Satu data kajian yang menarik! Menurut kajian yang dijalankan oleh World Economic Forum, jalanraya di Malaysia antara yang terbaik di dunia setaraf dengan Korea dan lebih baik dari kebanyakan negara Eropah!
Malaysia mendapat rating pada skala 5.6 dari skala maksimum (terbaik) iaitu 7.0 dan berada dikedudukan ke 19 terbaik di dunia! Apa pendapat anda? Benarkah ianya satu fakta atau hanya auta!?
Mungkin bagi penulis yang tidak terlalu banyak kembara ke luar negara untuk membuat perbandingan tetapi melihat pada realiti jalanraya terutamanya jalanraya persekutuan dan negeri, jalan-jalan perbandaran serta kampung dan taman perumahan, boleh dikatakan ianya amat tidak memuaskan.
Apatah lagi untuk berada sama taraf dengan Korea Selatan adalah terlalu jauh sebab BM sendiri pernah ke sana! Apa yang boleh dibanggakan hanyalah kualiti jalanraya di lebuhraya kita boleh dikategorikan amat baik.
Realiti Jalanraya Di Malaysia
BM biasa pulang ke kampung di Teluk Intan. Dari Selangor apabila menyeberang sahaja jambatan sempadan dan masuk ke negeri Perak... Nah! Rasakanlah betapa teruknya jalan persekutuan ini sehinggalah ke bandar Teluk Intan.
Itu hanyalah satu contoh ketara yang mana walaupun telah berpuluh tahun keadaan jalan tersebut rosak teruk namun tiada baik pulih secara total dilakukan sedangkan ianya adalah laluan utama yang sentiasa sesak dengan kenderaan!
Bagi BM, ranking skala yang diperoleh Malaysia dalam kajian ini memang boleh dipertikaikan lagipun ianya tidak menyebut dan menyenaraikan kriteria kajian tersebut.
Berikut adalah senarai ranking 30 negara yang dikeluarkan di mana jalan raya yang terbaik di dunia adalah di Arab Saudi, manakala di Asia Tenggara sudah semestinya diterajui oleh Singapura.
Bagaimana kualiti dan keadaan jalanraya di tempat anda dan apa pula pandangan anda? Layakkah jalanraya di Malaysia berada dalam kedudukan rangking tersebut?
sumber info - paultan.org
9 comments - "Jalanraya Di Malaysia Antara Terbaik Di Dunia!"
Assalammualaikum.. BM,
mungkin kajian nie adalah kajian kat lebuhraya kita .. tetapi realitinya jalan2 di kampung , dan jalan persekutuan ... teruk tak bertar dan becak.. Insaallah moga2 jalan kita di Malaysia nie bertambah baik suatu masa nanti.. Amin..,
mselim3
JALAN2 DI LUAR BANDAR PATUT DIPERHATIKAN JUGA UTK KESELESAAN PENGGUNA...HAIRAN YA KENAPA BLOG BM HILANG DARIPADA SENARAI BLOGLIST KAK..
BM bleh x wat entry khas cerita A to Z apa masalah blog ni sebelum ni, pasal malware tu sbb sy kejap bleh buka kejap x bleh blog ni
haha..sapa yg buatr kajian tu..apa kriteria yg digunapakai..??
kenapa blog BM ni hilang dari bloglist akak ya..
Hurmmmm...macam tak sesuai jer. Cer tgk jalan² kat kampung tu.
saya pernah terbaca tapi kalau tak silap ianya merujuk kepada lebuhraya
lebuhraya di malaysia dikatakan yang terbaik
tapi kalau cerita merangkumi semua, mak ai...tak sesuai
cumanya alhamdulillah kita masih bernasib baik sebab
jalanraya masih boleh digunakan =)
Zaman muda2 dulu pernah buat rekod KL - JB dlm 2jam setengah.. bukan nak riak..cerita lama, darah muda. Tp itu antara bukti jlnraya Malaysia mmg terbaik!.. :D
Saya pernah ke selatan thailan ikut sungai golok ke hatyai jalannya luas ada 4 line, jalannya sangat memuaskan tiada lubang2, tiada top memang seronok kalau nak banding dengan jalanraya di malaysia, khasnya laluan ma hang ke gua musang sangatlah teruk..
Saya pernah bawa kereta di UK, lebuhraya (motoway) dan jalan kecil kampung selama setahun, betul, Jalan raya di Malaysia lebih baik, boleh dipertingkatkan lagi.
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum