Review Pengiklanan Mobile Di Blog - Mobicow: Setelah mempunyai blog, pasti tidak lengkap kalau tidak ada iklan yang terpapar di blog. Walaupun ianya bukanlah satu kemestian tetapi bagaikan sudah menjadi sesuatu yang perlu ada pada sesebuah blog masa kini.
Siapa yang tidak mahukan wang yang diperoleh secara percuma dan tanpa modal sambil berseronok bersosial di blog. Kalau dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ianya juga mampu memberi pulangan yang lumayan!
Oklah... kali ini, kita melihat salah satu syarikat pengiklanan antarabangsa untuk website. Ianya di kenali sebagai Mobicow.
Beriklan Bersama Mobicow
Syarikat pengiklanan ini agak unik kerana ianya hanya menawarkan iklan untuk paparan di mobile (iklan hanya keluar apabila website/blog dilayari melalui smartphone atau tablet)
Untuk menjadi Publisher, tiada syarat tertentu kecuali mesti mempunyai akaun Paypal untuk urusan pembayaran. Almaklumlah, syarikat antarabangsa dan urusan pula dalam Dollar Amerika (USD). Apa yang penting, perlu ada blog dah boleh memohon. Seperti biasa, satu 'code script' iklan perlu diletakkan di blog anda.
Banyakkah perolehan dengan Mobicow ini? Inilah soalan yang sering diajukan oleh para blogger. Sebelum itu, anda perlu ketahui bahawa pembahagian perolehan oleh Mobicow adalah melalui pengiraan eCPM*. Selain itu jumlahnya pastilah bergantung kepada trafik blog anda yang dilayari melalui mobile.
Had pengeluaran minimum pula adalah hanya sebanyak 5 USD. Melalui pengalaman, Mobicow adalah syarikat pengiklanan yang dipercayai kerana prestasi bayarannya yang sangat memuaskan serta tepat mengikut jadual iaitu sebulan sekali pada setiap 15/16 haribulan.
Pendapatan Iklan Mobicow
Berikut adalah pendapatan yang telah dibayar oleh Mobicow selama 4 bulan mencuba perkhidmatan pengiklanan ini.
Amout adalah dalam nilai USD |
Purata trafik untuk perolehan di atas adalah berdasarkan pageviews sebulan dalam lingkungan 250K ~ 350K dengan peratusan pengunjung dari mobile adalah 55 peratus.
Kalau jumlah pendapatan satu bulan 30 USD = RM105
(Jika tukaran 1 USD = RM3.50)
Lumayankah? Jika trafik anda lagi tinggi, sudah pastilah semakin banyak jumlah perolehannya. Maka Mobicow ini amat lumayan jika punya trafik melebihi 500K dan ke atas!
Setelah melihat perolehan tersebut, Jika anda berminat untuk beriklan dengan Mobicow iaitu menjadi Publisher, anda boleh terus ke link berikut : Mobicow.com atau klik sahaja banner berikut:
Sebelum itu, anda perlu juga ketahui bahawa iklan Mobicow ini agak annoying sikit sebab ianya agak mengganggu paparan blog melalui Mobile dengan iklan Popup.
* eCPM adalah singkatan dari effective Cost per Million
Maksudnya adalah "efektif biaya per juta" dimana M dihitung sebagai per 1000. Oleh itu, eCPM adalah pembagian jumlah pendapatan dengan Page Impression (per seribu) dari iklan yang aktif atau terpasang di blog.
Pengiraan eCPM adalah : eCPM = JP/PI
(JP = Jumlah Pendapatan, PI = Page Impression)
10 comments - "Review Pengiklanan Mobile Di Blog - Mobicow"
Dah apply. Tapi tak reti bak masukkan code...ppffttt...Nak kena apply balik nih :-(
sekarang ringgit dah jatuh pada paras rendah dah
sape berniaga guna USD memang banyaklah nampak =)
saya tak berani mencuba. PV saya pun hanya setakat cukup-cukup makan
biarlah ada apa yang ada sekarang
apapun nice sharing BM
dh slow dah, taktau la pasal apa,mungkin conflict dengan Adsense kot
Mobicow adalah yang terbaik saya pernah join, setakat ni dah payout USD548 kurang dari setahun.
Ambe biasa register under Mobicow ni. Tapi disable balik. Sebab takut mengganggu user untuk baca. Hehehe...
ciktom br jgk join bulan ni..smpt dpt payment lps 10 hari daftar..cuma tue la iklannya annoying so risau pelawat blog terus tutup blog jadi bounce rate makin tinggi..tgh tgh macam mana dulu beberapa bulan ni..
saya baru coba pakai mobicow.. semoga saja tidak mengecewakan..
Salam tuan Admin.
Adakah mobicow sesuai diletakkan dalam blog lirik lagu?
Boleh sahaja... kalau trafik blog banyak dari mobile, pasti income lebat!
Dah apply dulu, dah pasang code. Lupa plak nak tengok hasilnya. huhu ..
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum