Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua berbahagia disamping insan-insan tersayang. Apabila kita diuji, semangat dan kekuatan diri mulai pudar. Begitulah yang aku alami. Sudah berulang kali blog Relaks Minda cuba dihidupkan kembali... namun malang tetap menimpa.
Relaks Minda DotCom akhirnya juga mengikut jejak langkah relakssminda.blogspot.com apabila domain tersebut juga telah diserang virus lalu keseluruhan entri dianggap malware oleh google. Sia-sialah nampaknya pembelian domain tersebut.
Akhirnya terpaksa juga menggunakan url, http://dammahumnib.blogspot.com sebagai url tetap dan mulai 13 Ogos 2015, ianya telah dinaiktaraf kepada www.dammahumnib.com. Semoga ianya juga tidak diserang virus...
Mulai sekarang, nama Relaks Minda tidak akan digunakan lagi. Nama BinMuhammad akan meneruskan kesinambungan diri ini dalam penulisan di dunia blogging.
Apa yang paling diperlukan sekarang adalah semangat dan kekuatan untuk bermula semula membina satu jenama yang kukuh dipersada blogging dan Google SERP dengan nama Bin Muhammad.
Namun, kali ini ianya sudah tidak segairah dulu untuk berblogging. Kecewa dan luntur semangat apabila blog yang telah mampu stabil dengan purata PV tidak kurang dari 10K sehari akhirnya terhenti begitu sahaja. Segala keseronokan dan kenikmatan berblogging dan menjalinkan persahabatan terpadam secara tiba-tiba...
Inilah asam garam dunia blogging. Apabila mulai kukuh, ada sahaja yang mahu mengambil jalan mudah dan mengambil kesempatan. Malang buat insan seperti aku yang kurang ilmu dan pengetahuan dalam membina benteng serangan.
Berhenti berblogging... Mungkin tidak! Namun untuk bermula dari 'kosong' adalah sesuatu yang sungguh mencabar. InsyaAllah... perlahan-lahan akan cuba juga untuk meneruskannya.
Semoga segalanya dipermudahkan... dan semoga ilmu terus dikongsi bersama, InsyaAllah...
4 comments - "Apabila Semangat Blogging Kian Pudar "
Assalamu'alaikum BM.. Nurul dapat merasakan kekecewaan yang BM rasakan, kekecewaan yang datang bagai bertimpa-timpa. Perlahan-lahan cuba mengorak langkah semula, perlahan tapi pasti berbekalkan pengalaman pahit, in shaa Allah, ada manis yang menanti. Nurul gemar membaca tulisan BM dan kagum dengan ilmu yang dikongsi. Moga semangat BM akan terus bernyala dan kembali seperti dulu lagi. In shaa Allah.
terkejut tengok tajuk di blog relaksminda tu...harap saya dapat terus baca tulisan tuan di sini.
Semoga BM kekal terus bersemangat dalam berblog yea...
Moga terus tabah yer BM...
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum