بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Apa agaknya rasa kalau memandu kereta dengan nombor plat bernilai RM1 juta? Pasti keretanya juga bernilai lebih dari itu, barulah sepadan...betul tak? Namun itulah yang ditawarkan oleh set nombor pendaftran plat ekslusif terbaru yang telah diluluskan oleh JPJ awal bulan ini dengan nama "PATRIOT". 

"PATRIOT 1"  Plat Kereta Paling Mahal Di Malaysia

Siri nombor plat khas ini ditawarkan oleh sebuah badan NGO yang ditubuhkan pada April 2013 iaitu Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPN) sebagai sebahagian daripada usaha penjanaan dana untuk menggalakkan kesederhanaan. 

Perolehan daripada penjualan PATRIOT 1 hingga 9999 akan digunakan bagi membiayai program dan aktiviti membangkitkan semangat patriotisme dan menyatupadukan semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama, dakwa NGO terbabit di dalam laman web mereka. 

Untuk memiliki siri plat PATRIOT ini teramatlah mahal, almaklumlah, ianya ekslusif! Setiap nombor tertentu yang menarik dan bernilai tinggi telah ditetapkan tahap bidaannya. Lihat sahajalah nilai permulaan bidaan untuk 12 digit pertama plat PATRIOT ini... 

"PATRIOT 1"  Plat Kereta Paling Mahal Di Malaysia

Oleh itu, sesiapa yang menggunakan plat PATRIOT ini sudah tentulah dari mereka yang berada dalam ketegori golongan berpendapatan tinggi kerana tidak akan ada orang susah yang sanggup melabur duit semata-mata nak beli nombor plat.

Kegilaan untuk memiliki nombor plat yang unik dan menarik ini sudah semakin menjadi-jadi. Ianya menjadi satu lambang kemewahan dan status. Bayangkanlah... Walaupun plat nombor RM 1 atau RM 2 (plat bagi Negeri Perlis) tetapi tetap bernilai tinggi dan hanya dimiliki oleh mereka yang berada! 

Apa pun terpulanglah kepada mereka yang punya kemampuan. Jika itu yang mereka inginkan dan memberi kepuasan, tiada siapa yang berhak menghalangnya. 

Berbaloikah Penjualan Plat Kereta?

Namun, pada pandangan peribadi... Pembukaan set nombor plat ini dilihat tidak memberi sesuatu yang positif dan bernilai kepada rakyat keseluruhannya. Apa yang pasti, golongan kaya raya ini akan semakin bermegah-megah dan jurangnya semakin jelas kelihatan.

Persoalannya... Benarkah hasil jualan tersebut akan disalurkan dan dapat digunakan oleh YPN sebaiknya? Adakah pihak yang akan memantau? Adakah ini menunjukkan keadaan kerajaan yang semakin tenat dan terdesak untuk mencari sumber pendapatan? Pelbagai lagi persoalan akan terus ditimbulkan dan menjadi tanda tanya yang akhirnya akan membawa lebih banyak kekusutan dari kebaikan.

Itu belum lagi kalau ada isu pembelian dari kakitangan kerajaan yang tidak didedahkan identiti sehingga menimbulkan kesangsian akan status pembelian serta kredibiliti pihak JPJ.

"PATRIOT 1"  Plat Kereta Paling Mahal Di Malaysia

Nilai Plat Kereta RM1 Juta

Sewajarnya di bulan Ramadan ini adalah masa untuk kita bermuhasabah dan melihat orang-orang disekeliling. Bayangkan jika wang RM1 juta yang hanya terletak sebagai plat kereta itu digunakan untuk amal jariah. Bukankah ramai yang akan mendapat manfaatnya. Bayangkanlah... Berapa pula gandaan nilai ganjaran yang bakal diperolehi sebagai bekalan dihari akhirat.

Pandangan kita mungkin berbeza dan tidak semuanya adalah betul. Mungkin anda ada pandangan tersendiri dan mungkin ianya lebih baik, maka kongsikanlah...

BinMuhammad
sumber info: infokereta.com

9 comments - ""PATRIOT 1" Plat Kereta Paling Mahal Di Malaysia "

bagi kita yang biasa-biasa ni,memang tak berbaloi kot nak beli plat kereta mahal..janji makan pakai dah mencukupi sudah..bagi mereka yang terlebih duit tu,mungkin dapat bermegah-megah dengan apa yang mereka ada..

Tak berbaloi langsung. Setakat tunjuk lagak jela..

http://bankami.blogspot.com

saya setuju dengan post BM ni.
apakah rasionalnya penjualan no plat yang mahal ni
memang sengaja mencipta jurang sebab for sure orang cam kita tak mampu beli
betul, memang tiada nilai positif dalam penjualan no plat ni
hanya sebaai lambang kemegahan

Memang betul. Kadang-kadang terfikir juga 1 juta hanya digunakan untuk membeli plat no kereta memang pembaziran. Namun mungkin itu salah satu cara untuk menggalakkan mereka yang kaya menyumbang.

Wow! Platform iklan yang unik ini adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan, menjimat cos pos & cetakan, dan meninggikan hasil jualan! Layari http://bit.ly/1S7W7Dg

Sesuai utk org yg mempunyai hasrat melobi sesuatu sama ada utk kebaikan atau sebaliknya. Kalau modal besar utk dptkan kontrak lagi besar rasanya satu yg strategik utk meyakinkan pihak2 tertentu. Macam pelaburan utk SEO jugalah hihii.. tetapi kalau setakan membeli suka2 rasanya mcm riak pulak.. wallahualam.. :D

Nao Mei delete icon 19:30

Mahal betul..h uhh u..

Kagum dengan blog ni... Banyaknya info... rajin betul awak menulis... Keep it up...

Bail beli rumah ..dah dapat 2-3 Buah..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap