereka yang berpengalaman (blogger otai) malah yang baru menjadi blogger turut menerbitkan entri tersebut. Walaupun topik dan ilmu tersebut telah banyak kali diterbitkan namun tetap juga mahu dikongsikan.
Kenapa agaknya? Hanya anda yang tahu jawapannya. Namun dari sudut pandangan peribadi, mungkin sebab-sebab berikut adalah antara sebab mengapa blogger suka menulis dan menerbitkan entri tentang topik tutorial, tips, teknik, ilmu serta panduan blogging...
Sebab Blogger Kongsi Teknik, Ilmu dan Tutorial Blogging
1. Ingin berkongsi ilmu setelah diri sendiri berjaya melakukan teknik, ilmu atau tutorial tersebut.
- Tidak dinafikan, ini adalah sebab paling utama, almaklumlah... seseorang blogger memang tak kedekut dan suka berkongsi ilmu.
2. Mahukan jumlah trafik yang tinggi.
- Benarkah topik sebegini mampu menjana trafik yang tinggi? Melalui pengalaman sendiri, ianya gagal! Hanya beberapa topik sahaja yang berjaya (tidaklah terlalu tinggi) walaupun entri tersebut berada dikedudukan terbaik di enjin carian. Maka, jelaslah ianya bukan topik hangat yang mampu menjana trafik yang tinggi namun tidak dinafikan ianya berjaya membawa trafik yang berterusan.
- Ini adalah realiti sebenar dan buktinya adalah Blog Pakar SEO dan Panduan Blogspot, saudara Hasrul Hassan. Walaupun ilmu blogging menjadi topik tunjang dan niche utama namun kandungan blog terpaksa dicampur aduk dengan entri lain yang mampu menarik trafik yang tinggi.
- Hakikat yang perlu diakui, tanpa trafik, anda tidak akan mampu menjadikan blog berdaya saing, dikenali dan berjaya menjana pendapatan yang baik! (jika itu adalah matlamatnya)
3. Entri serampang dua mata kerana topik tersebut menjadi strategi pemasaran yang baik untuk produk atau servis berkaitan blogging dan website.
- Bagi mereka yang punya perniagaan berkaitan, sudah pasti perkongsian ilmu ini penting untuk membuktikan kemahiran dan menjadi satu promosi yang berkesan. Selain itu ianya juga mampu menaikkan ranking dan SERP berikutan topik tersebut menjurus rapat dengan niche.
4. Terikut-ikut cara blogger lain
- Almaklumlah... sudah pasti blogger lama jadi panduan maka apa sahaja teknik dan cara pasti akan dijadikan rujukan dan ditiru. Orang lain buat...kita pun ikut jugalah nak buat...
5. Kekurangan idea untuk terbitkan entri
- Tidak dinafikan, sampai ketikanya... seseorang blogger pasti akan kebuntuan idea untuk menerbitkan entri. Pada ketika ini, terlintas untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam blogging... maka, dari bercerita topik yang tidak berfaedah, bagus juga ianya diterbitkan.
6. Mudah menulis sesuatu yang kita tahu dan minat
- Untuk menerbitkan sesebuah entri yang ilmiah dan berinformasi adalah amat sukar andai ianya bukan dalam bidang kita tidak ketahui. Adalah mudah jika blogger bercerita tentang blogging. Malah jika blogging itu menjadi aktiviti yang diminati, sudah pasti pelbagai tips dan panduan boleh dikongsiakan. Dapat sahaja topik, tidak akan berhenti keybord ditekan...
Kesemua yang disenaraikan di atas hanyalah dari pandangan peribadi dan mungkin ianya tidak tepat dan lengkap. Setiap blogger pasti ada sebab tersendiri kenapa topik sesebuah entri itu diterbitkan. Apa pula pandangan anda?
Akhir sekali... Adalah tidak menjadi satu kesalahan pun untuk berkongsi ilmu walaupun ianya telah berulangkali dikongsikan. Setiap ilmu yang dikongsi itu adalah saham yang tidak terputus selagi ianya berguna dan digunakan oleh orang lain untuk kebaikan.
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum